Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian MEMUPUK KEHIDUPAN YANG MENYERU NAMA TUAN (Bahagian 1/2)
CARA MAKAN—MENYERU NAMA TUAN
MEMUPUK KEHIDUPAN YANG MENYERU NAMA TUAN (Bahagian 2/2)
MEMUPUK KEHIDUPAN YANG MENYERU NAMA TUAN (Bahagian 1/2)
2020-07-26 | 202 Baca | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (89)

Nota Editor:

“Berabad-abad lamanya manusia mencari Tuhan, tetapi mereka tidak melihat dengan pasti bahawa jalan untuk menikmati Tuan ialah menyeru nama Tuan. Sekiranya kamu membaca seluruh Bible dengan teliti, kamu akan mendapati bahawa hal menyeru nama Tuan sudah ada dalam Wasiat Lama; malahan hal ini bermula dengan Enos, generasi manusia yang ketiga (Kej. 4:26).”

“Menyeru bukan sahaja membawa maksud berdoa tetapi juga membawa maksud memanggil dengan suara lantang...Orang yang berpengalaman dapat bersaksi bahawa penyeruan sedemikian lebih berkesan daripada berdoa.”

“Semasa kamu memberitakan injil, kamu beranggapan bahawa orang akan percaya kepada Tuan apabila kamu dapat menyampaikan injil dengan jelas dan logik...Kamu berharap dapat menjadikan dia jelas dengan berbicara kepadanya, tetapi semakin kamu berbicara, semakin dia berasa keliru, dan kamu pula mulai geram. Syukur kepada Tuan dan puji-Nya, kita telah menemui satu rahsia...Cara terbaik ialah membantu dia untuk membuka mulut dan menyeru Tuan.”

“Bible menunjukkan kepada kita bahawa bahkan semasa kita mempersembahkan korban dan memberi syukur, kita perlu menyeru Tuan. Setiap kali hati kita tergerak atas kurnia Tuan, setiap kali kita bersyukur kepada Tuan, kita perlu menyeru Tuan dari dalam kita. Perkara yang paling memuliakan Tuan, perkara yang paling memberi syukur dan pujian kepada Tuan ialah kita menyeru Tuan! Apabila kamu menyeru Tuan dengan sedemikian, Tuan benar-benar menerima pujian dan syukur.”

MEMUPUK KEHIDUPAN YANG MENYERU NAMA TUAN
(Bahagian 1/2)

(Pemulihan Tuan—Makan, Bab 4)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Yes. 12:2-6 “Lihatlah, Tuhan penyelamatanku; aku yakin dan tidak gentar; kerana Yah Yehova kekuatan dan kidungku, dan Dia telah menjadi penyelamatanku. Maka kamu akan menimba air dengan girang dari mata air penyelamatan, dan pada hari itu, kamu akan berkata, Bersyukurlah kepada Yehova; serulah nama-Nya! Beritahukanlah perbuatan-Nya dalam kalangan bangsa; ingatkanlah mereka bahawa nama-Nya dijunjung tinggi. Bermazmurlah kepada Yehova, kerana Dia telah melakukan sesuatu yang unggul! Biarlah hal ini diketahui di seluruh bumi! Berserulah dan bersorak rianglah, O penghuni Zion, kerana di tengah-tengahmu yang agung itu Yang Kudus Israel.”

I. MENYERU TUAN ADALAH JALAN UNTUK MENIKMATI TUAN

Kita sudah melihat dengan jelas bahawa cara untuk menikmati Tuan ialah makan Tuan. Makan Tuan ialah ungkapan rohani yang sebenarnya bererti menyeru Tuan. Menyeru Tuan adalah jalan kita menikmati Tuan. Cahaya ini, hal ajaib ini, telah terbenam bertahun-tahun lamanya dalam kalangan orang Kristian. Berabad-abad lamanya manusia mencari Tuhan, tetapi mereka tidak melihat dengan pasti bahawa jalan untuk menikmati Tuan ialah menyeru nama Tuan. Sekiranya kamu membaca seluruh Bible dengan teliti, kamu akan mendapati bahawa hal menyeru nama Tuan sudah ada dalam Wasiat Lama; malahan hal ini bermula dengan Enos, generasi manusia yang ketiga (Kej. 4:26). Selain itu, kita juga melihat dalam Ratapan 3:55-56 bahawa penyeruan kita ialah pernafasan syurgawi. Ketika kita menyeru nama Tuan, ketika itulah kita menghembus. Hembus dan hirup adalah seiring. Kita dapat menghirup udara segar dengan pernafasan sedemikian. 

Semua hal rohani dapat dilambangkan dengan benda-benda fizikal. Menikmati Tuan dalam roh adalah seperti menghirup udara ke dalam tubuh. Sebagaimana tubuh kamu menghirup udara segar ke dalam kamu dengan bernafas, begitu juga roh kamu menghirup Tuan ke dalam kamu dengan menyeru nama Tuan. Saya percaya bahawa hari ini, kita semua mempunyai pengalaman ini. Bila-bila masa sahaja kita benar-benar membuka diri kepada Tuan dan menyeru nama Tuan, masa itulah kita penuh dengan perasaan hadirat Tuan. Semakin kamu menyeru, semakin kamu menerima bekalan Tuan. Semakin kamu menyeru, semakin kamu diresapi Tuan; semakin kamu menyeru, semakin kamu dipenuhi Tuan. Dia adalah Tuan segala! Sebaik sahaja Tuan masuk ke dalam kita, Dia menjadi segala-gala yang kita perlukan. Dia adalah segala keperluan kita, dan Dia memenuhi segala kepenuhan kita. 

Dalam Ulangan, Musa memberitahu umat Tuhan bahawa Yehova Tuhan kita adalah dekat dengan orang yang menyeru-Nya (4:7). Adakah kamu mahu Tuhan mendekati kamu? Adakah kamu mahu mengalami hadirat Tuhan? Jika kamu mahu, kamu perlu menyeru. Cubalah perkara ini. Sama ada kamu berada di rumah, di jalan, di dalam kereta, ketika waktu makan, atau ketika bercakap dengan orang, asalkan kamu menyeru, “O Tuan!” Tuan akan berada di hadapan kamu. Hal ini bukan tahayul dan juga bukan khayalan. Kamu harus berlatih menyeru nama Tuan!

Bible bahasa Cina menterjemahkan “menyeru” kepada “berdoa”. Sebenarnya, makna “menyeru” lebih menepati makna bahasa asal berbanding dengan “berdoa”. Menyeru bukan sahaja membawa maksud berdoa tetapi juga membawa maksud memanggil dengan suara lantang. Contohnya, jika rumah saya terbakar, dan saya memberitahu kamu dan meminta pertolongan kamu, hal ini sama seperti berdoa. Akan tetapi, jika saya memanggil dengan suara lantang, “Api! Api! Tolong!”, maka inilah penyeruan. Orang yang berpengalaman dapat bersaksi bahawa penyeruan sedemikian lebih berkesan daripada berdoa. Misalnya, seorang dikkak mempunyai seorang anak yang tidak mematuhi kata-katanya, dan dia membawa nama anaknya ke hadapan Tuan dengan menyeru. Selepas menyeru, sama ada Tuan dengar atau tidak bukanlah perkara yang paling penting; perkara paling penting ialah dia telah menghirup Tuan ke dalamnya, dia disentuh Tuan di dalamnya, dengan itu, dia menerima bekalan daripada Tuan. Oleh itu, kita semua harus berlatih menyeru Tuan!

Saya tahu bahawa sehingga hari ini banyak orang Kristian yang hanya tahu berdoa tetapi tidak tahu menyeru. Jika mereka disuruh berdoa secara senyap, itu tidaklah susah; tetapi jika mereka disuruh menyeru dengan mengeluarkan suara, itu menjadi perkara sukar. Saya berprihatin kalau-kalau masih ada dikbang dan dikkak di sini yang tidak bersetuju dengan menyeru. Pernah sekali, setelah saya berbicara tentang hal menyeru di suatu tempat, beberapa orang dikkak berjumpa dengan saya dan berkata, “Dikbang Lee, apakah Tuhan kita pekak sehinggakan kita perlu berseru dan berteriak?” Saya menjawab, “Dikkak, saya tidak mahu berbalah. Saya hanya memberitahu kamu satu fakta. Seru nama Tuan dan kamu akan berasa manis; seru nama Tuan dan kamu akan disirami; seru nama Tuan dan kamu akan menyentuh Tuan! Bolehkah kamu cuba?” Saya berkata lagi, “Jika saya mahu berbalah, kamu juga tidak dapat menang. Bible mengatakan bahawa Tuhan sudah pun tahu sebelum kita memohon, jadi apakah kamu tidak perlu memohon lagi? Oleh yang demikian, kita menyeru dengan suara yang kuat bukan kerana Tuhan pekak, tetapi kerana hal ini memanfaatkan kita.”

Ratapan 3:55 berkata, “Aku menyeru nama-Mu, O Yehova, / Dari lubang yang paling dalam.” Apabila isteri di rumah menyusahkan kamu, maka jatuhlah kamu ke lubang yang paling dalam. Ketika itu, doa tidak lagi berguna; kamu perlu menyeru. Semasa kamu tertekan, serulah beberapa kali dengan kuat, dan kamu akan dibebaskan dan bangkit semula. Banyak kali kamu menyeru nama Tuan supaya demon mendengarnya dan demon dihalau. Apabila kamu sudah mahu naik marah, kamu tidak sempat berdoa tetapi kamu dapat menyeru Tuan. Menyeru Tuan adalah cara terbaik untuk menghalau demon kemarahan dan demon yang suka menyusahkan orang. 

II. MEMBANTU ORANG MENYERU TUAN SEMASA MEMBERITAKAN INJIL

Terdapat seperkara lagi yang boleh diberi kesaksian oleh banyak orang. Semasa kamu memberitakan injil, kamu beranggapan bahawa orang akan percaya kepada Tuan apabila kamu dapat menyampaikan injil dengan jelas dan logik. Akan tetapi, pada hakikinya apabila kamu berbicara satu ayat, dia berbalah dengan tiga ayat; apabila kamu berbicara lima ayat lagi, dia pula berbalah dengan sepuluh ayat; kamu tidak dapat memenangi perbalahannya. Kamu berharap dapat menjadikan dia jelas dengan berbicara kepadanya, tetapi semakin kamu berbicara, semakin dia berasa keliru, dan kamu pula mulai geram. Syukur kepada Tuan dan puji-Nya, kita telah menemui satu rahsia. Lebih baik kita kurang berbicara semasa memberitakan injil; semakin kurang semakin baik. Dalam orang ada demon, dan apabila kamu berbicara, kamu merangsang demon itu. Cara terbaik ialah membantu dia untuk membuka mulut dan menyeru Tuan.

Terdapat seorang dikbang yang mahir menggunakan cara ini untuk memberitakan injil. Apabila dia berjumpa dengan seseorang di jalan, dia bertegur sapa dengan orang itu dengan senyuman lalu berkata, “Encik, biar saya beritahu kamu, saya ada Yesus! Kamu juga memerlukan Yesus! Ikutlah saya menyeru, ‘O, Tuan Yesus!’ Bolehkah encik menyeru?” Orang itu pun menyeru bersama-sama secara spontan. Dia berkata, “Sila menyeru ‘O, Tuan!’ dengan suara yang kuat sedikit.” Inilah caranya dia memberitakan injil, dan banyak orang telah diselamatkan. Mengapakah hal ini boleh terjadi? Hal ini kerana apabila kamu menyeru Tuan dengan sedemikian, demon dihalau. Jangan anggap ini kepercayaan tahayul. Tempat yang paling banyak diduduki demon ialah minda manusia. Ketika kamu menyeru Tuan, ketika itulah kamu menghalau demon dalam minda. Di samping itu, ketika orang menyeru bersama-sama dengan kamu, roh mereka terbuka tanpa disedari. Sebaik sahaja roh mereka terbuka, Tuan yang merupakan Roh hidup dapat masuk ke dalam roh mereka. Dengan demikian, mereka diselamatkan. Hari ini, banyak dikbang dan dikkak dapat bersaksi bahawa cara yang paling cepat dan berkesan untuk memberitakan injil ialah membantu orang menyeru Tuan Yesus. Sebaik sahaja dia menyeru Tuan Yesus, dia tidak mempunyai alasan dan tidak berbalah lagi.

Ajaib sekali! Sebaik sahaja seseorang menyeru Tuan Yesus, kata-katanya berbeza sama sekali. Sebelum menyeru Tuan Yesus, dia mengatakan bahawa tidak ada Tuhan, tetapi selepas menyeru Tuan Yesus, dia mengakui bahawa Tuhan wujud. 

III. MENYERU TUAN SEMASA MEMBERI SYUKUR DAN PUJIAN KEPADA TUAN

Selain itu, Bible menunjukkan kepada kita bahawa bahkan semasa kita mempersembahkan korban dan memberi syukur, kita perlu menyeru Tuan. Setiap kali hati kita tergerak atas kurnia Tuan, setiap kali kita bersyukur kepada Tuan, kita perlu menyeru Tuan dari dalam kita. Perkara yang paling memuliakan Tuan, perkara yang paling memberi syukur dan pujian kepada Tuan ialah kita menyeru Tuan! Apabila kamu menyeru Tuan dengan sedemikian, Tuan benar-benar menerima pujian dan syukur. 

Mari kita melihat Yesaya bab dua belas yang merupakan bab yang amat manis. Bab ini bermula dengan, “Lihatlah, Tuhan ialah penyelamatanku” (ay. 2). Ayat ini bukan mengatakan bahawa Tuhan menyelamatkan aku, tetapi Tuhan ialah penyelamatanku. Tuhan sendiri ialah penyelamatan itu. Oleh itu, sekiranya kamu mahu beroleh penyelamatan Tuhan, kamu harus memperoleh Tuhan. “Lihatlah, Tuhan ialah penyelamatanku; / Aku percaya dan tidak gentar; / Kerana Yah Yehova ialah kekuatan dan kidungku, / Dan Dia telah menjadi penyelamatanku” (ay. 2). Saya sama sekali percaya bahawa ketika kata-kata ini diungkapkan, kata-kata ini merupakan seruan yang diluahkan daripada roh penulis di batin. Disebabkan dia menyeru dengan sedemikian, dia menikmati kekayaan Tuan dalam roh.

Oleh itu, ayat yang seterusnya berkata, “Maka kamu akan menimba air dengan kegirangan / Dari mata air penyelamatan” (ay. 3). Bagaimanakah kita menimba air? Mata air penyelamatan ialah Tuhan sendiri, dan kita menimba air dari mata air ini dengan menyeru, “O Tuan! O Tuan Yesus!” Semasa kamu menyeru Tuan dengan demikian, kamu sedang menimba air dengan kegirangan dari dalam. Dengan kata lain, kamu sedang minum air dari mata air penyelamatan. 

“Dan pada hari itu kamu akan berkata, / Syukur kepada Yehova; serulah nama-Nya!” (ay. 4a). Kita bukan sahaja harus bersyukur, tetapi kita juga perlu menyeru. “Beritahukanlah perbuatan-Nya dalam kalangan bangsa; / Ingatkanlah mereka bahawa nama-Nya dijunjung. / Nyanyilah mazmur kepada Yehova” (ay. 4b-5a). Dalam bahasa asal, ayat terakhir ini bermaksud bersorak dengan kuat kepada Yehova. Oleh itu, jangan anggap bahawa menyeru itu kurang sopan; konsep ini salah. Sememangnya, dalam Bible, terdapat frasa seperti “bersorak dengan girang”, “berseru dan bersorak”, “menyanyi”, “berseru dengan suara yang kuat”, dan “menyeru Tuan”! (bersambung...)

CARA MAKAN—MENYERU NAMA TUAN
MEMUPUK KEHIDUPAN YANG MENYERU NAMA TUAN (Bahagian 2/2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
Kiriman yang disyorkan
Kata-kata Persekutuan dalam Kasih dan Penting pada Saat-saat Genting
Kata-kata-Persekutuan_2_08060610.png
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (1) KATA-KATA PERSEKUTUAN DALAM KASIH DAN PENTING PADA SAAT-SAAT GENTING  Nota Editor: Dengan bermulanya siaran satu siri rencana secara berturutan,... Terus Baca
Merebut Peluang—Catatan Bicara Dengan Rakan Sekerja (Samb.)
peluang_3_08060613.png
(Koleksi Watchman Nee, Set 3, Jil. 55: Ministri & Pintu Terbuka,  Terbitan No. 21—15 September 1950) MEREBUT PELUANG— CATATAN BICARA DENGAN RAKAN SEKERJA (Samb.) Perasaan... Terus Baca
Menebus Masa = Merebut Peluang (3)
photo1_01060614.jpg
Masalahnya hari ini bukan Tuan tidak memberi kita peluang, tetapi kita melepaskan peluang. Kita semua harus bangkit. Dikbang-dikbang yang bertanggungjawab dalam gereja harus bangkit. Kita... Terus Baca
Apakah Makna Kehidupan Manusia?
img45_03060619.jpg
Banyak orang sering tertanya-tertanya apakah makna kehidupan manusia dan mereka ingin tahu jawapannya. Manusia meluangkan seumur hayat hidup di bumi, jika dia tidak tahu dari... Terus Baca
Syarat untuk Dibaptis
img44_03060633.jpg
Apakah syarat untuk dibaptis? Bilakah seseorang itu boleh dibaptis? Menurut wahi dan contoh dalam Bible, satu-satunya syarat untuk dibaptis ialah percaya. Markus 16:16 berkata, “Dia... Terus Baca
Makna Doa
img52_03060627.jpg
Perkataan doa memang biasa bagi seorang Kristian. Akan tetapi, apakah sebenarnya makna doa ialah pokok perbincangan kita pada hari ini. Kita akan melihat aspek tertentu... Terus Baca
Kategori
Cari Kami di Facebook