Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Kristian Makna Rohani bagi Tahun Baru (2)—Setiap Tahun, Bulan, dan Hari ialah Permulaan Baru
Makna Rohani bagi Tahun Baru (1)—Tahun, Bulan, dan Hari ialah Peluang yang Disediakan Tuhan
“…dan Petrus”
Makna Rohani bagi Tahun Baru (2)—Setiap Tahun, Bulan, dan Hari ialah Permulaan Baru
2016-12-21 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Dalam hayat rohani kita juga terdapat tahun, bulan, dan hari rohani. Dalam Wasiat Lama, apabila Tuhan mengarahkan bani Israel mematuhi Paskah sebelum meninggalkan Mesir, itu merupakan permulaan yang besar. Oleh itu Dia menetapkan masa itu sebagai bulan Abib, iaitu bulan pertama dalam setahun (Kel. 12:1-2; 34:18). Mematuhi Paskah merupakan satu permulaan baru, bukan permulaan yang kecil tetapi permulaan yang besar. Selepas itu, umat Israel mendirikan tabernakal dan melayan Tuhan dalam penyembahan. Buku Bilangan juga berbicara tentang “permulaan bulan-bulanmu”, yang merujuk kepada masa yang ditetapkan menurut bulan baru (10:10; 28:11). Bulan baru ialah permulaan yang sederhana. Di samping itu, Tuhan juga menuntut orang Israel menyembah setiap pagi dan petang (Im. 6:9, 12). Permulaan sehari ialah permulaan yang kecil.

Dikbang dan dikkak, apabila kita diselamatkan, kita mengalami Paskah yang sebenar, iaitu permulaan baru yang besar. Selepas itu, Tuhan berhasrat agar kita mempunyai permulaan baru setiap bulan bahkan setiap hari.

Semasa saya diselamatkan oleh kurnia Tuan, saya benar-benar mengalami Perayaan Paskah. Pada masa itu, saya bersungguh-sungguh hendak mengejar Tuan, membaca Sabda, memberitakan injil, dan mempersembahkan harta benda. Akan tetapi, sebagai manusia, kita adalah lemah; biarpun saya mempunyai hasrat sedemikian, namun saya sering gagal. Apabila saya mengimbas semula kehidupan saya yang lampau, saya mendapati banyak kekurangan dalam hal membaca Sabda, berdoa, memberitakan injil, dan persembahan harta benda. Keadaan saya seolah-olah telah sampai ke akhir bulan, menjadi bulan sabit yang kurang bersinar. Namun apa yang menakjubkan ialah pada ketika itu, bulan rohani yang baru akan tiba. Pada hari pertama bulan kedua, pembacaan Bible saya kembali segar, doa saya penuh nikmat, dan kesungguhan saya memberitakan injil dibangkitkan semula. Bulan rohani yang baru ini makin bersinar, yang berterusan selama puluhan hari sampai mencapai bulan purnama. Akan tetapi, bulan penuh tidak berpanjangan; tiba-tiba pada suatu hari saya mendapati bahawa saya malas hendak bangun awal pagi, kurang berminat membaca Bible, kurang daya untuk berdoa dan memberitakan injil. Bulan rohani ini susut lagi. Malam gelap sampai lagi. Akan tetapi, belum sempat saya berasa kecewa, bulan baru datang lagi. Sekali lagi saya mempunyai keinginan untuk bangun pagi, membaca Bible, berdoa, dan memberitakan injil. Saya percaya bahawa kita semua mempunyai pengalaman yang sedemikian, iaitu pengalaman bulan rohani.

Selain itu, kita juga mempunyai pengalaman hari yang baru. Misalnya pada Hari Tuan kita mungkin mendengar mesej yang menggalakkan kita agar bangun awal pagi untuk mendekati Tuan, membaca Sabda, dan bersekutu dengan-Nya. Oleh itu pada keesokan harinya, kita bangun awal pagi untuk mendekati Tuan. Hasil daripada pemugaran pagi ini, kita menikmati kehidupan yang jayeng sepanjang hari. Pada pagi hari kedua, kita juga mempunyai masa yang manis dengan Tuan. Akan tetapi, sampai waktu petang, sedikit perkara menyebabkan kita naik marah. Disebabkan kegagalan kecil ini, kita berasa murung dan kecewa. Namun demikian, selepas rehat semalaman, kita mempunyai satu lagi permulaan yang baru. Sekali lagi kita dapat berdoa kepada Tuan dan bersekutu dengan-Nya supaya matahari dalam kita terbit dan bersinar lagi. Inilah pengalaman hari yang baru.

Dalam pengalaman rohani, kita semua menempuh tahun baru, bulan baru, dan hari baru. Kita bukan hanya harus ada hari yang baru atau bulan yang baru, tetapi kita juga harus ada pengalaman terhadap tahun yang baru. Malangnya banyak orang Kristian menyambut kalendar baru setiap tahun, tetapi mereka tidak pernah masuk ke dalam tahun rohani yang baru. Pada akhir tahun, mereka membeli makanan dan pakaian baru, mengemas rumah, dan menutup perniagaan mereka untuk bersiap sedia bagi tahun yang baru. Mereka menyambut tahun baru, tetapi tidak mempersiapkan diri untuk tahun baru dari segi rohani.

Walau bagaimanapun, sesetengah pekudus bukan hanya masuk ke dalam kalendar tahun yang baru tetapi juga mengalami permulaan rohani yang baru. Pada akhir tahun dan pada awal tahun, mereka pergi ke hadapan Tuhan untuk meninjau semula keadaan mereka di hadapan Tuhan sepanjang tahun yang lalu. Sebagaimana seorang peniaga mengurus akaunnya pada akhir tahun, kita juga perlu mengurus akaun rohani kita di hadapan Tuhan.

Semoga bermula dari tahun ini, setiap pekudus akan mempunyai pengakhiran rohani yang wajar untuk tahun yang lepas dan permulaan yang wajar pada tahun yang baru. Kita perlu pergi ke hadapan Tuhan dan menyelesaikan akaun berkenaan keadaan rohani kita. Kita perlu mempertimbangkan di hadapan Tuhan tentang cara kita mengurus masa, kegagalan dan kemenangan kita. Kita perlu merenungkan dalam hal apa kita memenuhi tuntutan Tuan dan dalam hal apa kita menolak kehendak Tuan. Kita perlu membawa keadaan rohani kita ke hadapan Tuan untuk menyelesaikan akaun dan mempunyai pemberesan yang wajar supaya kita dapat mempunyai permulaan yang baru.

Makna Rohani bagi Tahun Baru (1)—Tahun, Bulan, dan Hari ialah Peluang yang Disediakan Tuhan
“…dan Petrus”
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)