Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Tuhan Tuhan ialah Cahaya
Tuhan Kemuliaan
Mari Mengenali Gelaran Tuhan (1)—Elohim
Tuhan ialah Cahaya
2016-09-16 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Cahaya divin ialah sifat ekspresi Tuhan. Oleh itu, ia merupakan atribut Tuhan yang terekspresi. Wahi 21:23 berkata, “Kota itu tidak memerlukan matahari atau bulan untuk menyinarinya, kerana kemuliaan Tuhan meneranginya dan lampunya ialah Anak Domba.” Dalam zaman milenium, cahaya matahari dan bulan akan diperhebat (Yes. 30:26). Akan tetapi, Yerusalem Baru dalam langit baru dan bumi baru tidak memerlukan matahari dan bulan. Matahari dan bulan akan ada dalam langit baru dan bumi baru, tetapi kedua-duanya tidak diperlukan dalam Yerusalem Baru, kerana Tuhan, cahaya divin, akan bersinar jauh lebih terang lagi.

Dalam Yerusalem Baru, Anak Domba sebagai lampu akan bersinar dengan Tuhan sebagai cahaya untuk menyinari kota itu dengan kemuliaan Tuhan, ekspresi cahaya divin. Oleh sebab cahaya divin ini akan menyinari kota kudus, maka kota kudus tidak memerlukan sebarang cahaya yang lain, iaitu sama ada yang dicipta oleh Tuhan atau yang dibuat oleh manusia. Cahaya sejadi tidak diperlukan. Walaupun matahari dan bulan akan berada dalam langit baru dan bumi baru, namun kita tidak memerlukannya, kerana tempat huni kita akan lebih terang daripadanya. Cahaya buatan manusia juga tidak diperlukan. Tuhan sendiri akan menjadi cahaya dalam kota kudus.

Wahi 21:23 juga mengatakan bahawa Anak Domba, Kristus, ialah lampu. Tuhan ialah cahaya, dan Kristus ialah lampu. Cahaya memerlukan pencahaya. Ini menunjukkan bahawa kita tidak harus memisahkan Kristus daripada Tuhan atau memisahkan Tuhan daripada Kristus. Sebenarnya, Tuhan dan Kristus ialah satu cahaya. Tuhan ialah isi kandungan, dan Kristus ialah pencahaya, iaitu ekspresi. Sebagaimana cahaya berada dalam lampu untuk menjadi isi kandungannya dan diekspresikan menerusi lampu, begitu juga Tuhan Bapa berada dalam Anak untuk diekspresikan menerusi Anak.

Wahi 22:5 juga merujuk kepada cahaya sebagai atribut divin: “Malam tidak akan ada lagi; mereka tidak memerlukan cahaya lampu dan cahaya matahari, kerana Tuan Tuhan akan menyinari mereka.” Dicahayai Tuan Tuhan merupakan satu daripada berkat kepada umat yang ditebus Tuhan dalam keabadian. Kita tidak memerlukan lampu, cahaya buatan manusia, dan juga matahari, iaitu cahaya yang dicipta Tuhan. Tuhan sendiri akan menyinari kita, dan kita akan hidup di bawah penyinaran-Nya. Tuhan sendiri akan menjadi cahaya, dan Kristus akan menjadi lampu, yang menyinarkan Tuhan untuk mencahayai seluruh kota.

Dalam Yerusalem Baru, cahaya divin akan menjadi cahaya dalaman dan juga kemuliaan luaran bagi ekspresi. Cahaya ini akan bersinar dalam dan menerusi batu berharga, seperti batu yaspis, yang menandakan percayawan yang ditransform (Wahi 21:11). Tuhan yang merupakan cahaya dalam Anak Domba akan bersinar menerusi kota. Di dalam kota ini terdapat cahaya yang menyinar. Di luar kota itu cahaya akan mengekspresikan kemuliaan Tuhan, agar seluruh kota akan mempunyai kemuliaan Tuhan. Kemuliaan Tuhan ialah Tuhan sendiri yang menyinar dari kota menerusi tembok yaspis yang lut sinar (Wahi 21:18).

Hari ini, cahaya divin yang merupakan atribut Tuhan yang terekspresi diterapkan pada kehidupan Kristian kita. Yohanes 1:5-7 memberitahu kita bahawa Tuhan ialah cahaya, dan bahawa sekiranya kita bersekutu dengan-Nya, kita akan bergerak-hidup dalam cahaya divin. Ini menunjukkan bahawa kita dapat menikmati atribut Tuhan yang terekspresi ini bahkan dalam zaman ini sebelum Yerusalem Baru yang akan datang dalam langit baru dan bumi baru.

Kidung #6

  1. Tuhan Kaulah kasih, cah’ya,
    Dalam Anak Kau hayat;
    Kasih nyata, cah’ya sinar,
    Kau beri kami hayat.
  2. Kasih ungkapkan diri-Mu,
    Cah’ya pancar kerja-Mu;
    Kasih — dalam, cah’ya — luar,
    Kasih sertai cah’ya.

    Korus:
    Kau kasih! Kau cah’ya!
    Dalam Anak Kau hayat;
    Kasih nyata, cah’ya sinar,
    Kami dipenuh hayat.
Tuhan Kemuliaan
Mari Mengenali Gelaran Tuhan (1)—Elohim
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)