Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian HUKUM HAYAT (Bahagian 7/11)
HUKUM HAYAT (Bahagian 6/11)
HUKUM HAYAT (Bahagian 8/11)
HUKUM HAYAT (Bahagian 7/11)
2020-09-14 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (139)

Nota Editor:

“Dalam amalan yang sebenar, jika hukum hayat ingin beroperasi secara bebas dalam pelbagai bahagian dalaman kita, maka kita perlu memenuhi dua syarat.”

“Syarat pertama ialah mengasihi Tuhan...Bible menghendaki kita mengasihi Tuhan dengan seluruh hati kita, seluruh sukma kita, seluruh minda kita, dan seluruh daya kita (Mrk. 12:30). Apabila kita mengasihi Tuhan hingga ke tahap sedemikian dengan membenarkan kasih kita terhadap Tuhan mencapai banyak bahagian dalam kita, hayat Tuhan dapat mula berfungsi dan mengawal tertib banyak bahagian dalam kita ini. Dengan demikian, semua bahagian ini beransur-ansur menjadi seperti Tuhan.”

“Syarat kedua ialah mematuhi perasaan pertama daripada hayat...Tuhan hanya memberi kita satu perasaan pada suatu kali, sebagaimana Tuhan hanya memberi kita satu hari pada suatu kali. Sebagaimana kita hidup hari demi hari, begitu juga kita mematuhi satu perasaan demi satu perasaan...Tuhan hanya memberi kita satu perasaan pada suatu kali kerana Dia mahu kita memandang kepada-Nya langkah demi langkah dan bersandar pada-Nya saat demi saat lalu patuh kepada-Nya. Oleh itu, perasaan hukum hayat adalah menurut prinsip yang sama seperti pohon hayat, iaitu membuat kita bersandar pada Tuhan.”

HUKUM HAYAT
(Bahagian 7/11)

(Pengetahuan Hayat, Bab 10)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Mrk. 12:30 “Dan kamu harus mengasihi Tuan, Tuhanmu dari seluruh hatimu dan dari seluruh sukmamu dan dari seluruh mindamu dan dari seluruh dayamu.”

Flp. 2:12-13 “Oleh itu, yang kukasihi, sebagaimana kamu sentiasa patuh, bukan sahaja semasa aku hadir tetapi sekarang lebih-lebih lagi semasa aku tidak hadir, kerja hasilkan penyelamatanmu sendiri dengan takut dan gementar; kerana Tuhanlah yang beroperasi dalam kamu supaya kamu berazam dan bekerja untuk kegirangan-Nya.”

V. SYARAT-SYARAT HUKUM HAYAT 

Memandangkan kita telah melihat tempat hukum hayat, maka kita mengetahui bahawa hukum hayat ini beroperasi dalam pelbagai bahagian seluruh diri kita. Namun dalam amalan yang sebenar, jika hukum hayat ingin beroperasi secara bebas dalam pelbagai bahagian dalaman kita, maka kita perlu memenuhi dua syarat: 

A. Mengasihi Tuhan 

Syarat pertama ialah mengasihi Tuhan. Injil Yohanes berbicara secara khusus tentang hayat, dan juga berbicara dengan menekankan kepercayaan dan kasih. Mempercayai bererti menerima hayat ke dalam kita, sedangkan mengasihi bererti mengalirkan hayat daripada kita. Kalau kita ingin menerima hayat, maka kita harus percaya. Kalau kita ingin menghidup keluar hayat, maka kita harus mengasihi. Hanya kepercayaan yang dapat membenarkan hayat masuk ke dalam, dan hanya kasih yang dapat membenarkan hayat mengalir keluar. Oleh itu, kasih ialah satu syarat yang perlu bagi operasi hukum hayat. 

Di tempat yang lain kita melihat bahawa Bible menghendaki kita mengasihi Tuhan dengan seluruh hati kita, seluruh sukma kita, seluruh minda kita, dan seluruh daya kita (Mrk. 12:30). Apabila kita mengasihi Tuhan hingga ke tahap sedemikian dengan membenarkan kasih kita terhadap Tuhan mencapai banyak bahagian dalam kita, hayat Tuhan dapat mula berfungsi dan mengawal tertib banyak bahagian dalam kita ini. Dengan demikian, semua bahagian ini beransur-ansur menjadi seperti Tuhan. 

Oleh itu, Tuhan mula-mulanya menyemaikan hayat-Nya dalam kita, kemudian Dia menggunakan kasih untuk menggerakkan emosi dalam hati kita dan menyebabkan hati kita mengasihi-Nya, berpaling kepada-Nya, dan berpaut pada-Nya. Dengan cara ini, selubung dalam kita diambil pergi (lihat 2 Kor. 3:16), dan kita dapat melihat cahaya, menerima wahi, serta mengenali Tuhan dan hayat Tuhan. Tambahan lagi, apabila kita mengasihi Tuhan dengan seluruh hati kita, kita semula jadinya rela patuh kepada Tuhan dan bekerjasama dengan Tuhan. Lantaran itu, kita membenarkan hukum hayat Tuhan beroperasi secara bebas dalam kita dan membekalkan segala kekayaan hayat Tuhan kepada setiap bahagian bagi seluruh diri kita. Dalam sesuatu bahagian yang dipenuhi kasih untuk Tuhan, dalam bahagian itulah hukum hayat Tuhan beroperasi. Kalau seluruh diri kita mengasihi Tuhan, maka hukum hayat Tuhan beroperasi dalam seluruh diri kita. Dengan demikian, seluruh diri kita, di dalam dan juga di luar, akan menjadi serupa dengan Tuhan dan dipenuhi kekayaan hayat Tuhan. 

B. Mematuhi Perasaan Pertama daripada Hayat 

Syarat kedua ialah mematuhi perasaan pertama daripada hayat. Dalam bab tujuh, Perasaan Roh dan Mengenali Roh, kita telah menyebut bahawa hukum hayat itu kepunyaan perasaan dan dapat memberi kita perasaan. Sebaik sahaja kita dilahirukan dan mempunyai hayat Tuhan, hukum hayat dalam kita ini semestinya menyebabkan kita mempunyai perasaan yang tertentu. Tanggungjawab kita ialah mematuhi perasaan hukum hayat ini untuk membenarkan hukum hayat ini beroperasi secara bebas dalam kita. 

Walau bagaimanapun, pada mulanya, perasaan hukum hayat ini mungkin lebih lemah dan jarang. Namun selagi kita rela mematuhi perasaan pertama yang lebih lemah, perasaan yang berikutnya akan makin lama makin kuat. Kita hanya perlu bermula dengan mematuhi perasaan pertama yang lemah ini dan terus mematuhinya. Dengan demikian, hukum hayat dapat beroperasi dalam kita tanpa henti sehingga mencapai pelbagai bahagian dalaman bagi seluruh diri kita. Lantaran itu, hayat dalam kita secara semula jadi akan menyebar ke luar dan juga bertambah dalam dan bertambah tinggi. 

Sesetengah orang mungkin bertanya, “Selepas kita mematuhi perasaan pertama, apakah yang harus kita buat seterusnya?” Demikianlah jawapan kita: Sebelum kita mematuhi perasaan pertama, janganlah kita mempedulikan apa yang harus kita buat selepas itu. Tuhan hanya memberi kita satu perasaan pada suatu kali, sebagaimana Tuhan hanya memberi kita satu hari pada suatu kali. Sebagaimana kita hidup hari demi hari, begitu juga kita mematuhi satu perasaan demi satu perasaan. Apabila Tuhan memberi kita satu perasaan, kita hanya perlu mematuhi satu perasaan ini. Setelah kita mematuhi perasaan pertama ini, Tuhan secara semula jadi akan memberi kita perasaan yang kedua. Sewaktu Tuhan memanggil Abraham, Tuhan hanya memberitahu dia tentang langkah yang pertama: “Keluarlah dari tanahmu dan daripada sanak saudaramu dan dari rumah bapamu.” Selepas meninggalkan semua ini, apa yang harus dilakukannya dan tempat mana yang harus ditujuinya akan ditunjukkan kepadanya. Tuhan bersabda, “Akan Aku tunjukkan kepadamu” (Kej. 12:1). Sewaktu Tuan Yesus dilahirkan dan Raja Herodes berikhtiar hendak menghapuskan-Nya, Tuhan hanya memberitahu Yusuf tentang langkah pertama, iaitu melarikan diri ke Mesir; dia harus tinggal di situ hingga Tuhan memberitahu dia tentang langkah kedua yang seterusnya (Mat. 2:13).

Ini menunjukkan kepada kita bahawa Tuhan hanya memberi kita satu perasaan pada suatu kali kerana Dia mahu kita memandang kepada-Nya langkah demi langkah dan bersandar pada-Nya saat demi saat lalu patuh kepada-Nya. Oleh itu, perasaan hukum hayat adalah menurut prinsip yang sama seperti pohon hayat, iaitu membuat kita bersandar pada Tuhan, supaya kita mematuhi satu perasaan demi satu perasaan sambil bersandar pada Tuhan. Ini bukan bersandar pada-Nya hanya sekali, tetapi bersandar pada-Nya secara berterusan. Ini tidak seperti prinsip pohon pengetahuan baik dan jahat yang merdeka daripada Tuhan. Oleh yang demikian, setiap orang daripada kita yang ingin hidup melalui hukum hayat harus memandang berat akan perasaan pertama daripada hayat dan mematuhinya, kemudian terus mematuhinya. 

Hukum hayat kadangkala juga memberi kita perasaan negatif. Apabila kita mengambil sesetengah tindakan yang melangkaui Tuhan, yang tidak sepadan dengan hayat Tuhan, hukum hayat ini akan menyebabkan kita berasa tidak senang dan tidak selamat, dan mempunyai bau maut. Inilah Tuhan “melarang” dan “tidak mengizinkan” dalam kita (Kis. 16:6, 7). Tidak kira apa yang ingin kita buat atau apa yang sedang kita buat, sebaik sahaja kita mempunyai perasaan larangan dan tidak izin yang sedemikian dalam kita, haruslah kita berhenti. Sekiranya kita dapat bergerak atau berhenti menurut perasaan hukum hayat di dalam, maka hukum hayat ini dapat beroperasi dalam kita tanpa halangan; hayat dalam kita juga dapat bertumbuh dan menyebar secara berterusan. Oleh itu, mematuhi perasaan hukum hayat — terutamanya perasaan pertama — juga merupakan satu syarat yang penting bagi hukum hayat beroperasi dalam kita. Sebab dutus dalam Filipi 2 menghendaki kita patuh dengan takut dan gementar adalah untuk Tuhan beroperasi dalam kita (ay. 12-13). Operasi Tuhan dalam kita memerlukan kerjasama kita melalui kepatuhan; dengan itu, kepatuhan kita menjadi syarat bagi operasi Tuhan. (bersambung...)

HUKUM HAYAT (Bahagian 6/11)
HUKUM HAYAT (Bahagian 8/11)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)