Bacaan Harian untuk Para Pekudus (90)
Nota Editor:
“Kita sudah biasa menggunakan minda untuk memahami doktrin Bible, tetapi kita tidak biasa menggunakan roh untuk menyeru Tuan sambil menyentuh sabda Bible. Kita perlu memupuk tabiat ini, iaitu menyeru Tuan setiap kali kita membuka Bible. Jika kita menyeru Tuan dan berdoa sambil membaca Bible, kata-kata dalam Bible akan menjadi hidup. Ketika itu, kegelapan kamu tersingkir, kelemahan kamu bertukar menjadi kekuatan. Tuan akan membekali kamu dari pelbagai segi. Jalan ini jalan yang betul.”
“Pada abad pertama, semua orang Kristian yang sejati menjalani kehidupan yang menyeru nama Tuan. Saya sedikit pun tidak ragu-ragu bahawa mereka menyeru Tuan tiap-tiap hari. Mereka menyeru Tuan di rumah dan mereka juga menyeru Tuan semasa berjalan di jalan. Saya berharap kamu juga dapat memupuk amalan sedemikian.”
“O dikbang dan dikkak, saya sama sekali percaya bahawa hari ini merupakan zaman akhir. Tuan ingin memulihkan gereja kepada keadaan permulaan. Hal yang ada pada mulanya adalah begitu mudah. Terdapat satu pohon hayat di sana, dan kamu hanya perlu makan!”
MEMUPUK KEHIDUPAN YANG MENYERU NAMA TUAN
(Bahagian 2/2)
(Pemulihan Tuan—Makan, Bab 4)
** Hak cipta GBC
Bacaan Bible:
Ul. 4:7 “Kerana bangsa besar manakah yang mempunyai tuhan yang sebegini dekat seperti Yehova Tuhan kita setiap kali kita menyeru-Nya?”
Kis. 22:16 “Sekarang, mengapa kamu berlambat-lambat? Bangunlah, dibaptis dan membasuh dosa-dosa kamu, dengan menyeru nama-Nya.”
IV. MENYERU NAMA TUAN SEMASA MEMBACA BIBLE
Perkara yang sayang sekali pada hari ini ialah sesetengah orang Kristian suka membaca Bible dengan minda mereka. Mereka membaca Bible tetapi tidak mahu menyeru Tuan, akibatnya mereka hanya menghubungi Bible tetapi tidak menghubungi Tuan. Sila ingat bahawa sekiranya kamu tidak menyeru Tuan, Bible hanya sekadar huruf dan bukannya roh. Huruf itu membunuh, tetapi Roh itu memberi hayat. Jika kamu membaca Bible dengan minda kamu, setiap perkataan dan setiap ayat dalam Bible akan membunuh kamu. Semua orang yang mengkaji selidik Bible berada dalam keadaan mati. Percayalah kata-kata saya. Sebelum kamu mengkaji selidik Bible, kamu masih hidup. Tetapi semakin kamu mengkaji selidik Bible, semakin roh kamu menjadi mati. Jalan ini jalan yang salah.
Bukannya kamu tidak harus membaca Bible, tetapi doktrin Bible tidak dapat mendidik-bina kamu, doktrin Bible tidak dapat menyelamatkan kamu, doktrin Bible tidak dapat membekali kamu, dan doktrin Bible juga tidak dapat menjadi hayat kamu. Tidak! Hanya Tuan sendiri yang dapat menjadi hayat kamu, dan hanya Tuan sendiri yang dapat menyelamatkan kamu. Berkenaan masalah kamu, kamu harus menyentuh Tuan sendiri; berkenaan kekurangan kamu, kamu harus memperoleh Tuan sendiri. Huruf-huruf dalam Bible cumalah satu sarana. Kamu perlu menyeru Tuan dengan roh kamu, “O Tuan! Pada mulanya ada Sabda! O Tuan! Pada mulanya, Tuhan mencipta langit dan bumi. O Tuan! Mencipta langit. O Tuan! Mencipta bumi.” Dengan serta-merta, kamu melihat bahawa sabda Bible menjadi hidup. Akhirnya, apa yang kamu peroleh bukanlah doktrin tetapi persona Tuan yang hidup. Inilah keperluan kita hari ini.
Walaupun banyak dikbang dan dikkak pernah mendengar ajaran ini, tetapi kita masih kurang mengamalkannya. Kita sudah biasa menggunakan minda untuk memahami doktrin Bible, tetapi kita tidak biasa menggunakan roh untuk menyeru Tuan sambil menyentuh sabda Bible. Kita perlu memupuk tabiat ini, iaitu menyeru Tuan setiap kali kita membuka Bible. Jika kita menyeru Tuan dan berdoa sambil membaca Bible, kata-kata dalam Bible akan menjadi hidup. Ketika itu, kegelapan kamu tersingkir, kelemahan kamu bertukar menjadi kekuatan. Tuan akan membekali kamu dari pelbagai segi. Jalan ini jalan yang betul.
Kadangkala, kamu mungkin tidak dapat mengingati semua ayat Bible yang didoa-baca. Akan tetapi, syukur kepada Tuan dan puji-Nya, sama ada kamu ingat atau tidak, Bible tetap menjadi sarana. Apabila kamu berdoa sambil membaca, menghembus sambil menghirup, kamu pun menghirup Tuan ke dalam kamu. Untuk mengingati ayat-ayat Bible, kamu perlu menggunakan daya ingatan, tetapi untuk menerima Tuan, kamu tidak perlu berbuat begitu. Kamu hanya perlu menghirup Tuan ke dalam kamu, dengan demikian Tuan akan beroperasi dalam kamu, meresapi, mencahayai, melipurkan, dan menopang kamu, malah menjalankan kerja transformasi. Tuan bukan membetulkan kamu dari luar, tetapi mentransform kamu dari dalam.
Oleh itu, dikbang dan dikkak, kamu mesti belajar menyeru Tuan, dan kamu juga harus belajar membaurkan amalan menyeru Tuan dengan mendoa-baca. Sekiranya kamu rela berlatih dengan cara ini tiap-tiap hari, kamu akan menjadi kudus, jayeng, dan penuh dengan hayat tanpa perlu mendengar ajaran tentang kekudusan, ajaran tentang jayeng, dan ajaran tentang hayat. Diri kamu pasti ditepui Tuan. Tuan sememangnya Roh yang benar dan hidup. Dia tidak mementingkan sama ada kamu memahami ajaran dan mengetahui doktrin atau tidak; Dia hanya mementingkan sama ada Dia beroperasi dalam kamu atau tidak. Jika kita menghendaki Tuan beroperasi dalam kita, kita harus belajar menyeru Tuan sehingga amalan ini menjadi tabiat semula jadi dalam kehidupan kita.
V. MENYERU TUAN HARUS MENJADI KEHIDUPAN KITA
Sekarang kita melihat Kisah Para Dutus. Semasa Stefanus ditindas dengan direjam, dia tidak berdoa tetapi menyeru Tuan. Dia menyeru, “Tuan Yesus, terimalah rohku!” (7:59). Hasilnya, banyak orang nampak mukanya bersinar-sinar seperti muka malaikat. Mengapa begitu? Hal ini kerana apabila dia menyeru, Tuan memenuhi diri dalamannya dan Tuan diekspresikan daripadanya.
Kemudian Kisah Para Dutus 22 memberitahu kita tentang Saulus dari Tarsus. Dia bertolak dari Yerusalem untuk pergi ke Damsyik dengan tujuan mengikat semua yang menyeru nama Tuan. Namun, dalam perjalanan, dia ditemui Tuan, dan dia bertaubat. Dia sudah diselamatkan, namun tidak ada orang yang mengetahui hal ini. Oleh yang demikian, Tuan sendiri mencari Ananias dan memberitahu dia agar pergi melihat Saulus. Apakah yang dikatakan Ananias kepada Saulus? Ayat 16 berkata, “Bangunlah, dibaptis dan membasuh dosa-dosa kamu, dengan menyeru nama-Nya.” Ananias bukan mengatakan bahawa dosa-dosa dibasuh dengan dibaptis, tetapi dia mengatakan bahawa dosa-dosa dibasuh dengan menyeru nama Tuan. Kata-kata Ananias bermaksud, “Saulus, kamu melakukan suatu dosa pada masa lampau yang tidak dapat dimaafkan oleh para pekudus, iaitu kamu pergi ke merata tempat untuk mengikat semua yang menyeru nama Tuan. Sesiapa yang menyeru, ‘O Tuan’ akan kamu ikat. Kamu seorang yang menindas gereja dan menentang pekudus. Sekarang, kamu perlu membasuh dosa ini. Cara yang terbaik ialah kamu sendiri juga menyeru, kamu sendiri juga menyeru, ‘O Tuan Yesus!’ Dengan seruan ini, kamu dapat membasuh dosa lampau kamu, iaitu dosa menganiayai orang yang menyeru nama Tuan.”
Dikbang dan dikkak, kata-kata ini menunjukkan kepada kita bahawa pada abad pertama, semua orang Kristian yang sejati menjalani kehidupan yang menyeru nama Tuan. Saya sedikit pun tidak ragu-ragu bahawa mereka menyeru Tuan tiap-tiap hari. Mereka menyeru Tuan di rumah dan mereka juga menyeru Tuan semasa berjalan di jalan. Saya berharap kamu juga dapat memupuk amalan sedemikian.
Di Los Angeles, kita sedikit sebanyak mempunyai suasana ini. Bilangan kami yang tinggal di sekeliling dewan perhimpunan pertama sekurang-kurangnya tiga ratus orang. Oleh itu, semasa kami keluar, kami sering bertemu dengan dikbang dan dikkak; terutama sekali semasa ke pasar raya. Apabila kami bertemu dengan satu sama lain, kami menyeru, “O Tuan!” Yang seorang menyeru, “O Tuan!” dan yang seorang lagi akan membalas, “Amen!” Banyak yang sentiasa menyeru, “O Tuan!” Mereka benar-benar mempunyai kenikmatan dalam hal menyeru nama Tuan.
VI. SEGALA HAL BERKENAAN HAYAT ADALAH MUDAH
Mari kita menerapkan hal ini. Misalnya, apabila kamu berasa tertekan di dalam, kamu harus menyeru, “O Tuan!” Selepas kamu menyeru “O Tuan” sebanyak tiga hingga lima kali, kamu tentu tidak akan berasa tertekan lagi. Contoh yang satu lagi ialah apabila kamu berada dalam kegelapan dan tidak jelas berkenaan apa yang harus dilakukan tentang hal tertentu, kamu menyeru, “O Tuan! Amen!”, dan kamu akan dicahayai di dalam. Selain itu, apabila kamu berasa murung, dan tidak dapat jayeng, kamu menyeru “O Tuan! O Tuan!” Ketika itu, kudrat akan bangkit dalam kamu.
Kamu berkata, “Dikbang Lee, hal ini terlalu mudah.” Biar saya beritahu kamu, semakin suatu perkara itu diperlukan oleh hayat, semakin mudah perkara itu. Misalnya, bernafas, minum, dan makan semuanya perkara yang amat mudah. Menghirup Tuan adalah semudah seperti menghirup udara. Jalan Tuan ialah jalan yang mudah.
Hayat itu mudah sahaja. Lihatlah benih yang ditanam di dalam tanah untuk menghasilkan bijirin, dan benih bunga yang disemai di dalam tanah untuk menumbuhkan bunga; hal-hal ini mudah sekali. Kamu hanya perlu menggali lubang, menaruh benih, menutup benih dengan tanah, menyiram, dan kemudian pulang ke rumah dan tidur nyenyak. Selepas tiga atau lima hari, tunas bertumbuh. Mudah sekali! Syukur kepada Tuan dan puji-Nya, segala hal berkenaan hayat adalah mudah.
O dikbang dan dikkak, saya sama sekali percaya bahawa hari ini merupakan zaman akhir. Tuan ingin memulihkan gereja kepada keadaan permulaan. Hal yang ada pada mulanya adalah begitu mudah. Terdapat satu pohon hayat di sana, dan kamu hanya perlu makan! Hari ini, disebabkan kelemahan dan kegagalan manusia, gereja jatuh, tetapi hal ini bukan begitu pada mulanya. Pada mulanya, segala-gala adalah begitu mudah. Syukur kepada Tuan dan puji-Nya, kita semua perlu belajar menjadi mudah. Hari ini bukanlah zaman doktrin, tetapi zaman roh. Hari ini ialah zaman makan Tuan, minum Tuan, dan menikmati Tuan.