Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (286)
Harapan Kita dalam Tuan yang akan Datang
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (287)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (286)
2021-02-08 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (286)

Bacaan Bible:

2 Tim. 4:8   Mulai sekarang, tersedia bagiku mahkota keadilbenaran yang akan diganjarkan Tuan, iaitu Hakim adilbenar, kepadaku pada hari itu, dan bukan aku sahaja tetapi juga semua yang mengasihi penampilan diri-Nya.

Mat. 24:42   Oleh itu, berjaga-jagalah kerana kamu tidak tahu pada hari apa Tuanmu datang.

Bible berakhir dengan “Datanglah, Tuan Yesus!” (Wahi 22:20). Daripada catatan dalam Wasiat Baru, tidak sukar untuk menjumpai bahawa dalam hati para dutus, mereka percaya dengan teguh bahawa Tuan akan datang segera, dan mereka juga menjalani kehidupan dalam persiapan untuk kedatangan kedua Tuan...Pada hari terakhir tahun 1925, Dikbang Nee pergi berdoa bersama dengan Cik M. E. Barber, dan dia berdoa, “Tuan, adakah Engkau benar-benar bermaksud untuk membiarkan tahun 1925 berlalu, adakah Engkau akan menunggu sehingga tahun 1926 barulah Engkau kembali? Bagaimanapun, pada hari terakhir ini aku masih berdoa agar Engkau akan kembali hari ini!” Tidak lama selepas itu, Dikbang Nee bertembung dengannya di jalan, dan sekali lagi dia berkata kepadanya, “Amat pelik sekali kerana sehingga hari ini Dia belum lagi kembali.”...Dalam Lukas 12, Tuan menyampaikan ibarat berkenaan seorang kaya yang berusaha menyimpan kekayaan untuk dirinya agar sukmanya dapat menikmatinya dan bersuka ria. Akan tetapi, Tuhan bersabda kepadanya, “Orang jahil, malam ini juga mereka akan menuntut sukmamu daripada kamu” (ay. 16-20). Setiap “hari ini” yang kita ada sememangnya ialah kurnia Tuan. Oleh itu, selagi kita ada hari ini, selagi kita masih ada nafas, kita harus mengasihi Tuan dan penampilan-Nya, menantikan kedatangan Tuan (Flp. 3:20), dan sentiasa menganggap kedatangan-Nya sebagai satu galakan.  

Paulus…mengatakan bahawa dia telah memperjuangkan perjuangan yang baik, dia telah menamatkan perlumbaan, dan dia telah memelihara kepercayaan, dan di tempat penghakiman dia akan diganjari dengan mahkota keadilbenaran yang akan diganjarkan kepada semua yang mengasihi penampilan-Nya (2 Tim. 4:6-8). Dia mengingatkan Timotius dan juga kita, melalui penghakiman Tuan dan kingdom, bahawa kita harus menjalani kehidupan yang mengasihi penampilan Tuan. Ini akan menjadikan kita tidak kecewa, tidak berundur, tidak lemah, tetapi tetap setia hingga akhir.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 7, Hari 6. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Harapan Kita dalam Tuan yang akan Datang
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (287)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)