Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian HUKUM HAYAT (Bahagian 5/11)
HUKUM HAYAT (Bahagian 4/11)
HUKUM HAYAT (Bahagian 6/11)
HUKUM HAYAT (Bahagian 5/11)
2020-09-12 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (137)

Nota Editor:

“Meskipun hayat mempunyai kudrat yang besar, namun kudratnya yang besar ini dikuasai oleh hati kita yang kecil. Sama ada hayat dapat dikerjahasilkan atau tidak, ini bergantung sepenuhnya pada sama ada hati kita terbuka atau tidak.”

“Oleh itu, sekiranya kita ingin bertumbuh dalam hayat, maka kita perlu terlebih dahulu menanggulangi hati, kemudian menggunakan roh. Kalau hati tidak ditanggulangi dengan sewajarnya, maka tidak perlulah menyebut tentang roh. Masalah banyak dikbang dan dikkak bukanlah pada roh tetapi pada hati. Jika hati tidak betul, terhalanglah hayat dalam roh, dan hukum hayat juga tidak dapat beroperasi secara bebas. Sekiranya kita ingin menuntut hayat dan berjalan di laluan hayat, maka kita seharusnya tidak ada masalah dalam hati; dengan itu, barulah hukum hayat dapat beroperasi secara bebas dan bergerak tanpa halangan, lalu mencapai setiap bahagian dalam seluruh diri kita.”

HUKUM HAYAT
(Bahagian 5/11)

(Pengetahuan Hayat, Bab 10)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Yer. 31:33 “Tetapi inilah waadah yang akan Aku dirikan dengan kaum Israel selepas hari-hari itu, isytihar Yehova: Aku akan meletakkan hukum-Ku ke dalam bahagian dalaman mereka dan menulisnya pada hati mereka; Aku akan menjadi Tuhan mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku.”

2. Hati ialah Suis Hayat 

Hati ialah pintu masuk dan pintu keluar bagi hayat: hayat masuk dan hayat keluar, bergantung pada hati. Tambahan pula, hati juga ialah suis hayat. Selagi hati tertutup, hayat tidak dapat masuk dan juga tidak dapat mengawal tertib; namun sebaik sahaja hati terbuka, hayat pun dapat masuk dan juga dapat mengawal tertib secara bebas. Kalau mana-mana bahagian hati itu tertutup, hayat Tuhan pun tidak dapat mengawal tertib bahagian itu; kalau mana-mana bahagian hati itu terbuka, hayat Tuhan akan dapat mengawal tertib bahagian itu. Oleh yang demikian, hati benar-benar merupakan suis hayat. Meskipun hayat mempunyai kudrat yang besar, namun kudratnya yang besar ini dikuasai oleh hati kita yang kecil. Sama ada hayat dapat dikerjahasilkan atau tidak, ini bergantung sepenuhnya pada sama ada hati kita terbuka atau tidak. Ini sama seperti kuasa elektrik bagi loji penjana elektrik, meskipun kuasa elektrik itu kuat, tetapi ia dikuasai oleh suis kecil lampu di bilik kita; jika suis ini tidak dipasang, arus elektrik tidak dapat masuk.

Yang pasti, ini bukan bermaksud bahawa selagi kita mempunyai hati yang wajar, maka ini sudah cukup. Hati hanya dapat membuat kita mengasihi Tuhan dan cenderung terhadap Tuhan, tetapi ia tidak dapat membuat kita menyentuh Tuhan dan bersekutu dengan Tuhan. Rohlah yang membuat kita menyentuh Tuhan dan bersekutu dengan Tuhan. Inilah sebabnya biarpun banyak dikbang dan dikkak sangat mengasihi Tuan, mereka tidak dapat menyentuh Tuhan dalam doa. Mereka hanya mempunyai hati tetapi tidak menggunakan roh. Atas sebab yang begini jugalah banyak pemulih kebangkitan agama gagal dalam kerja mereka. Mereka hanya menggerakkan emosi manusia, merangsang tekad manusia, dan membuat manusia mengasihi Tuhan dan mendambakan Tuhan, tetapi mereka tidak membimbing manusia menggunakan roh mereka untuk bersekutu dengan Tuhan. 

Memang benar bahawa demi memahami hal-hal rohani, kita perlu menggunakan minda dalam hati, namun kita harus terlebih dahulu menggunakan roh untuk menghubungi hal-hal ini kerana roh ialah organ untuk menghubungi dunia rohani. Kita harus terlebih dahulu menghubungi hal-hal rohani dengan menggunakan roh, kemudian menanggap dan memahami hal-hal ini dengan minda dalam hati. Ini seperti mendengar bunyi: Mula-mula sekali bunyi dihubungi dengan menggunakan telinga, kemudian ditanggap dengan menggunakan minda. Ini juga seperti melihat warna: Mula-mula sekali warna dihubungi dengan menggunakan mata, kemudian dibezakan dengan menggunakan minda. Oleh itu, sewaktu kita memberitakan Injil kepada orang, apabila roh kita lemah, kita cuma menggunakan kata-kata untuk membuat minda orang menanggap dan memahami; kemudian kita mungkin memimpin mereka menyentuh roh. Namun begitu, apabila roh kita kuat, kita mengutus penyelamatan Tuhan secara langsung ke dalam roh manusia melalui kata-kata Injil supaya sebaik sahaja orang mendengar Injil, mereka menyentuh roh lalu diselamatkan, kemudian kita secara beransur-ansur memimpin minda mereka untuk menanggap dan memahami. 

Sungguhpun perkara utama dalam hal menghubungi Tuhan dan hal-hal rohani ialah menggunakan roh, namun jika hati manusia tidak ambil peduli, maka roh dikurung di dalam dan tidak dapat mempertunjukkan kebolehannya. Biarpun Tuhan ingin bersekutu dan berhubung dengan dia, hal ini mustahil. Oleh itu, demi menghubungi Tuhan dan hal-hal rohani, kita perlu menggunakan roh dan juga perlu mempunyai hati. Roh merupakan organ untuk menghubungi hayat Tuhan, dan hati pula merupakan satu kunci, satu suis, satu tempat strategik yang membenarkan hayat Tuhan melewatinya. 

3. Hati dapat Menghambat Kerja Hayat 

Memandangkan hati merupakan pintu masuk dan pintu keluar hayat dan juga merupakan suis hayat, maka ia mempunyai pengaruh yang besar ke atas hayat; sedikit masalah sahaja sudah dapat menghambat kerja hayat. Tidak kira mana-mana satu bahagian dalam hati mempunyai masalah, hayat akan terhalang dan tergendala di situ, dan hukum hayat juga tidak dapat mengawal tertib lagi. 

Hayat Tuhan dalam kita seharusnya dapat beroperasi dan bertumbuh secara bebas, agar kita menerima wahi setiap hari dan sentiasa mendapat cahaya. Keadaan ini adalah normal dan juga berpatutan. Namun keadaan bukan selalunya demikian. Terdapat banyak dikbang dan dikkak yang mempunyai hayat rohani yang tidak bertumbuh dan kehidupan rohani yang tidak normal. Ini bukan kerana hayat Tuhan dalam mereka itu tidak benar, dan juga bukan kerana terdapat apa-apa masalah dengan hayat Tuhan dalam mereka, tetapi kerana hati mereka mempunyai gangguan. Hati mereka tidak cukup berpaling kepada Tuhan, tidak cukup mengasihi Tuan, tidak cukup menuntut Tuan, tidak cukup tahir, dan tidak cukup terbuka. Semua ini menunjukkan bahawa hati mempunyai gangguan dan masalah. Kemungkinan zimah mereka bermasalah, iaitu mempunyai perasaan yang terkutuk tetapi mereka tidak menanggulanginya, atau kemungkinan minda mereka bermasalah, iaitu mempunyai kerisauan, kerunsingan, niat jahat, pertikaian, atau keraguan, dan sebagainya. Kemungkinan tekad mereka bermasalah, iaitu degil dan keras kepala, atau kemungkinan emosi mereka bermasalah, iaitu mempunyai kegemaran bersifat tubuh daging dan kecenderungan alamiah. Semua cerita dalam hati ini menjadi halangan kepada operasi hayat dalam kita lalu menyebabkan hukum hayat ini tidak dapat mengawal tertib. Oleh itu, sekiranya kita ingin bertumbuh dalam hayat, maka kita perlu terlebih dahulu menanggulangi hati, kemudian menggunakan roh. Kalau hati tidak ditanggulangi dengan sewajarnya, maka tidak perlulah menyebut tentang roh. Masalah banyak dikbang dan dikkak bukanlah pada roh tetapi pada hati. Jika hati tidak betul, terhalanglah hayat dalam roh, dan hukum hayat juga tidak dapat beroperasi secara bebas. Sekiranya kita ingin menuntut hayat dan berjalan di laluan hayat, maka kita seharusnya tidak ada masalah dalam hati; dengan itu, barulah hukum hayat dapat beroperasi secara bebas dan bergerak tanpa halangan, lalu mencapai setiap bahagian dalam seluruh diri kita. (bersambung...)

HUKUM HAYAT (Bahagian 4/11)
HUKUM HAYAT (Bahagian 6/11)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)