Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Kristian “…dan Petrus”
Makna Rohani bagi Tahun Baru (2)—Setiap Tahun, Bulan, dan Hari ialah Permulaan Baru
Makna Rohani bagi Tahun Baru (3)—Peredaran Tahun, Bulan, dan Hari Bergantung pada Pencahaya
“…dan Petrus”
2016-12-25 | 0 Komen
A- A+ Simpan

“Pergilah, beritahu disipal-disipal-Nya dan Petrus, bahawa Dia mendahului kamu ke Galilea” (Markus 16:7).

Ayat ini membicarakan kata-kata pesanan malaikat kepada beberapa perempuan agar memberitahu disipal-disipal Tuan bahawa Dia telah bangkit. Akan tetapi, daripada semua disipal-Nya, Tuan secara khususnya menambahkan perkataan “dan Petrus”. Nama disipal lain tidak disebut; nama Petrus sahaja disebut secara khusus. Mengapa? Apakah yang menjadikan Petrus berbeza daripada yang lain?

Orang jenis apakah Petrus ini? Petrus pernah berkata secara berani kepada Tuan, “Biarpun semua akan tersandung, namun aku tidak!” (Markus 14:29) Akan tetapi, tiga hari sebelum kebangkitan, Petrus telah melakukan satu dosa yang besar, iaitu dia bukan sahaja menyangkal Tuan di hadapan orang, tetapi juga menyangkal Tuan di hadapan seorang hamba perempuan yang dipandang rendah. Sesiapa yang mempunyai pengalaman Petrus akan berfikir, “Saya telah jatuh! Saya menyangka bahawa saya dapat mengasihi-Nya dengan berani. Namun saya jatuh. Saya bukan jatuh di hadapan hentar agung ataupun di hadapan Pilatus yang berkuasa, tetapi saya jatuh disebabkan pertanyaan seorang hamba perempuan. Saya menyangkal Tuan sekali, dua kali, bahkan akhirnya saya menyumpah ketika menyangkal Tuan. Saya pernah mengaku bahawa Dialah Kristus itu, Anak kepada Tuhan hidup. Saya pernah berkata kepada-Nya, ‘Tuan kepada siapakah kami akan pergi? Engkau mempunyai sabda hayat abadi’. Namun akhirnya saya jatuh sejurus sebelum Tuan sudah hendak disalibkan. Apakah yang harus saya lakukan? Saya tidak berani datang mendekati-Nya lagi.

Akan tetapi selepas kebangkitan, Tuan menyebut dia secara khusus. Perkataan “dan Petrus” mengandungi makna yang amat dalam! Inilah injil!

Dikbang dan dikkak, tahukah kamu bahawa sekali Tuan menyelamatkan kamu, Dia menyelamatkan kamu buat selama-lamanya? Kamu mungkin berasa kecewa, tetapi Tuan tidak pernah berasa kecewa. Seorang yang berdosa seperti kamu mungkin berasa malu untuk kembali kepada-Nya, tetapi Dia yang terhadap-Nya kamu berbuat dosa itu berasa bahawa tidak ada salahnya untuk kembali kepada-Nya. Mengapakah kamu harus terkenang-kenang akan kegagalan kamu sedangkan Dia tidak mempedulikannya? Petrus telah gagal dengan teruk. Bagaimanakah dia berani pergi berjumpa dengan-Nya? Dia berani pergi kerana perkataan “dan Petrus”. Dikbang dan dikkak, sekiranya kamu faham maksud Tuan di sebalik perkataan “dan Petrus”, dapatkah kamu masih menjauhkan diri daripada-Nya dan tidak kembali kepada-Nya? Jika kamu sedar akan kedalaman maksud perkataan “dan Petrus”, kamu tidak dapat tidak datang mendekati Tuan.

Dikbang dan dikkak, semasa kamu berada dalam perhimpunan meja Tuan untuk memperingati Tuan, adakah hati kamu masih takut akan Tuhan? Adakah apa-apa dosa yang memisahkan kamu daripada Tuhan? Kamu mungkin telah meratap, bertaubat, dan mengaku bahawa apa yang kamu lakukan itu sangat mengecewakan Tuan. Namun, adakah kamu berani berkata kepada Tuan, “Tuan, aku datang kepada-Mu”? Sila pertimbangkan ini: Jika Dia rela pergi ke salib kerana mengasihi kamu, adakah Dia akan berhenti mengasihi kamu hanya kerana kamu gagal, jatuh, dan mundur? Adakah kasih-Nya di atas salib berkurangan? Amatlah mudah bagi kamu tidak mengasihi-Nya, tidak mendekati-Nya, atau tidak kembali kepada-Nya; namun mustahil bagi Dia melupakan kamu, meninggalkan kamu, atau tidak mengasihi kamu. Dalam tempoh masa tiga hari selepas Tuan disalibkan, Petrus berdiam diri kerana dia telah jatuh. Akan tetapi, Tuan tidak melupakan dia. Oleh itu, jika kamu tidak mempunyai kekuatan untuk datang kepada Tuan, asalkan kamu rela percaya kepada sabda-Nya, Dia akan memberi kamu kekuatan untuk mendekati-Nya. Jika kamu jatuh, Dia dapat membangunkan kamu semula. Apabila kamu seolah-olah tidak dapat mendekati-Nya lagi, ingatlah akan perkataan “dan Petrus” dalam iktikad, dan kamu akan dapat mendekati-Nya. Semoga kamu tidak ada salah faham terhadap hati Tuan. Jika kamu pernah mendengar perkataan “dan Petrus”, kamu harus tahu bahawa Tuan tidak meninggalkan kamu. Tuan tidak meninggalkan Petrus, dan Tuan juga tidak akan meninggalkan kamu. “Dan Petrus” bermaksud “dan kamu”—“kamu” yang telah gagal seperti Petrus. Semoga kamu melihat hati Tuan terhadap kamu. Jika kamu melihat hati Tuan, kamu akan berlari menuju ke arah-Nya. (dipetik daripada satu mesej dalam Koleksi Kesusasteraan Watchman Nee)

Makna Rohani bagi Tahun Baru (2)—Setiap Tahun, Bulan, dan Hari ialah Permulaan Baru
Makna Rohani bagi Tahun Baru (3)—Peredaran Tahun, Bulan, dan Hari Bergantung pada Pencahaya
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)