Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Kristian Makna Rohani bagi Tahun Baru (1)—Tahun, Bulan, dan Hari ialah Peluang yang Disediakan Tuhan
MERAYAKAN HARI KRISMAS (3)—Keadaan Sebenar Perayaan Krismas
Makna Rohani bagi Tahun Baru (2)—Setiap Tahun, Bulan, dan Hari ialah Permulaan Baru
Makna Rohani bagi Tahun Baru (1)—Tahun, Bulan, dan Hari ialah Peluang yang Disediakan Tuhan
2016-12-15 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Mengapakah Tuhan mengatur alam semesta menurut tahun, bulan, dan hari? Ahli sains memberitahu kita bahawa kewujudan dan pertumbuhan benda-benda hidup, sama ada tumbuhan atau binatang, semuanya dikawal oleh kitaran menurut tahun, bulan, dan hari yang telah ditetapkan Tuhan. Petani di China utara menyemai pada musim bunga setiap tahun. Jika penanaman itu gagal, mereka akan menunggu hingga tahun depan. Andai kata jangka masa seluruh alam semesta hanyalah satu tahun yang sangat panjang, maka peluang menyemai itu hanya datang sekali. Jika berjaya, berjayalah tanaman itu, namun jika gagal, peluang kedua tidak ada lagi. Syukur kepada Tuhan kerana Dia telah menyediakan dan menetapkan banyak peluang di alam semesta.

Hal ini bukan sahaja benar dalam alam semula jadi, tetapi juga benar dalam hal perniagaan dan pendidikan. Jika perniagaan kita tidak baik tahun ini, kita boleh mula lagi pada tahun depan. Jika kita gagal peperiksaan pada tahun ini, kita tidak perlu berasa kecewa, kerana kita boleh belajar dengan bersungguh-sungguh dan ambil peperiksaan lagi pada tahun depan. Sekiranya seluruh jangka masa alam semesta hanya terdiri daripada satu tahun yang panjang, maka habislah kita. Mereka yang gagal dalam perniagaan atau peperiksaan tidak mempunyai peluang lagi. Syukurlah kerana ini bukan keadaan yang sebenar, sebaliknya selepas tiga ratus enam puluh lima hari lagi, kita sentiasa ada peluang baru. Jika kita tidak putus asa, kita boleh merebut peluang yang akan datang. Sememangnya peluang-peluang ini merupakan niat baik Tuhan.

Di bawah pengaturan Tuhan, kita bukan hanya mempunyai peluang tahunan tetapi juga peluang bulanan. Peniaga perlu membuat penyata tahunan dan juga penyata bulanan. Mereka menyimpan akaun pada akhir setahun dan juga pada akhir sebulan. Jika perniagaan bulan ini kurang baik, masih ada harapan bahawa bulan depan akan menjadi lebih baik.

Selain itu, Tuhan memberi kita peluang bukan hanya secara tahunan, bulanan, bahkan secara harian, iaitu peluang sehari-hari. Ajaib sekali kita ada peluang baru setiap dua puluh empat jam. Jika kita tidak berbuat dengan baik hari ini, kita boleh memulakannya sekali lagi pada hari esok. Jika kita gagal hari ini, kita boleh rehat semalaman dan waktu pagi hari kedua, kita mempunyai peluang yang baru. Oleh itu, kewujudan tahun, bulan, dan hari ini sememangnya amat bermakna.

Semua contoh di dunia fizikal ini sebenarnya menyatakan kisah rohani di dalam. Sebagai orang yang kepunyaan Tuhan, Tuhan ialah matahari sebenar kita dan pencahaya kita. Kita bergantung pada-Nya untuk kewujudan kita dan untuk pertumbuhan kita dalam hayat rohani. Dia sentiasa memberi kita peluang untuk bertumbuh. Sekiranya kita gagal dalam hal tertentu, ini tidak bermakna bahawa kita tidak ada peluang lagi untuk jayeng. Menurut peredaran tahun, bulan, dan hari, Tuhan memberi kita peluang yang baru setiap hari, setiap bulan, dan setiap tahun.

MERAYAKAN HARI KRISMAS (3)—Keadaan Sebenar Perayaan Krismas
Makna Rohani bagi Tahun Baru (2)—Setiap Tahun, Bulan, dan Hari ialah Permulaan Baru
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)