Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian KEHENTARAN (Bahagian 1/4)
DUA PRINSIP KEHIDUPAN—PRINSIP HAYAT ATAU PRINSIP BETUL DAN SALAH (Bahagian 3/3)
KEHENTARAN (Bahagian 2/4)
KEHENTARAN (Bahagian 1/4)
2020-07-08 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (71)

Nota Editor:

“Menurut wahi Kitab, tujuan Tuhan bukan hanya memperoleh seorang untuk menjadi hentar tetapi seluruh umat-Nya menjadi hentar.”

“Selepas bangsa Israel keluar dari Mesir, mereka tiba di Gunung Sinai. Tuhan mengarahkan Musa berbicara kepada umat Israel dengan berkata, ‘Kamu akan menjadi kingdom hentar dan bangsa yang kudus bagi-Ku’ (Kel. 19:6). Tuhan memberitahu umat Israel bahawa mereka ialah kingdom hentar. Ungkapan ini agak sukar difahami. Mengapakah Tuhan berkata bahawa mereka ialah kingdom hentar? Maksudnya seluruh kingdom ialah hentar. Tidak ada seorang pun dalam kingdom itu merupakan orang biasa; seluruh kingdom ialah hentar. Saya memberitahu kamu, inilah tujuan Tuhan...Kingdom ini berbeza daripada kingdom lain di dunia. Kingdom ini kingdom hentar. Semua orang dalam kingdom ini akan menjadi hentar. Ini bermaksud bahawa setiap orang dalam kingdom ini akan mempunyai satu pekerjaan sahaja, yakni melayani Tuhan.”

“Selepas Tuhan berjanji untuk mendirikan Israel sebagai kingdom hentar, dalam bab yang berikutnya, Dia menyuruh Musa naik ke atas gunung untuk menerima Sepuluh Perintah yang terpahat pada dua keping loh batu. Musa berada di atas gunung selama empat puluh hari...Ketika Musa berada di atas gunung, umat yang berada di kaki gunung itu tertanya-tanya tentang penangguhannya. Disebabkan tidak mengetahui apa yang telah terjadi kepadanya, mereka berkata kepada Harun, “Marilah, buat tuhan untuk kami, yang akan berjalan di hadapan kami” (32:1). Harun menurut kata mereka lalu mengumpulkan emas dan membuat satu anak lembu emas.”

“Walaupun Tuhan melantik mereka menjadi hentar, namun sebelum mereka dapat menjadi hentar-Nya, mereka telah menjadi hentar kepada anak lembu emas. Hasrat Tuhan ialah mereka menjadi kingdom hentar. Akan tetapi, sebelum menjadi kingdom hentar, mereka sudah berpaling kepada penyembahan berhala dan melayani anak lembu emas.”

“Sila beri perhatian di sini: selepas kejadian anak lembu emas, dengan serta-merta Tuhan memberitahu Musa bahawa mulai waktu itu, kingdom Israel tidak boleh menjadi kingdom hentar lagi. Walaupun hal ini tidak disebut secara terang-terang, namun sejak hari itu, Tuhan telah memberi kehentaran itu kepada suku Lewi sahaja. Pada asalnya, kehentaran adalah untuk seluruh kingdom Israel. Kini, kehentaran hanya diberi kepada rumah Harun dalam suku Lewi sahaja.”

“Sejak waktu itu, terdapat dua kumpulan orang dalam kalangan bangsa Israel. Satu kumpulan ialah umat Tuhan manakala yang satu lagi ialah hentar Tuhan. Hasrat asal Tuhan ialah semua umat-Nya menjadi hentar. Tuhan memang tidak berhasrat untuk mengasingkan umat-Nya daripada hentar-Nya. Dia mahu seluruh kingdom menjadi satu kingdom hentar. Umat Tuhan dan hentar Tuhan seharusnya satu...Namun demikian, banyak orang masih mengasihi dunia dan mengenang kasih sayang manusia lalu meninggalkan kesetiaan untuk menyembah berhala. Akibatnya, umat Tuhan dan hentar-Nya menjadi dua kumpulan yang berasingan.”

KEHENTARAN
(Bahagian 1/4)

(Sabda untuk Percayawan Baru—Kehentaran)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Kel. 19:6 “Dan kamu akan menjadi kingdom hentar dan bangsa yang kudus bagi-Ku. Inilah sabda-sabda yang harus engkau bicarakan kepada bani Israel.”

Dalam Bible, terdapat satu ministri yang digelar ministri kehentaran. Ministri ini terdiri daripada sekumpulan orang yang diasingkan sepenuhnya daripada dunia secara khusus untuk melayani Tuhan. Mereka tidak ada kerja atau tugas lain selain melayani Tuhan. Golongan sedemikian digelar sebagai hentar dalam Bible.

I.  SEJARAH KEHENTARAN DALAM BIBLE

Bermula daripada buku Kejadian, Tuhan sudah mempunyai hentar-Nya. Melkizedek merupakan hentar Tuhan yang pertama. Pada zaman Abraham, Melkizedek mengasingkan dirinya dan mempersembahkan dirinya untuk melayani Tuhan secara khusus. 

A.  Bermula dari Kejadian hingga Waktu selepas Kenaikan Tuan ke Syurga

Bermula dari Kejadian hingga selepas penubuhan negara Israel, kehentaran sentiasa ada. Sejak Tuan Yesus datang ke bumi hingga selepas pemergian-Nya, kehentaran tidak pernah berhenti. Kehentaran sudah berada di bumi untuk jangka masa yang begitu panjang. Bible turut menunjukkan kepada kita bahawa selepas kenaikan ke syurga, Tuan Yesus masih menjadi hentar di hadapan Tuhan. Dengan kata lain, Dia sekarang berada di sana, diasingkan sepenuhnya untuk pelayanan Tuhan.

B.  Dalam Zaman Gereja

Pada zaman gereja, kehentaran masih berterusan dan tidak pernah berhenti.

C.  Dalam Kingdom Milenium

Pada permulaan kingdom milenium, mereka yang berbahagian dalam kebangkitan pertama akan menjadi hentar Tuhan dan Kristus, serta meraja bersama-Nya selama seribu tahun (Wahi 20:6). Dengan kata lain, anak-anak Tuhan akan terus menjadi hentar Tuhan dan hentar Kristus selama seribu tahun. Mereka akan menjadi raja dunia dan hentar Tuhan. Kehentaran tidak akan berubah; mereka adalah untuk pelayanan Tuhan.

D.  Di Langit Baru dan Bumi Baru

Di langit baru dan bumi baru, gelaran hentar tidak akan wujud lagi. Pada masa itu, semua anak Tuhan yang merupakan abdi-Nya tidak akan melakukan apa-apa selain melayan-Nya. Dalam Yerusalem Baru “abdi-abdi-Nya akan melayan Dia.” Dengan kata lain, anak-anak Tuhan akan terus melayan-Nya.

Di sini, kamu dapat melihat perkara yang sungguh ajaib. Kehentaran bermula dengan Melkizedek, seorang yang tanpa susur galur, tidak ada permulaan hari atau kesudahan masa, dan tidak ada sejarah, dan kehentaran ini akan berterusan sehingga milenium. Dari segi makna sebenar, kehentaran ini akan berlanjutan sehingga keabadian.

II.  KINGDOM HENTAR MENJADI RUMAH HENTAR

Menurut wahi Kitab, tujuan Tuhan bukan hanya memperoleh seorang untuk menjadi hentar tetapi seluruh umat-Nya menjadi hentar. 

A.  Tuhan Memilih Bangsa Israel untuk Menjadi Kingdom Hentar

Selepas bangsa Israel keluar dari Mesir, mereka tiba di Gunung Sinai. Tuhan mengarahkan Musa berbicara kepada umat Israel dengan berkata, “Kamu akan menjadi kingdom hentar dan bangsa yang kudus bagi-Ku” (Kel. 19:6). Tuhan memberitahu umat Israel bahawa mereka ialah kingdom hentar. Ungkapan ini agak sukar difahami. Mengapakah Tuhan berkata bahawa mereka ialah kingdom hentar? Maksudnya seluruh kingdom ialah hentar. Tidak ada seorang pun dalam kingdom itu merupakan orang biasa; seluruh kingdom ialah hentar. Saya memberitahu kamu, inilah tujuan Tuhan.

Apabila Tuhan memilih bangsa Israel menjadi umat-Nya, Dia menetapkan hanya tujuan ini di hadapan mereka. Kingdom ini berbeza daripada kingdom lain di dunia. Kingdom ini kingdom hentar. Semua orang dalam kingdom ini akan menjadi hentar. Ini bermaksud bahawa setiap orang dalam kingdom ini akan mempunyai satu pekerjaan sahaja, yakni melayani Tuhan. Tuhan berkenan memilih manusia di bumi untuk melayani-Nya. Dia berkenan melihat sekumpulan manusia hidup untuk hal berkenaan-Nya secara khusus di bumi. Tuhan menginginkan semua anak-Nya menjadi hentar dan melayani-Nya. 

Setibanya umat Israel di Gunung Sinai, Tuhan memberitahu mereka bahawa Dia akan mendirikan mereka sebagai kingdom hentar. Perkara ini merupakan sesuatu yang amat menarik. Kita memanggil England “kingdom tentera laut,” Amerika Syarikat, “kingdom emas,” China, “kingdom kesopanan dan etika,” dan India “kingdom falsafah.” Tetapi di sini ada satu kingdom yang dipanggil “kingdom hentar.” Ini perkara yang menarik. Setiap orang dalam kingdom ini adalah hentar. Lelaki, perempuan, orang dewasa, dan kanak-kanak, semua merupakan hentar. Setiap orang dalam kingdom ini tidak melakukan kerja lain melainkan melayani Tuhan. Baik orang dewasa mahupun kanak-kanak hanya mempunyai satu perkara sebagai pekerjaan mereka—mempersembahkan korban dan melayani Tuhan. Ini perkara yang ajaib.

Selepas Tuhan berjanji untuk mendirikan Israel sebagai kingdom hentar, dalam bab yang berikutnya, Dia menyuruh Musa naik ke atas gunung untuk menerima Sepuluh Perintah yang terpahat pada dua keping loh batu. Musa berada di atas gunung selama empat puluh hari sementara Tuhan sendiri menulis Sepuluh Perintah pada loh batu. Perintah yang pertama berkata, “Janganlah engkau mempunyai Tuhan yang lain di hadapan-Ku.” Yang kedua berkata, “Jangan engkau membuat untuk dirimu berhala...” Kelihatannya Tuhan sedang menulis perintah itu satu per satu.

B.  Orang Israel Melayani Berhala

Ketika Musa berada di atas gunung, umat yang berada di kaki gunung itu tertanya-tanya tentang penangguhannya. Disebabkan tidak mengetahui apa yang telah terjadi kepadanya, mereka berkata kepada Harun, “Marilah, buat tuhan untuk kami, yang akan berjalan di hadapan kami” (32:1). Harun menurut kata mereka lalu mengumpulkan emas dan membuat satu anak lembu emas. Kemudian, umat itu pun menyembah anak lembu emas itu dan berkata, “Inilah tuhanmu, O Israel, yang membawa engkau naik meninggalkan tanah Mesir.” 

Mereka mula menyembah berhala. Mereka duduk lalu makan dan minum dan bangun lalu bermain. Mereka mengumbar dalam nafsu dengan berpesta kerana mereka kini mempunyai tuhan yang ditempa daripada emas terletak di mata mereka. Tuhan yang dikenali oleh mereka di bawah pimpinan Musa tidak begitu mudah ditemui; tidak ada orang yang mengetahui tempat tinggal-Nya dan sukar untuk mencari-Nya. Bahkan Musa, orang yang menyembah Tuhan pun tidak kelihatan. Sekarang terdapat satu anak lembu emas yang dapat dilihat untuk disembah mereka. Dengan kata lain, walaupun Tuhan melantik mereka menjadi hentar, namun sebelum mereka dapat menjadi hentar-Nya, mereka telah menjadi hentar kepada anak lembu emas. Hasrat Tuhan ialah mereka menjadi kingdom hentar. Akan tetapi, sebelum menjadi kingdom hentar, mereka sudah berpaling kepada penyembahan berhala dan melayani anak lembu emas. Mereka mempunyai tuhan lain dan penyembahan lain selain daripada Tuhan.

Ini konsep manusia terhadap Tuhan. Manusia sentiasa cuba mencipta tuhannya sendiri dan menyembah menurut cara sendiri. Manusia suka menyembah tuhan yang dicipta oleh tangannya sendiri. Dia enggan menerima kedaulatan Tuhan dalam penciptaan-Nya. Dia enggan mengakui kedudukan Tuhan sebagai Pencipta. 

C.  Tuhan Memberikan Kehentaran kepada Suku Lewi

Semasa Musa masih berada di atas gunung, Tuhan menyuruhnya turun. Maka Musa berpaling dan turun dengan membawa dua keping loh batu, iaitu Sepuluh Perintah, dalam tangannya. Ketika menghampiri perkhemahan orang Israel, dia melihat keadaan umat. Maka kemarahannya meluap-luap lalu dia pun mencampakkan dua keping loh batu itu dan menghancurkannya. Sambil berdiri di pintu perkhemahan, dia berkata, “Barang siapa yang di pihak Yehova, datanglah kepadaku.” Maka semua keturunan Lewi berhimpun kepadanya. Dia berkata kepada mereka, “Hendaklah setiap orang meletakkan pedangnya di pahanya, dan pergilah berulang-alik dari pintu ke pintu di seluruh kem, dan biarlah setiap orang membunuh saudaranya, dan temannya, dan jirannya.” Tidak kira sesiapa pun yang kamu temui, kamu harus membunuh kesemuanya kerana mereka telah menyembah berhala, iaitu anak lembu emas. Tidak kira apa hubungan mereka dengan kamu secara peribadi, kamu perlu menghunus pedang dan membunuh mereka. 

Banyak orang mungkin menganggap bahawa perintah ini terlalu berat. Siapakah yang sampai hati membunuh saudara sendiri? Siapakah yang sampai hati membunuh teman sendiri? Sebelas daripada kedua-dua belas suku itu enggan bergerak. Mereka berasa bahawa harga itu terlalu tinggi. Akhirnya, hanya suku Lewi sahaja yang menghunus pedang mereka dan pergi berulang-alik dari pintu ke pintu di seluruh kem dan membunuh kira-kira tiga ribu orang pada hari itu. Mereka yang dibunuh adalah saudara, kerabat, dan teman-teman orang Lewi. 

Sila beri perhatian di sini: selepas kejadian anak lembu emas, dengan serta-merta Tuhan memberitahu Musa bahawa mulai waktu itu, kingdom Israel tidak boleh menjadi kingdom hentar lagi. Walaupun hal ini tidak disebut secara terang-terang, namun sejak hari itu, Tuhan telah memberi kehentaran itu kepada suku Lewi sahaja. Pada asalnya, kehentaran adalah untuk seluruh kingdom Israel. Kini, kehentaran hanya diberi kepada rumah Harun dalam suku Lewi sahaja.

D.  Sejak itu Umat Tuhan dan Hentar Tuhan Menjadi Dua Kumpulan yang Berasingan

Sejak waktu itu, terdapat dua kumpulan orang dalam kalangan bangsa Israel. Satu kumpulan ialah umat Tuhan manakala yang satu lagi ialah hentar Tuhan. Hasrat asal Tuhan ialah semua umat-Nya menjadi hentar. Tuhan memang tidak berhasrat untuk mengasingkan umat-Nya daripada hentar-Nya. Dia mahu seluruh kingdom menjadi satu kingdom hentar. Umat Tuhan dan hentar Tuhan seharusnya satu. Sesiapa sahaja yang merupakan umat Tuhan seharusnya menjadi hentar-Nya juga. Selagi kamu umat Tuhan, kamu haruslah menjadi hentar Tuhan. Menjadi umat bermaksud menjadi hentar. Semua umat-Nya sepatutnya menjadi hentar-Nya. Namun demikian, banyak orang masih mengasihi dunia dan mengenang kasih sayang manusia lalu meninggalkan kesetiaan untuk menyembah berhala. Akibatnya, umat Tuhan dan hentar-Nya menjadi dua kumpulan yang berasingan. Jika seseorang tidak mengasihi Tuan lebih daripada bapa, ibu, isteri, anak, saudara lelaki, saudara perempuan, dan segala-galanya, dia tidak layak menjadi disipal Tuan. Banyak orang tidak dapat memenuhi tuntutan ini dan membayar harga ini. Justeru, mulai hari itu, kingdom Israel terbahagi kepada dua kumpulan—umat Tuhan dan hentar Tuhan. 

E.  Kehentaran Menjadi Hal Satu Keluarga

Mulai hari itu, kingdom hentar menjadi suku hentar. Mulai hari itu, kingdom hentar menjadi keluarga hentar. Kehentaran menjadi hal satu keluarga dan bukan lagi hal satu kingdom. Di kalangan suku Lewi, umat Tuhan dan hentar Tuhan adalah satu, umat Tuhan ialah hentar Tuhan. Namun, bagi sebelas suku yang lain, umat Tuhan hanyalah umat Tuhan, mereka tidak boleh menjadi hentar Tuhan lagi. Hal ini sangat serius. Adalah suatu perkara yang sangat serius untuk seseorang yang percaya kepada Tuhan, yakni umat Tuhan, tetapi bukan seorang hentar. (bersambung...)

DUA PRINSIP KEHIDUPAN—PRINSIP HAYAT ATAU PRINSIP BETUL DAN SALAH (Bahagian 3/3)
KEHENTARAN (Bahagian 2/4)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)