Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Tuhan Mari Mengenali Gelaran Tuhan (2)—El dan Eloah
Mari Mengenali Gelaran Tuhan (1)—Elohim
Mari Mengenali Gelaran Tuhan (3)—Yehova
Mari Mengenali Gelaran Tuhan (2)—El dan Eloah
2017-01-08 | 417 Baca | 0 Komen
A- A+ Simpan

EL

El ialah perkataan dalam bentuk mufrad (tunggal atau singular), bermaksud “Dia yang perkasa yang pertama, Dia yang perkasa yang terunggul.” Perkataan ini digunakan kira-kira sebanyak dua ratus lima puluh kali dalam Wasiat Lama; ia digunakan buat kali pertama dalam Kejadian 14:18-20 dan 22, mewahikan bahawa Tuhan ialah Dia yang terunggul, tinggi dan perkasa dalam alam semesta.

ELOAH

Eloah ialah bentuk mufrad bagi Elohim, yang diterbitkan daripada perkataan Alah. Alah bermakna “menyembah”; oleh itu, Eloah menunjukkan bahawa Tuhan ialah Dia yang perkasa yang disembah. Perkataan ini digunakan sebanyak lima puluh enam kali dalam Wasiat Lama; perkataan ini digunakan buat pertama kali dalam Ulangan 32:15 dan 18. Daripada El, tiga lagi nama majmuk diterbitkan.

El Elyon

Kejadian 14:22   Tetapi Abram berkata kepada Raja Sodom, Aku telah mengangkat tanganku untuk bersumpah kepada Yehova, Tuhan Yang Maha Tinggi (El Elyon), Pemilik langit dan bumi.

El bermakna “Dia yang perkasa yang terunggul,” dan Elyon bermakna “yang maha tinggi”. El Elyon menunjukkan bahawa Tuhan ialah Dia yang perkasa yang maha tinggi dalam alam semesta. Nama ini digunakan buat kali pertama dalam Kejadian 14:18-20 dan 22.

El Shaddai

Kejadian 17:1   Ketika Abram berumur sembilan puluh sembilan tahun, Yehova menampakkan diri kepada Abram dan bersabda kepadanya, Akulah Tuhan yang Maha Mencukupi (El Shaddai); bergerak-hiduplah di hadapan-Ku, dan jadilah sempurna.

Shaddai  bermakna “dada” atau “buah dada”; El Shaddai menunjukkan bahawa Tuhan ialah Dia yang perkasa yang mempunyai buah dada, dia yang perkasa yang maha mencukupi. Hubungan kita dengan Tuhan adalah seperti seorang bayi yang berbaring dalam pangkuan ibu dan menerima bekalan untuk semua keperluan dalam hayat; oleh itu, Tuhan ialah Dia yang maha mencukupi bagi kita. Gelaran ini digunakan buat kali pertama dalam Kejadian 17:1, dan juga digunakan dalam Kejadian 28:3, 35:11, dan 49:25.

El Olam

Kejadian 21:33   Dan Abraham menanam pohon tamariska di Bersyeba, dan di situ dia menyeru nama Yehova, Tuhan Abadi (El Olam).

Olam adalah sama maknanya dengan perkataan Yunani aeon, bermakna “tersembunyi, terlindung,” dan “dari generasi ke generasi dan dari keabadian ke keabadian”. Makna penuh menunjukkan bahawa Tuhan ialah Dia yang perkasa yang penuh misteri dalam keabadian. Sesetengah versi bahasa Inggeris menterjemahkan gelaran ini sebagai “Tuhan kekal lama” sementara yang lain menterjemahkannya sebagai “Tuhan abadi”, namun kedua-dua terjemahan ini masih tidak dapat mengungkapkan maksud sebenar dengan secukupnya. Perkataan ini digunakan buat pertama kali dalam Kejadian 21:33; tambahan pula, Mazmur 90:2 dan Yesaya 40:28 juga menggunakan perkataan ini.

Selain nama-nama Ibrani bagi Tuhan di atas, terdapat juga perkataan Kasdim (bahasa Aram) bagi gelaran Tuhan, iaitu Elah, yang juga ditulis di beberapa tempat sebagai Elahah untuk tujuan penekanan. Perkataan ini bersamaan dengan perkataan Ibrani Eloah, dan digunakan sebanyak tujuh puluh tujuh kali dalam buku Ezra dan Daniel.

Mari Mengenali Gelaran Tuhan (1)—Elohim
Mari Mengenali Gelaran Tuhan (3)—Yehova
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)