Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian HUKUM HAYAT (Bahagian 8/11)
HUKUM HAYAT (Bahagian 7/11)
HUKUM HAYAT (Bahagian 9/11)
HUKUM HAYAT (Bahagian 8/11)
2020-09-15 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (140)

Nota Editor:

“Terdapat dua jenis fungsi hukum hayat. Yang satu ialah menyingkirkan atau membunuh, dan yang satu lagi ialah menambah atau membekalkan. Dari satu segi, ia menyingkirkan apa yang tidak harus ada dalam kita, dan dari segi yang lain, ia menambahkan apa yang harus ada dalam kita...Sejenis fungsi menyingkirkan segala daripada ciptaan lama kita secara beransur-ansur, dan yang sejenis lagi menambahkan segala daripada ciptaan baru Tuhan secara beransur-ansur. Dengan demikian, hayat dalam kita beransur-ansur tumbuh.”

“Oleh sebab fungsi penyingkiran dalam hukum hayat itu berasal daripada elemen kematian Tuan yang serba merangkumi yang terkandung dalam hayat, maka sebagaimana kematian Tuan di atas salib pada hari itu menyingkirkan semua masalah yang didapati Tuhan pada manusia, begitu juga hari ini, menerusi operasi hukum hayat, kematian-Nya sedang dilaksanakan dalam kita dengan membunuh dan menyingkirkan satu demi satu perkara yang tidak sepadan dengan Tuhan dan yang di luar Tuhan, seperti elemen dosa, elemen dunia, elemen tubuh daging, elemen nafsu, elemen ciptaan lama, dan elemen konstitusi alamiah.” 

“Tambahan lagi, oleh sebab fungsi penambahan yang terdapat dalam hukum hayat itu berasal daripada elemen kebangkitan Tuan yang terkandung dalam hayat, maka sebagaimana kebangkitan Tuan membawa manusia ke dalam Tuhan pada hari itu supaya manusia berbahagian dalam segala apanya Tuhan sendiri, begitu juga hari ini, menerusi operasi hukum hayat, kebangkitan-Nya sedang diterapkan pada kita, dan dengan itu menambahkan dan membekalkan kudrat Tuhan, kekudusan Tuhan, kasih Tuhan, kesabaran Tuhan, dan semua elemen Tuhan atau elemen ciptaan baru ke dalam kita secara praktikal supaya kita dapat dipenuhi segala kepenuhan Ketuhanan.”

“Hukum Wasiat Baru ialah hukum yang tertulis dalam bahagian dalaman kita, hukum yang hidup, hukum hayat. Hayat ini ‘hayat [Tuhan] yang tidak dapat dimusnahkan’, yang mempunyai ‘kudrat’ (Ibr. 7:16). Sehubungan itu, hukum yang berasal daripada hayat ini juga mempunyai kudrat dan membolehkan kita melakukan segala hal.”

HUKUM HAYAT (Bahagian 8/11)

(Pengetahuan Hayat, Bab 10)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Ibr. 7:16 “Dia telah dilantik bukan menurut hukum perintah milik daging tetapi menurut kudrat hayat yang tidak dapat dimusnahkan.”

VI. FUNGSI HUKUM HAYAT 

Kita telah melihat bahawa kasih dan kepatuhan ialah dua syarat bagi operasi hukum hayat dan juga merupakan dua tanggungjawab yang harus kita pikul terhadap hukum hayat. Jika kita dapat mengasihi dan mematuhi, maka dapatlah hukum hayat beroperasi secara spontan dalam pelbagai bahagian dalam kita dan menyatakan fungsi semula jadinya.

Terdapat dua jenis fungsi hukum hayat. Yang satu ialah menyingkirkan atau membunuh, dan yang satu lagi ialah menambah atau membekalkan. Dari satu segi, ia menyingkirkan apa yang tidak harus ada dalam kita, dan dari segi yang lain, ia menambahkan apa yang harus ada dalam kita. Apa yang disingkirkan ialah elemen Adam dalam kita, dan apa yang ditambahkan ialah elemen Kristus yang merupakan Roh beri-hayat. Apa yang disingkirkan ialah yang lama, dan apa yang ditambahkan ialah yang baru. Apa yang disingkirkan ialah yang mati, dan apa yang ditambahkan ialah yang hidup. Apabila hukum hayat beroperasi dalam kita, ternyatalah dua jenis fungsi ini dalam kita: Sejenis fungsi menyingkirkan segala daripada ciptaan lama kita secara beransur-ansur, dan yang sejenis lagi menambahkan segala daripada ciptaan baru Tuhan secara beransur-ansur. Dengan demikian, hayat dalam kita beransur-ansur tumbuh. 

Sebab hukum hayat dalam kita dapat mempunyai dua jenis fungsi ini ialah hayat yang daripadanya hukum ini berasal mempunyai dua jenis elemen yang istimewa: Yang satu ialah elemen maut, dan yang satu lagi ialah elemen hayat. Elemen maut ialah kematian ajaib Tuan Yesus di atas salib, kematian yang merangkumi segala dan mengakhiri segala. Elemen hayat pula ialah kebangkitan Tuan Yesus atau hayat bagi kudrat kebangkitan Tuan; oleh itu, ia juga digelar sebagai elemen kebangkitan.

Oleh sebab fungsi penyingkiran dalam hukum hayat itu berasal daripada elemen kematian Tuan yang serba merangkumi yang terkandung dalam hayat, maka sebagaimana kematian Tuan di atas salib pada hari itu menyingkirkan semua masalah yang didapati Tuhan pada manusia, begitu juga hari ini, menerusi operasi hukum hayat, kematian-Nya sedang dilaksanakan dalam kita dengan membunuh dan menyingkirkan satu demi satu perkara yang tidak sepadan dengan Tuhan dan yang di luar Tuhan, seperti elemen dosa, elemen dunia, elemen tubuh daging, elemen nafsu, elemen ciptaan lama, dan elemen konstitusi alamiah. Tambahan lagi, oleh sebab fungsi penambahan yang terdapat dalam hukum hayat itu berasal daripada elemen kebangkitan Tuan yang terkandung dalam hayat, maka sebagaimana kebangkitan Tuan membawa manusia ke dalam Tuhan pada hari itu supaya manusia berbahagian dalam segala apanya Tuhan sendiri, begitu juga hari ini, menerusi operasi hukum hayat, kebangkitan-Nya sedang diterapkan pada kita, dan dengan itu menambahkan dan membekalkan kudrat Tuhan, kekudusan Tuhan, kasih Tuhan, kesabaran Tuhan, dan semua elemen Tuhan atau elemen ciptaan baru ke dalam kita secara praktikal supaya kita dapat dipenuhi segala kepenuhan Ketuhanan. 

Ini seperti ubat yang kita makan; sesetengah ubat mengandungi dua jenis elemen, iaitu elemen membunuh kuman dan elemen mengkhasiati. Elemen membunuh mempunyai satu fungsi, iaitu menyingkirkan penyakit yang tidak harus ada dalam kita; elemen mengkhasiati juga mempunyai satu fungsi, iaitu membekalkan elemen hayat yang kita perlukan. 

Ini juga seperti darah dalam tubuh kita yang mengandungi dua jenis elemen: sel darah putih dan sel darah merah. Sel darah putih mempunyai satu fungsi, iaitu membunuh kuman; sel darah merah juga mempunyai satu fungsi, iaitu membekalkan khasiat. Apabila darah beredar dan mengalir dalam kita, sel darah putih membunuh dan membasmi kuman yang menyerang tubuh kita, manakala sel darah merah membekalkan khasiat yang diperlukan kepada setiap bahagian dalam seluruh tubuh kita. Begitu juga, apabila hukum hayat Tuhan beroperasi dalam kita, atau apabila hayat Tuhan beroperasi dalam kita, dua elemen, iaitu hayat dan maut, yang terkandung dalam hayat Tuhan itu membunuh dan mengkhasiati, iaitu membunuh kuman rohani kita, seperti dunia dan tubuh daging, dan membekali kita khasiat rohani yang mengandungi segala kekayaan Tuhan sendiri.

Oleh yang demikian, kita harus melihat bahawa di sini terdapat satu jalan yang betul untuk mengejar pertumbuhan dalam hayat. Sebaik sahaja kita diselamatkan dan mempunyai hayat Tuhan, hukum hayat Tuhan dalam kita menyebabkan kita mempunyai perasaan tertentu. Sekiranya kita ingin menuntut pertumbuhan dalam hayat, maka kita harus mengasihi Tuhan dan mematuhi perasaan ini, dengan demikian menanggulangi zimah, menanggulangi emosi, menanggulangi minda, dan menanggulangi tekad. Sebaik sahaja kita mempunyai penanggulangan sebegini, hayat Tuhan dalam roh kita akan terus memberi kita perasaan. Apabila kita mematuhi perasaan ini, hukum hayat akan mengawal tertib dua jenis fungsinya dalam kita: menyingkirkan apa yang di luar daripada Tuhan dan menambahkan segala apanya Tuhan sendiri. Dengan demikian, kita dapat bertumbuh dan matang dalam hayat Tuhan secara beransur-ansur. Semua pengalaman ini sangat benar dan praktikal. Di sinilah jalan hayat yang kita bicarakan! 

VII. KUDRAT HUKUM HAYAT 

Selain daripada dua fungsi yang disebut di atas, hukum hayat juga mempunyai kudrat. Kita sudah pun menyebut bahawa hukum Wasiat Lama ialah hukum yang tertulis di luar manusia, hukum yang mati, hukum hurufiah. Hukum ini hanya membuat tuntutan ke atas manusia tetapi tidak berkudrat untuk membekali manusia supaya dia dapat memenuhi tuntutannya. Oleh itu, ia “tidak dapat dilakukan” (Roma 8:3), dan juga “tidak menyempurnakan apa-apa” (Ibr. 7:19). Namun hukum Wasiat Baru ialah hukum yang tertulis dalam bahagian dalaman kita, hukum yang hidup, hukum hayat. Hayat ini “hayat [Tuhan] yang tidak dapat dimusnahkan”, yang mempunyai “kudrat” (Ibr. 7:16). Sehubungan itu, hukum yang berasal daripada hayat ini juga mempunyai kudrat dan membolehkan kita melakukan segala hal. 

Kita harus melihat di sini bahawa kudrat bagi hukum hayat ialah kudrat bagi hayat Tuhan yang merupakan asal hukum. Kudrat inilah yang membangkitkan Tuan Yesus daripada yang mati dan naik ke syurga, jauh mengatasi segala-galanya. Kudrat ini jugalah yang hendak mengawal tertib kita dalam setiap hari dan berupaya melakukan segala-gala dengan amat melimpah-ruah menjangkaui apa yang kita minta atau fikir (Ef. 1:20; 3:20). Kudrat ini dapat menyempurnakan hal-hal berikut dalam kita:

A. Membuat Hati Kita Cenderung Terhadap Tuhan 

Pertama sekali, kudrat ini dapat membuat hati kita cenderung terhadap Tuhan. Apabila kita berbicara tentang hubungan antara hukum hayat dengan hati, kita pernah menyebut bahawa hukum hayat dapat dihalang oleh hati. Jika hati kita tidak cen­derung terhadap Tuhan, maka hayat Tuhan tidak dapat melewatinya. Namun syukur kepada Tuhan, hayat-Nya dalam kita bukan berhenti di sini sahaja. Ia masih akan terus beroperasi dalam kita sehinggakan hati kita yang tidak cenderung terhadap Tuhan menjadi cenderung terhadap Tuhan. Amsal 21:1 berkata, “Hati raja seperti saliran air di tangan Yehova; Dia mengalirkan­nya ke mana sahaja yang diingini-Nya.” Oleh itu, kita boleh me­mohon kepada Tuhan, “Cenderungkanlah hatiku kepada kesaksian-Mu dan bukan kepada keuntungan yang tidak adil” (Mzm. 119:36). Apabila kita rela memohon secara ini, kudrat hukum hayat Tuhan dapat memalingkan hati kita dengan amat spontan dan membuat hati kita cenderung sepenuhnya terhadap Tuhan. (bersambung...)

HUKUM HAYAT (Bahagian 7/11)
HUKUM HAYAT (Bahagian 9/11)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)