Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian HUKUM HAYAT (Bahagian 6/11)
HUKUM HAYAT (Bahagian 5/11)
HUKUM HAYAT (Bahagian 7/11)
HUKUM HAYAT (Bahagian 6/11)
2020-09-13 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (138)

Nota Editor:

“Pertama-tamanya, Tuhan mahu hati kita menjadi lembut. Hati lembut bermaksud tekad dalam hati kita terhadap Tuhan adalah patuh dan tunduk, bukan tegar dan memberontak. Apabila Tuhan menanggulangi hati kita agar hati kita lembut, Dia akan menyingkirkan hati batu daripada tubuh daging kita dan memberi kita hati daging (Yeh. 36:26). Ini bermaksud bahawa Dia melembutkan hati batu kita yang keras itu supaya menjadi hati daging yang lembut.”

“Kedua, Tuhan mahu hati kita murni. Hati murni bermaksud hati yang meletakkan mindanya pada Tuhan secara khusus, dan juga hati yang emosinya suci dan simpal tanpa campur aduk terhadap Tuhan. (Lihat 2 Kor. 11:3.) Hati ini hanya mengasihi Tuhan dan menghendaki Tuhan; selain Tuhan, ia tidak ada kasih, kecenderungan, atau hasrat yang lain.”

“Ketiga, Tuhan mahu hati kita mengasih. Hati yang mengasih bermaksud hati yang emosinya mengasihi Tuhan, mengingini Tuhan, mendahagakan Tuhan, mendambakan Tuhan, dan mempunyai cinta terhadap Tuhan...Jika hati kita mempunyai kasih yang sebegini terhadap Tuan, maka hayat Tuan dalam kita dapat bergerak dengan lancar dan melakukan apa yang diingininya.”

“Keempat, Tuhan mahu hati kita damai. Hati yang damai bermaksud hati yang zimahnya tanpa kesalahan (Kis. 24:16), tidak ada pengutukan atau teguran, tetapi selamat dan kukuh.”

“Sekiranya hati kita lembut, murni, mengasih, dan damai, maka hati kita adalah tulus. Hanya hati tulus yang sedemikian dapat bekerja sama dengan hukum hayat, dan membenarkan hayat Tuhan mengawal tertib secara bebas dari dalam kita.”

HUKUM HAYAT (Bahagian 6/11)

(Pengetahuan Hayat, Bab 10)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Yeh. 36:26b “Aku akan menyingkirkan hati batu daripada tubuh dagingmu, dan Aku akan memberi kamu hati daging.”

Mat. 5:8 “Berberkatlah orang yang murni hatinya kerana mereka akan melihat Tuhan.”

Yoh. 21:15a “Kemudian, setelah mereka makan sarapan, Yesus berkata kepada Simon Petrus, Simon, anak Yohanes, adakah kamu mengasihi Aku lebih daripada segala ini?”

Kis. 24:16 “Kerana ini aku juga melatih diriku agar sentiasa mempunyai zimah yang tanpa kesalahan terhadap Tuhan dan manusia.”

4. Bagaimana Menanggulangi Hati 

Memandangkan hati dan hayat mempunyai hubungan yang begitu penting, maka Tuhan tidak ada cara yang lain kecuali menanggulangi hati kita supaya hayat-Nya dapat mengawal tertib daripada kita. Terhadap Tuhan, hati kita mempunyai empat masalah besar: tidak lembut, tidak murni, tidak mengasih, dan tidak damai. Tidak lembut ialah soal tekad; tidak murni bukanlah sekadar soal minda, tetapi juga soal emosi; tidak mengasih ialah soal emosi; dan tidak damai ialah soal zimah. Apabila Tuhan menanggulangi hati kita, Dia menanggulangi empat aspek ini supaya hati kita dapat menjadi lembut, murni, pengasih, dan damai.

Pertama-tamanya, Tuhan mahu hati kita menjadi lembut. Hati lembut bermaksud tekad dalam hati kita terhadap Tuhan adalah patuh dan tunduk, bukan tegar dan memberontak. Apabila Tuhan menanggulangi hati kita agar hati kita lembut, Dia akan menyingkirkan hati batu daripada tubuh daging kita dan memberi kita hati daging (Yeh. 36:26). Ini bermaksud bahawa Dia melembutkan hati batu kita yang keras itu supaya menjadi hati daging yang lembut. 

Sewaktu kita baru diselamatkan, hati selalunya lembut. Namun suatu tempoh masa kemudian, hati sesetengah orang kembali menjadi keras semula dan tidak patuh kepada Tuan, bahkan tidak bertakwa kepada Tuan, dengan itu mereka beransur-ansur jatuh daripada hadirat Tuan. Bila-bila masa hati kita menjadi keras, kita mempunyai masalah di hadapan Tuhan. Jika kita mahu keadaan kehidupan rohani kita di hadapan Tuhan itu betul, maka hati kita tidak harus keras tetapi terus lembut. Sesungguhnya kita tidak harus takut akan hal ini dan hal itu, tetapi kita patut takut bersalah terhadap Tuhan. Jangan takut akan syurga, dan jangan takut akan bumi; hendaklah kita takut bersalah terhadap Tuhan. Hati kita harus ditanggulangi hingga sedemikian lembut, barulah hati kita wajar. Sayang sekali, banyak dikbang dan dikkak lembut dalam banyak perkara; namun sebaik sahaja Tuhan dan kehendak Tuhan disebut, mereka menjadi sangat keras. Malah mereka akan berkata: “Memang beginilah saya; tengoklah apa yang akan dilakukan Tuhan.” Oh, ini sungguh menakutkan! Terdapat juga dikbang dan dikkak yang keras terhadap segala perkara; namun sebaik sahaja Tuhan dan kehendak Tuhan disebut, mereka menjadi lembut. Orang sebegini mempunyai hati yang lembut. Kita harus memohon kepada Tuhan agar membuat hati kita lembut seperti ini. 

Bagaimanakah Tuhan membuat hati kita lembut? Bagaimanakah Dia melembutkan hati kita? Kadangkala Dia menggunakan kasih-Nya untuk mengharukan kita, dan kadangkala Dia menggunakan hukuman untuk memukul kita. Tuhan selalu menggunakan kasih-Nya terlebih dahulu untuk mengharukan kita; jika kasih tidak dapat mengharukan kita, maka Dia menggunakan tangan-Nya menerusi sekitaran untuk memukul kita hingga hati kita dilembutkan. Sebaik sahaja hati kita dilembutkan, hayat-Nya dapat beroperasi dalam kita. 

Kedua, Tuhan mahu hati kita murni. Hati murni bermaksud hati yang meletakkan mindanya pada Tuhan secara khusus, dan juga hati yang emosinya suci dan simpal tanpa campur aduk terhadap Tuhan. (Lihat 2 Kor. 11:3.) Hati ini hanya mengasihi Tuhan dan menghendaki Tuhan; selain Tuhan, ia tidak ada kasih, kecenderungan, atau hasrat yang lain. Matius 5:8 berkata: “Orang yang murni hatinya…akan melihat Tuhan.” Oleh yang demikian, jika hati tidak murni, kita tidak dapat melihat Tuhan. Jika fikiran kita memikirkan sedikit hal yang di luar Tuhan, atau jika emosi kita mempunyai sedikit kasih terhadap hal-hal di luar Tuhan, maka hati kita tidak lagi murni; hayat dalam roh kita turut terhalang lantaran ini. Oleh itu, kita harus mengejar “bersama dengan mereka yang menyeru Tuan daripada hati yang murni” (2 Tim. 2:22), dan menjadi orang yang mengasihi Tuan dan menghendaki Tuhan dengan hati yang murni; dengan itu, dapatlah kita membiarkan hayat Tuhan beroperasi secara bebas dalam kita. 

Ketiga, Tuhan mahu hati kita mengasih. Hati yang mengasih bermaksud hati yang emosinya mengasihi Tuhan, mengingini Tuhan, mendahagakan Tuhan, mendambakan Tuhan, dan mempunyai cinta terhadap Tuhan. Dalam Bible, terdapat sebuah buku yang berbicara secara khusus tentang kasih pekudus terhadap Tuan — Kidung Agung dalam Wasiat Lama. Buku ini mengatakan bahawa sebagai umat Tuan, kita harus mengasihi Tuan umpama seorang gadis yang mencintai kekasihnya. Kasih ini begitu mendalam tanpa berubah-ubah, dan lebih kuat daripada maut (8:6-7). Oleh sebab buku ini terutamanya memperkatakan kasih kita terhadap Tuan, maka ia juga terutamanya memperkatakan pertumbuhan kita dalam hayat Tuan. Kemudian, dalam Wasiat Baru, dalam Yohanes bab dua puluh satu, Tuan pernah bertanya kepada Petrus sebanyak tiga kali: “Adakah kamu mengasihi Aku?” Ini bermaksud bahawa Tuan ingin memimpin emosi Petrus agar mengasihi Tuan dengan sedemikian sehinggakan dia dapat menjadi seorang yang mempunyai hati yang mengasihi Tuan. Tuan berbuat demikian kerana Dia mahu Petrus memberi peluang kepada hayat-Nya untuk beroperasi dan bertumbuh dalam dia. Kejadian ini tercatat dalam Injil Yohanes, sebuah buku yang berbicara tentang bagaimana kita dapat menerima Tuan sebagai hayat dan bagaimana hidup dalam hayat ini. Jika hati kita mempunyai kasih yang sebegini terhadap Tuan, maka hayat Tuan dalam kita dapat bergerak dengan lancar dan melakukan apa yang diingininya. 

Keempat, Tuhan mahu hati kita damai. Hati yang damai bermaksud hati yang zimahnya tanpa kesalahan (Kis. 24:16), tidak ada pengutukan atau teguran, tetapi selamat dan kukuh. Zimah dalam kita mewakili Tuhan untuk memerintah kita. Kalau zimah kita mengutuk kita, Tuhan lebih agung daripada zimah kita dan mengetahui segala sesuatu (1 Yoh. 3:20), maka Dia akan lebih-lebih lagi mengutuk kita. Oleh yang demikian, kita harus menanggulangi semua kesalahan, pengutukan, dan teguran dengan jelas supaya kita “akan menenangkan hati kita di hadapan-Nya” (1 Yoh. 3:19). Apabila hati kita sedemikian damai, Tuhan dapat melewatinya dan hukum hayat Tuhan dapat terus beroperasi dalam kita. 

Sekiranya hati kita lembut, murni, mengasih, dan damai, maka hati kita adalah tulus. Hanya hati tulus yang sedemikian dapat bekerja sama dengan hukum hayat, dan membenarkan hayat Tuhan mengawal tertib secara bebas dari dalam kita. Kerap kali hati kita terhadap Tuhan membawa satu papan tanda: “Jalan mati”; lantaran itu, Tuhan tidak mungkin melewatinya, dan hayat Tuhan juga terhalang lalu tergendala sehinggakan tidak dapat beroperasi dan menyebar secara bebas dari dalam kita ke luar.

Sungguhpun kata-kata ini bukanlah kata-kata hikmat yang agung, namun kata-kata ini sepatutnya membuat kita menyemak segala keadaan dalam hati kita secara teliti, seperti menyemak tubuh jasmani. Kita harus bertanya kepada diri sendiri, Adakah tekad kita benar-benar memilih Tuhan? Adakah tekad kita patuh dan menyerah di hadapan Tuhan? Atau adakah tekad kita itu tegar dan memberontak? Kita juga harus bertanya, Adakah minda kita murni di hadapan Tuhan? Atau adakah minda kita itu putar belit? Apa yang kita fikirkan, apa yang kita prihatin — adakah semua itu Tuhan sendiri semata-mata? Atau adakah di luar Tuhan, terdapatnya satu orang, satu perkara, atau satu benda yang terhadapnya kita amat prihatin sampai menduduki hati kita? Kemudian kita perlu bertanya, Adakah emosi kita ditujukan kepada Tuhan secara khusus? Adakah ia mengasihi Tuhan dan mengingini Tuhan dengan sepenuhnya? Atau adakah ia masih mempunyai kasih yang lain, kecenderungan yang lain, kedambaan yang lain selain daripada Tuhan? Kita juga harus bertanya, Bagaimanakah zimah kita di hadapan Tuhan? Adakah zimah kita tanpa kesalahan? Adakah zimah kita kukuh? Atau adakah zimah kita mempunyai pengutukan dan teguran? Kita harus menyemak semua butir ini secara teliti dan menanggulanginya secara teliti supaya hati kita dapat menjadi hati yang lembut, hati yang murni, hati yang mengasih, dan hati yang damai — dengan kata lain, satu hati yang tulus. Kalau begitu, hayat dalam roh kita tentu akan mempunyai jalan keluar, dan hukum hayat juga tentu dapat mengawal tertib dari dalam kita. 

Oleh yang demikian, sejauh mana hati kita ditanggulangi, sejauh itulah hayat Tuhan dapat beroperasi, dan sejauh itu jugalah hukum hayat Tuhan dapat mengawal tertib. Apabila semua bahagian dalam hati kita telah diperiksa dan ditanggulangi, hukum hayat Tuhan pun dapat mengawal tertib daripada roh kita menerusi hati kita ke setiap bahagian bagi seluruh diri kita. Dengan itu, setiap bahagian bagi seluruh diri kita dapat menyatakan keupayaan hukum hayat ini dan dipenuhi elemen hayat Tuhan lalu mencapai matlamat mulia bagi penyatuan Tuhan dan manusia. (bersambung...)

HUKUM HAYAT (Bahagian 5/11)
HUKUM HAYAT (Bahagian 7/11)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)