Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian KEHENTARAN (Bahagian 2/4)
KEHENTARAN (Bahagian 1/4)
KEHENTARAN (Bahagian 3/4)
KEHENTARAN (Bahagian 2/4)
2020-07-09 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (72)

Nota Editor:

“Satu ciri yang jelas tentang bangsa Israel dalam Wasiat Lama ialah Tuhan jauh daripada mereka. Bukan semua orang yang dapat menghubungi-Nya...Tuhan datang kepada manusia menerusi hentar, dan manusia juga pergi kepada Tuhan menerusi hentar. Antara Tuhan dan manusia, terdapat golongan perantara...Golongan ini tidak wujud dalam hasrat asal Tuhan. Hasrat asal Tuhan ialah menghampiri umat-Nya secara langsung dan mereka juga boleh datang kepada-Nya secara langsung.”

“Akan tetapi, setibanya zaman Wasiat Baru, manusia diselamatkan, manusia juga ditebuskan. Sekarang kita mendengar kata yang berbunyi: ‘Kamu sendiri juga, sebagai batu-batu hidup, sedang dibina menjadi rumah rohani, menjadi kehentaran kudus untuk mempersembahkan korban-korban rohani yang diperkenan Tuhan menerusi Yesus Kristus’ (1 Ptr. 2:5)...Semua orang yang diselamatkan itu dipanggil untuk menjadi hentar.”

“Yang dihilangkan orang Israel akibat anak lembu emas itu kini dipulihkan semula oleh gereja menerusi Tuan Yesus. Hari ini, seluruh gereja menjadi hentar. Kingdom hentar yang ditetapkan Tuhan kini telah dipulihkan sepenuhnya...Apakah maknanya? Ini bermakna bahawa setiap orang yang telah mengecap kurnia Tuhan mempunyai satu pekerjaan sahaja, yakni melayani Tuhan.”

“Pada saat [seseorang] menjadi seorang Kristian, pekerjaannya berubah sama sekali. Setiap orang Kristian mempunyai satu pekerjaan sahaja—melayani Tuhan. Mulai sekarang, saya menjadi hentar Tuhan. Mulai sekarang, saya harus melayani Tuhan dalam hadirat-Nya. Inilah matlamat rohani sepanjang hayat saya...Selepas kita menjadi orang Kristian, kita harus menjadi seperti Paulus, mempunyai satu matlamat sahaja, iaitu diperkenan Tuan.”

KEHENTARAN
(Bahagian 2/4)

 (Sabda untuk Percayawan Baru—Kehentaran)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

1 Ptr. 2:5 “Kamu sendiri juga, sebagai batu-batu hidup, sedang dibina menjadi rumah rohani, menjadi kehentaran kudus untuk mempersembahkan korban-korban rohani yang diperkenan Tuhan menerusi Yesus Kristus.”

Wahi 1:6a “Serta menjadikan kita kingdom, hentar-hentar kepada Tuhan dan Bapa-Nya.”

III.  CIRI-CIRI KEHENTARAN—SEBAGAI GOLONGAN PERANTARA

Dari Keluaran hingga masa Tuan Yesus berada di bumi, tidak ada suku lain yang dapat berfungsi sebagai hentar kecuali suku Lewi. Suku-suku lain tidak boleh mempersembahkan korban kepada Tuhan; persembahan mereka perlu dilakukan menerusi hentar. Mereka tidak boleh datang kepada Tuhan untuk mengaku dosa mereka; mereka perlu mengaku dosa menerusi hentar. Bahkan mereka tidak dapat mengasingkan diri daripada dunia kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk menyentuh minyak urapan; hanya hentar sahaja yang dapat mengurapi mereka agar mereka diasingkan untuk menjadi kudus. Semua perkara rohani tidak boleh dilakukan mereka, melainkan dilakukan oleh hentar bagi pihak mereka.

Oleh yang demikian, satu ciri yang jelas tentang bangsa Israel dalam Wasiat Lama ialah Tuhan jauh daripada mereka. Bukan semua orang yang dapat menghubungi-Nya. Dalam Wasiat Lama, kita mendapati kemunculan satu sistem kehentaran yang saya panggil sebagai golongan perantara. Manusia tidak boleh datang kepada Tuhan secara langsung. Untuk menghadap Tuhan, umat Tuhan perlu pergi kepada hentar. Mereka tidak boleh berhubung dengan Tuhan secara langsung. Tuhan datang kepada manusia menerusi hentar, dan manusia juga pergi kepada Tuhan menerusi hentar. Antara Tuhan dan manusia, terdapat golongan perantara. Manusia tidak boleh datang kepada Tuhan secara langsung, dan Tuhan juga tidak boleh datang kepada manusia secara langsung. Antara Tuhan dan manusia, terdapat golongan perantara. 

Golongan ini tidak wujud dalam hasrat asal Tuhan. Hasrat asal Tuhan ialah menghampiri umat-Nya secara langsung dan mereka juga boleh datang kepada-Nya secara langsung. Namun, sekarang terdapat tiga kumpulan orang—umat Tuhan perlu datang kepada Tuhan menerusi hentar, dan Tuhan perlu menghampiri umat-Nya menerusi hentar. Tuhan dan manusia tidak lagi berhubung dengan satu sama lain secara langsung. Semua perhubungan mereka berubah menjadi tidak langsung. 

IV.  PERUBAHAN DALAM SISTEM KEHENTARAN

Selama lebih kurang seribu lima ratus tahun, iaitu dari waktu Musa hingga waktu kedatangan Tuan Yesus, umat Tuhan tidak boleh datang secara langsung kepada Tuhan. Hanya satu keluarga yang layak menjadi hentar. Seseorang itu perlu melalui ahli keluarga ini untuk datang kepada Tuhan. Jika dia menghampiri Tuhan secara langsung, dia akan mati. Pada waktu itu, ministri kehentaran merupakan ministri yang sangat agung. Manusia tidak dapat datang kepada Tuhan secara langsung; dia perlu melalui hentar. Betapa unggulnya ministri kehentaran ini! Betapa agungnya ministri kehentaran ini! Tanpa hentar, manusia tidak boleh datang kepada Tuhan. Akan tetapi, setibanya zaman Wasiat Baru, manusia diselamatkan, manusia juga ditebuskan. Sekarang kita mendengar kata yang berbunyi: “Kamu sendiri juga, sebagai batu-batu hidup, sedang dibina menjadi rumah rohani (atau bait, kerana kata asalnya daripada perkataan yang sama), menjadi kehentaran kudus untuk mempersembahkan korban-korban rohani yang diperkenan Tuhan menerusi Yesus Kristus” (1 Ptr. 2:5).

A.  Setiap Orang yang Ditebus adalah Hentar dalam Kala Zaman Wasiat Baru

Petrus memberitahu kita bahawa asas gereja ialah Kristus. Dia batu yang ditolak oleh pembina dan kini telah menjadi batu pertama di penjuru. Kamu juga menjadi batu-batu hidup dan digabung serta dibina bersama untuk menjadi rumah rohani. Bagaimana dengan kamu? Kamu ialah hentar kudus Tuhan. Di sini, secara tiba-tiba ada suara lantang dari syurga yang memberitahu kita, “Semua orang yang diselamatkan kini ialah hentar Tuhan. Semua batu hidup, yakni mereka yang merupakan sebahagian daripada bait rohani, ialah hentar Tuhan.”

B.  Gereja Memulihkan Semula Kehentaran secara Umum

Di sini, kamu dapat melihat bahawa janji yang telah diketepikan Tuhan selama seribu lima ratus tahun itu kini sudah digenapi-Nya. Yang hilang dalam kalangan orang Israel telah dipulihkan oleh gereja. Bagi orang Israel, kehentaran secara umum telah hilang. Kini dalam zaman Wasiat Baru, tiba-tiba ada suara dari syurga yang melaung dengan janji bahawa kehentaran secara umum ada pada kita sekali lagi. Semua orang yang diselamatkan itu dipanggil untuk menjadi hentar.

C.  Gereja adalah Kingdom Hentar

Perkataan yang sama boleh didapati dalam Wahi 1. Ayat 6 berkata, “Dan menjadikan kita kingdom, hentar kepada Tuhan dan Bapa-Nya.” Pada mulanya, seluruh kingdom Israel ialah hentar. Selepas itu, perkara ini berubah. Namun, bagaimana pula dengan hari ini? Hari ini gereja ialah kingdom hentar. Yang dihilangkan orang Israel akibat anak lembu emas itu kini dipulihkan semula oleh gereja menerusi Tuan Yesus. Hari ini, seluruh gereja menjadi hentar. Kingdom hentar yang ditetapkan Tuhan kini telah dipulihkan sepenuhnya.

D.  Pekerjaan Unik Orang Kristian—Melayani Tuhan

Perkara yang tidak diperoleh Tuhan dalam kalangan orang Israel, kini perlu diperoleh menerusi gereja. Gereja hari ini adalah kingdom hentar. Seluruh gereja adalah hentar. Apakah maknanya? Ini bermakna bahawa setiap orang yang telah mengecap kurnia Tuhan mempunyai satu pekerjaan sahaja, yakni melayani Tuhan. Saya pernah mengatakan hal ini kepada pemuda-pemudi: jika seseorang itu doktor sebelum diselamatkan, kerjanya mengamalkan perubatan; jika dia seorang jururawat, kerjanya merawat; jika dia seorang guru, kerjanya mengajar; jika dia seorang petani, kerjanya bercucuk tanam; jika dia seorang usahawan, kerjanya berniaga. Namun, pada saat dia menjadi seorang Kristian, pekerjaannya berubah sama sekali. Setiap orang Kristian mempunyai satu pekerjaan sahaja—melayani Tuhan. Mulai sekarang, saya menjadi hentar Tuhan. Mulai sekarang, saya harus melayani Tuhan dalam hadirat-Nya. Inilah matlamat rohani sepanjang hayat saya.

Oleh itu, setiap orang Kristian mempunyai satu pekerjaan sahaja, iaitu melayani Tuhan. Dia yang asalnya seorang doktor tidak boleh lagi berharap dapat mencipta nama sebagai doktor yang terkenal untuk dirinya; pekerjaannya sebagai doktor hanyalah untuk mengekalkan kehidupannya. Pekerjaannya yang sebenar ialah hentar Tuhan. Seorang profesor atau guru tidak boleh lagi berharap dapat menjadi terkenal atau menjadi ahli akademik yang sangat menyerlah. Sebaliknya, kini dia harus berusaha dengan sedaya upaya menjadi seorang hentar yang baik di hadapan Tuhan. Mengajar hanyalah kerja sambilannya sahaja; pekerjaan utamanya ialah melayani Tuhan. Semua orang yang bertukang, berniaga, bercucuk tanam, atau melakukan kerja apa pun, tidak lagi hidup untuk pekerjaan mereka sendiri. Sesungguhnya, hanya terdapat satu pekerjaan bagi setiap orang, yakni melayani Tuhan. 

E.  Hanya Mempunyai Satu Matlamat untuk Diperkenan Tuan

Semua dikbang dan dikkak seharusnya menghancurkan pekerjaan asal mereka pada hari mereka diselamatkan. Ketika kamu menjadi seorang Kristian, saya berharap dalam diri kamu tidak ada lagi matlamat atau keazaman. Kamu tidak boleh berkata, “Saya berharap mulai hari ini, saya akan menjadi orang yang menyerlah. Saya berharap untuk menjadi orang yang menyerlah dalam bidang atau lingkungan tertentu.” Selepas kita menjadi orang Kristian, kita harus menjadi seperti Paulus, mempunyai satu matlamat sahaja, iaitu diperkenan Tuan. Kita tidak mempunyai matlamat lain selain daripada ini. Pekerjaan kita di dunia telah dihancurkan. Saya tidak berharap untuk menjadi orang yang terkenal, saya cuma ingin bersiap sedia menjadi seorang yang melayani Tuan. (bersambung...)

KEHENTARAN (Bahagian 1/4)
KEHENTARAN (Bahagian 3/4)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)