Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian HUKUM HAYAT (Bahagian 9/11)
HUKUM HAYAT (Bahagian 8/11)
HUKUM HAYAT (Bahagian 10/11)
HUKUM HAYAT (Bahagian 9/11)
2020-09-16 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (141)

Nota Editor:

“Filipi 2:13 mengatakan bahawa keadaan tekad kita di hadapan Tuhan juga disebabkan oleh operasi Tuhan dalam kita. Sehubungan itu, kepatuhan tekad kita juga ialah hasil daripada operasi kudrat hukum hayat Tuhan dalam kita. Kudrat ini dapat memalingkan tekad kita yang tidak patuh itu menjadi patuh kepada Tuhan.”

“Kudrat ini [juga] dapat membuat kita bekerja untuk Tuan dengan segenap hati dan daya. Dutus Paulus mengatakan bahawa dia dapat berjerih lelah jauh lebih daripada para dutus yang lain bukanlah disebabkan dia sendiri tetapi disebabkan kurnia Tuhan yang diberikan kepadanya atau kurnia hayat Tuhan yang ada bersama dengannya (1 Kor. 15:10). Dia juga mengatakan bahawa dia berjerih lelah dengan berjuang menurut operasi Tuhan yang beroperasi “dalam kudrat” dalam dia (Kol. 1:29). Perkataan “kudrat” juga dapat diterjemahkan sebagai “daya letup”. Ini bermaksud bahawa kerjanya bukan bergantung pada kudrat sukmanya sendiri, tetapi bergantung pada kudrat dinamik daripada hayat Tuhan yang huni dalamnya...Apabila kudrat dinamik hayat Tuhan ini mengawal tertib manusia dari dalam, tidak ada seorang yang dapat terus duduk diam. Setiap orang yang membenarkan kudrat dinamik bagi hukum hayat Tuhan beroperasi dalam dia semestinya akan bekerja dengan segenap dayanya, malah tidak mempedulikan nyawanya sendiri dalam sebarang jerih lelah.” 

HUKUM HAYAT
(Bahagian 9/11)

(Pengetahuan Hayat, Bab 10)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Flp. 2:13 “Kerana Tuhanlah yang beroperasi dalam kamu supaya kamu berazam dan bekerja untuk kegirangan-Nya.”

Kol. 1:29 “Untuk ini juga aku berjerih lelah, dengan berjuang menurut operasi-Nya yang beroperasi dengan kudrat dalamku.”

VII. KUDRAT HUKUM HAYAT (samb.)

B. Membuat Kita Patuh kepada Tuhan 

Kedua, kudrat ini dapat membuat kita patuh kepada Tuhan. Apabila kita berbicara tentang syarat hukum hayat, kita juga pernah menyebut bahawa operasi hukum hayat dalam kita memerlukan kerjasama kita melalui kepatuhan. Namun kerap kali kita bukan sahaja tidak patuh, malah kita enggan patuh. Pada masa sebegini, kudrat hukum hayat dapat menanggulangi keadaan kita dengan secukupnya untuk membuat kita patuh.

Meskipun kita yang telah diselamatkan dan mempunyai hayat Tuhan kadangkala mundur dan hati kita kadangkala menjadi keras dan tidak dapat patuh kepada Tuhan, namun Tuhan berbelas kasihan kepada kita. Hayat-Nya dalam kita tetap tidak akan menghentikan operasinya, tetapi melalui kudrat hayat-Nya, Dia mengawal tertib emosi kita lalu mengawal tertib tekad kita; dengan mengawal tertib ke depan dan ke belakang, Dia membolehkan kita patuh kepada-Nya sekali lagi. 

Filipi 2:13 mengatakan bahawa keadaan tekad kita di hadapan Tuhan juga disebabkan oleh operasi Tuhan dalam kita. Sehubungan itu, kepatuhan tekad kita juga ialah hasil daripada operasi kudrat hukum hayat Tuhan dalam kita. Kudrat ini dapat memalingkan tekad kita yang tidak patuh itu menjadi patuh kepada Tuhan. 

Pada suatu masa dahulu terdapat seorang dikkak yang berasa bahawa dia benar-benar tidak dapat patuh. Bukan sahaja mindanya terganggu, malah zimahnya turut menderitai tuduhan. Maka dia memohon kepada Tuhan agar menyelamatkan dia. Ketika dia berseru kepada Tuhan, Tuhan menunjukkan cahaya ­dalam Filipi 2:13 kepadanya. Dengan demikian, dia mengetahui bahawa Tuhan dapat beroperasi untuk membuat dia patuh. Lantaran itu, dia bergembira dan menemui rehat.

C. Membuat Kita Melakukan Kerja-kerja Baik yang Disediakan Tuhan untuk Kita

Ketiga, kudrat ini juga dapat membuat kita melakukan kerja-­kerja baik yang disediakan Tuhan terlebih dahulu supaya kita dapat bergerak-hidup dalamnya (Ef. 2:10). Kerja-kerja baik sedemikian adalah daripada Tuhan, dan mengalir keluar daripada hayat Tuhan; oleh itu, melakukan kerja-kerja baik sedemikian bererti menghidup keluar Tuhan sendiri. Kerja-kerja baik yang jauh melangkaui kebaikan manusia ini pasti tidak dapat dihidup keluar oleh hayat manusia. Namun hayat Tuhan dalam kita menggunakan kudrat-Nya untuk mengawal tertib kita dan membolehkan kita menghidup keluar kerja-kerja baik yang luar biasa ini. 

D. Membuat Kita Bekerja dengan Segenap Hati dan Daya

Keempat, kudrat ini dapat membuat kita bekerja untuk Tuan dengan segenap hati dan daya. Dutus Paulus mengatakan bahawa dia dapat berjerih lelah jauh lebih daripada para dutus yang lain bukanlah disebabkan dia sendiri tetapi disebabkan kurnia Tuhan yang diberikan kepadanya atau kurnia hayat Tuhan yang ada bersama dengannya (1 Kor. 15:10). Dia juga mengatakan bahawa dia berjerih lelah dengan berjuang menurut operasi Tuhan yang beroperasi “dalam kudrat” dalam dia (Kol. 1:29). Perkataan “kudrat” juga dapat diterjemahkan sebagai “daya letup”. Ini bermaksud bahawa kerjanya bukan bergantung pada kudrat sukmanya sendiri, tetapi bergantung pada kudrat dinamik daripada hayat Tuhan yang huni dalamnya. Dalam semua abad yang lalu, orang yang berguna kepada Tuan berjerih lelah dan menderita secara berterusan dalam kerja Tuan. Mereka berjerih lelah bukan atas usaha mereka sendiri, tetapi kerana mereka mengasihi Tuhan dan cenderung terhadap Tuhan lalu membenarkan hayat Tuhan beroperasi dalam mereka, mengawal tertib dalam mereka, lalu mengawal tertib suatu aktiviti, meletup keluar suatu kerja daripada mereka. Aktiviti yang dikawal tertib keluar atau kerja yang diletup keluar ini ialah pengerjaan kudrat dinamik daripada hayat Tuhan. Apabila kudrat dinamik hayat Tuhan ini mengawal tertib manusia dari dalam, tidak ada seorang yang dapat terus duduk diam. Setiap orang yang membenarkan kudrat dinamik bagi hukum hayat Tuhan beroperasi dalam dia semestinya akan bekerja dengan segenap dayanya, malah tidak mempedulikan nyawanya sendiri dalam sebarang jerih lelah. 

Selepas Perang China-Jepun, kami pergi bekerja dalam beberapa gereja lokal. Kerja kami agak diberkati dan berhasil. Apabila kami kembali ke Shanghai, Dikbang Nee berkata kepada saya: “Dikbang, kita ialah ‘pembuat kacau’. Kita baru membuat kacau dalam gereja-gereja yang lain, dan sekarang kita akan membuat kacau dalam gereja di Shanghai.” Meskipun kata-kata ini nampaknya lucu, namun secara tegasnya, setiap orang yang hidup dalam hayat Tuhan dan membenarkan hukum hayat Tuhan beroperasi semestinya seorang “pembuat kacau”. Ini kerana hayat Tuhan dalam mereka merupakan satu hayat yang berkudrat tidak terhingga, satu hayat yang positif dan mendorong, satu hayat yang paling berkuasa dinamik. Bila-bila masa hayat ini beroperasi dan mengawal tertib dalam mereka, mereka akan meletup di dalam; mereka akan melakukan kerja yang berkuasa dinamik. Hasilnya, secara semula jadi mereka menjadi pembuat kacau. Sebaliknya, jika seseorang tidak bersemangat dalam kerja Tuan atau bekerja sehinggakan kerja Tuan tidak berbunyi dan berbau, maka tidak perlu dipersoalkan, sudah tentu hayat dalam dia terbatas, dan hukum hayat juga tidak dapat beroperasi. 

Kalau kamu tidak salah faham akan kata-kata saya, saya dapat bersaksi bahawa kerap kali saya tidak berani meluangkan masa untuk berdoa. Asalkan saya berdoa setengah jam setiap hari, roda hayat ini akan berputar, hukum hayat ini akan mula mengawal tertib, dan kuasa pendorong itu juga mula mendesak saya dari dalam sehinggakan saya tidak dapat menahan lagi dan tidak boleh tidak pergi bekerja. Biarpun saya perlu mati di situ, saya tetap akan pergi bekerja. Kalau saya tidak bekerja, saya menderita; tetapi jika saya bekerja, saya berasa puas. Oh, di sinilah kuasa pendorong bagi kerja!

E. Membuat Kita Mempunyai Pelayanan yang Hidup dan Segar 

Kelima, kudrat ini dapat membuat kita mempunyai pelayan­an yang hidup dan segar. Pelayanan dalam Wasiat Lama adalah menurut huruf dan lama, maka ia adalah mati dan membuat orang mati. Pelayanan dalam Wasiat Baru pula adalah menurut Roh dan segar, maka ia adalah hidup dan membuat orang hidup. Pelayanan Wasiat Lama merupakan aktiviti yang berdasarkan peraturan mati di luar, maka ia tidak dapat memberi bekalan hayat kepada manusia. Pelayanan Wasiat Baru pula merupakan hasil daripada hukum hayat yang mengawal tertib dalam roh, yang berasal daripada hayat, maka ia dapat memberi hayat kepada manusia dan menyebabkan manusia menerima bekalan yang hidup. Kita mengambil aktiviti-aktiviti kita dalam perhimpunan sebagai contoh. Jika hukum hayat dalam kita itu bergerak, maka mengucapkan beberapa patah kata, memberi sedikit kesaksian, atau membuat satu pengumuman pun adalah hidup dan menyebabkan manusia menerima bekalan hayat. 

Kita cukup layak menjadi minister Wasiat Baru yang mempunyai pelayanan hidup bukanlah melalui kebolehan, kepetahan atau pendidikan kita sendiri, tetapi melalui Roh Tuhan (2 Kor. 3:5-6) dan menurut “berian kurnia Tuhan” (Ef. 3:7). Berian sebegini bukan merujuk kepada berian yang luar biasa, seperti berbahasa lidah, melihat visi, penyembuhan, mengusir demon, dan sebagainya, tetapi merujuk kepada berian kurnia yang diberikan kepada kita menurut operasi kudrat Tuhan, dan yang kita terima disebabkan operasi kudrat yang berterusan dalam hayat yang diberikan secara percuma kepada kita oleh Tuhan. Sehubungan itu, dutus Paulus mengatakan bahawa berian kurnia ini membolehkan dia menginjilkan kekayaan Kristus yang tidak terduga dan membuat semua orang melihat apa itu misteri yang tersembunyi sejak berzaman-zaman dalam Tuhan yang mencipta segala sesuatu (Ef. 3:8-9). Oh, betapa besarnya berian ini! Namun berian yang sedemikian besar ini diberikan kepada dia menurut operasi kudrat hukum hayat Tuhan. Oleh itu, berian kurnia yang kita terima lantaran operasi kudrat hukum hayat Tuhan ini memang berupaya membuat kita melayan Tuhan secara hidup dan segar. (bersambung...)

HUKUM HAYAT (Bahagian 8/11)
HUKUM HAYAT (Bahagian 10/11)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)