Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (282)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (281)
Memalingkan Tumpuan kepada Yesus dalam Perlumbaan
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (282)
2021-02-04 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (282)

Bacaan Bible:

2 Tim. 4:7   Aku telah memperjuangkan perjuangan yang baik; aku telah menamatkan perlumbaan; aku telah memelihara kepercayaan. 

Ibr. 12:1   Oleh itu…marilah kita menanggalkan setiap beban dan dosa yang begitu mudah membelit kita dan berlari dengan kesabartahanan dalam perlumbaan yang ditetapkan di hadapan kita. 

Perkara yang paling penting dalam kehidupan orang Kristian ialah mencari perjalanan yang ditetapkan Tuan dan menempuhnya dengan setia. Fenomena yang kasihan dalam kalangan percayawan hari ini ialah banyak daripada mereka tidak dapat menjumpai perjalanan yang ditetapkan Tuan untuk mereka. Biarpun sesetengah orang telah menjumpainya, namun mereka tidak menempuhnya. Inilah sebabnya kehidupan mereka penuh dengan kematian rohani, kemuraman, serta pengehadan, dan inilah sebabnya terdapat begitu banyak konflik dan pertengkaran dalam kerja Tuhan. Tugas yang paling penting bagi kita semua ialah meletakkan diri kita di tangan Tuhan dengan senyap, penuh sabar, penuh doa, dengan mempersembahkan diri, dan patuh untuk mencari pimpinan-Nya dengan segenap hati. Kita harus rela patuh kepada-Nya dan hanya bertindak sejajar dengan kehendak-Nya. Kita harus berdoa agar Dia mewahikan kepada kita perjalanan yang ditetapkan-Nya untuk kita. Selepas ini, kita harus membayar apa jua harga untuk menempuhnya dengan segenap hati.

Seluruh kehidupan orang Kristian ialah satu perlumbaan. Perlumbaan ini bukan untuk memperoleh hayat abadi. Sebaliknya, hanya orang yang sudah memiliki hayat abadi layak untuk berlari dalam perlumbaan ini. Pada akhir perlumbaan, sesetengah orang akan menerima mahkota, manakala yang lain tidak akan menerima mahkota (1 Kor. 9:24-25).

Orang yang berlari dalam perlumbaan bukan sahaja harus mengetepikan dosa yang begitu mudah membelit mereka dan setiap beban, tetapi juga harus berlari dalam perlumbaan yang ditetapkan di hadapan mereka dengan kesabartahanan. Mengapakah perlunya kesabartahanan? Hal ini kerana hadiah bukan diberi pada permulaan perlumbaan, dan bukan juga diberi pada pertengahan perlumbaan. Sebaliknya, hadiah diberi pada pengakhiran — pada langkah yang terakhir — perlumbaan ini. Kita mungkin berlari dengan baik pada permulaan, malahan kita boleh berlari dengan baik pada titik pertengahan, tetapi kita tidak semestinya berlari dengan baik pada pengakhiran. Kemenangan melibatkan kemenangan pada permulaan, pada titik pertengahan, dan pada pengakhiran. Selagi kita belum sampai ke pengakhiran, kita tidak dapat membuat jaminan bahawa kita akan memenangi hadiah. Kita mungkin gagal dalam lima langkah yang terakhir. Pernah sekali dalam satu perlumbaan larian dua ratus meter, ada seseorang berada di hadapan pesaing yang lain sejauh dua puluh meter pada mulanya. Tidak ada sesiapa yang akan menjangka bahawa dia akan terjatuh dua meter sebelum garisan penamat. Jika kita ingin memenangi perlumbaan, kita harus berhati-hati. Kita tidak boleh berkata bahawa kita pasti akan memenangi hadiah sebelum kita tiba ke pengakhiran. Malah Paulus berkata, “Bukannya aku telah mendapat atau telah disempurnakan, tetapi aku mengejar” (Flp. 3:12). Kita pula bagaimana?

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 7, Hari 3. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (281)
Memalingkan Tumpuan kepada Yesus dalam Perlumbaan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)