Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Tuhan Mari Mengenali Gelaran Tuhan (1)—Elohim
Tuhan ialah Cahaya
Mari Mengenali Gelaran Tuhan (2)—El dan Eloah
Mari Mengenali Gelaran Tuhan (1)—Elohim
2017-01-04 | 337 Baca | 0 Komen
A- A+ Simpan

Dalam Bible, nama pertama bagi Tuhan ialah Tuhan. Dalam Wasiat Lama, terdapat sekurang-kurangnya tiga perkataan Ibrani untuk TuhanElohim, El, dan Eloah. Setiap perkataan ini mempunyai makna yang berbeza. Apabila kata penerang ditambah kepada nama-nama ini, terhasilnya nama majmuk.

ELOHIM

Kejadian 1:1 berkata, “Pada mulanya, Tuhan (Elohim) mencipta langit dan bumi.” Tuhan di sini ialah Elohim, satu perkataan yang berbentuk jamak, iaitu menunjukkan bilangan lebih daripada dua. Kita akan bertanya, “Sekiranya Tuhan adalah satu, mengapakah Dia digelar Elohim?” Penjelasan berikut boleh membantu.

Menurut bentuk kata dalam Kejadian 1:1, perkataan Tuhan adalah jamak (banyak atau plural), tetapi perkataan mencipta adalah mufrad (tunggal atau singular). Ini menunjukkan bahawa walaupun Tuhan adalah tiga, namun Dia masih satu.

Dalam Kejadian 1:26, “Bersabdalah Tuhan, Hendaklah Kita menjadikan manusia menurut imej Kita, mengikut rupa Kita.” Perkataan Tuhan di sini jugalah Elohim. Perkataan ini berbentuk jamak, mengimplikasikan bahawa Tuhan ini, Elohim, merupakan Tuhan Tritunggal yang akan diwahikan kemudian dalam Bible (Matius 28:19 memperkatakan nama Bapa, Anak, dan Roh Kudus). Oleh itu, dalam ayat Kejadian 1:26 ini, Tuhan memanggil diri-Nya sebagai “Kita”. Walaupun Kita adalah jamak, tetapi imej dalam Kejadian 1:26 adalah mufrad. Oleh itu, kita perlu mengaku bahawa Tuhan ialah Tuhan yang tiga namun satu.

Kemudian, Tuhan juga beberapa kali dalam Bible memanggil diri-Nya sebagai “Kita” (Kej. 3:22; 11:7; Yes. 6:8; Yoh. 17:21-22). Dalam Kejadian 3:22, apabila Adam makan daripada pohon pengetahuan baik dan jahat, Tuhan bersabda, “Manusia itu telah menjadi seperti salah satu daripada Kita.” Dalam Kejadian 11:7, apabila anak-anak manusia membina menara Babel, Tuhan bersabda lagi, “Marilah Kita turun dan mengacau-bilaukan bahasa mereka.” Sekali lagi dalam Yesaya 6:8, Tuhan bersabda, “Siapakah yang harus Aku utus? Siapakah yang akan pergi untuk Kita?” Selain itu, dalam Yohanes 17:11 dan 22, Tuan Yesus berdoa kepada Bapa agar disipal-disipal akan menjadi satu, “bahkan sama seperti Kita”. Ayat-ayat ini menunjukkan bahawa walaupun Tuhan adalah unik dan esa, namun Dia juga mempunyai aspek tiga. Dialah Tuhan Tritunggal.

Dalam Matius 28:19, Tuan berkata, “Baptislah mereka ke dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus.” Terdapat tiga persona di sini, namun perkataan nama itu pula berbentuk mufrad. Oleh itu, amat jelas sekali bahawa Tuhan merupakan triniti—Bapa Anak, dan Roh Kudus.

Sungguhpun Tuhan adalah tiga dari segi persona, tetapi 1 Timotius 2:5, 1 Korintus 8:4 dan 6, dan Roma 3:30 semuanya mengatakan bahawa Tuhan adalah satu secara unik. Ini membuktikan bahawa Tuhan adalah tiga namun satu, ataupun satu namun tiga.

Dalam bahasa Ibrani, Elohim terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama El bermakna Dia yang kuat dan berkudrat, dan bahagian kedua ohim bermakna mengikat diri dengan sumpah. Tindakan bersumpah ini menunjukkan kesetiaan Tuhan; kuat dan berkudrat menunjukkan keperkasaan Tuhan. Tuhan ialah Dia yang setia dan perkasa.

Nama Elohim digunakan lebih daripada dua ribu lima ratus kali dalam Wasiat Lama. Nama ini pertama kali digunakan dalam Kejadian 1:1, menunjukkan bahawa Tuhan yang mencipta langit dan bumi adalah tritunggal dan Dia adalah perkasa dan setia. Penekanan pada keperkasaan berkaitan dengan penciptaan, manakala penekanan pada kesetiaan berkaitan dengan pemeliharaan dan pengekalan. Menerusi keperkasaan-Nya, Tuhan Tritunggal mencipta langit dan bumi, dan menerusi kesetiaan-Nya, Dia memelihara dan mengekalkan langit dan bumi. Kejadian 1:1 menunjukkan kepada kita bahawa langit dan bumi dicipta oleh Tuhan tiga-satu ini.

Tuhan ialah Cahaya
Mari Mengenali Gelaran Tuhan (2)—El dan Eloah
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)