Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian DALAM NAMA TUAN YESUS—AMANAT TUHAN (Bahagian 3/5)
DALAM NAMA TUAN YESUS—AMANAT TUHAN (Bahagian 2/5)
DALAM NAMA TUAN YESUS—AMANAT TUHAN (Bahagian 4/5)
DALAM NAMA TUAN YESUS—AMANAT TUHAN (Bahagian 3/5)
2020-08-10 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (104)

Nota Editor:

“Gereja tidak mempunyai kuasa yang lebih besar di bumi daripada kuasa melakukan kerja dalam nama Tuan Yesus. Tuan Yesus telah menyerahkan nama-Nya kepada gereja—inilah amanat yang terbesar kerana nama ini mewakili Tuan sendiri. Apa-apa sahaja yang kamu bicara dalam nama Tuan Yesus menjadi apa yang dibicarakan Tuan sendiri. Apa-apa sahaja yang kamu minta dalam nama Tuan Yesus menjadi apa yang diminta Tuan Yesus. Apa-apa sahaja yang kamu putuskan dalam nama Tuan Yesus menjadi keputusan Tuan Yesus. Gereja berkuasa untuk berbicara dalam nama Tuan Yesus. Alangkah besarnya amanat yang diberikan Tuhan kepada gereja!”

“Atas sebab ini, sebaik sahaja seseorang percaya kepada Tuan Yesus dan diselamatkan, Tuhan mengarahkannya supaya dibaptis. Apakah itu dibaptis? Dibaptis bererti masuk ke dalam nama Tuan Yesus....Baptisan merupakan perkara yang begitu agung. Menurut realiti rohani, saya kini seorang yang sudah mati dan juga telah bangkit. Disebabkan saya berdiri dalam kedudukan mati dan bangkit, maka saya boleh menggunakan nama Tuan Yesus.”

“Jika kita tidak berdiri dalam kedudukan baptisan, kita tidak dapat menggunakan nama Tuan Yesus, kerana salib tidak dapat bekerja dengan bebas dalam kita dan Tuan Yesus tidak dapat menunjukkan kesan pada kita. Kita tidak dapat menggunakan nama itu. Biarpun kita menggunakan nama itu, Tuhan tidak akan bertanggungjawab atasnya.”

“Baptisan menunjukkan kepada kita bahawa segala apanya kita harus melalui kematian setiap hari. Hanya apa-apa yang tinggal selepas melalui kematian itulah yang mengandungi makna rohani... Kebangkitan ialah apa-apa yang tinggal selepas Tuan menghancurkan kita. Hanya orang yang berdiri dalam kedudukan sebegini yang dapat menggunakan kuasa dan nama Tuan Yesus. Apabila orang yang berdiri dalam kedudukan ini menggunakan nama Tuan Yesus, kita akan melihat di sebalik dia Tuhan bertanggungjawab atas penggunaan nama-Nya.”

DALAM NAMA TUAN YESUS—AMANAT TUHAN
(Bahagian 3/5)

(Ministri Doa Gereja, Bab 3)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Yoh. 15:16 “Kamu tidak memilih Aku, tetapi Aku memilihmu; Aku menetapkan kamu supaya kamu mara dan menghasilkan buah, dan supaya buah kamu kekal, agar apa jua yang kamu minta daripada Bapa dalam nama-Ku, dapatlah Dia memberikannya kepadamu.”

EMPAT

Salah satu ciri zaman ini ialah Tuan Yesus tidak akan melaksanakan apa-apa secara langsung. Dia tidak berbicara secara langsung di bumi, sebaliknya Dia berbicara menerusi gereja. Dia tidak melakukan mukjizat secara terus, sebaliknya Dia melakukan mukjizat menerusi gereja. Dia tidak menyelamatkan orang secara langsung, sebaliknya Dia menyelamatkan orang menerusi gereja. Tuan Yesus melakukan kerja di bumi hari ini menerusi gereja, dan bukan dengan diri-Nya sendiri secara langsung. Oleh itu, Dia mengamanatkan nama-Nya kepada gereja. Betapa besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul-Nya! Bertanggungjawab atas hal yang kamu lakukan secara langsung sangat mudah kerana kamu hanya perlu bertanggungjawab atas hal yang kamu sendiri laksanakan; kamu tidak perlu bertanggungjawab atas apa-apa yang dilakukan orang lain. Jika cap kamu berada dalam tangan sendiri, kamu cuma perlu bertanggungjawab atas hal yang kamu sendiri lakukan. Jika cap kamu diserahkan ke dalam tangan orang lain, kamu perlu bertanggungjawab atas apa yang dilakukan orang lain yang menggunakan cap kamu. Hari ini sekiranya Tuan Yesus masih berada di bumi dan kerja-Nya masih dilakukan oleh diri-Nya sendiri seperti dahulu, maka Dia tidak perlu bertanggungjawab atas apa yang kita lakukan. Namun hari ini kerja Tuan Yesus tidak dilakukan-Nya seorang diri. Hari ini Tuan Yesus menyerahkan kerja-Nya kepada gereja. Hari ini semua kerja Tuan Yesus berada dalam gereja. Kerja gereja hari ini ialah kerja Tuan Yesus. Oleh yang demikian, Tuan Yesus harus bertanggungjawab atas segala-gala yang dilakukan gereja dengan menggunakan nama-Nya. Apabila kita ingin menyuruh orang membuat sesuatu, jika seseorang itu tidak boleh dipercayai, lebih baik jangan kita serahkan kerja itu kepadanya. Namun hari ini Tuan Yesus wajib mengamanatkan diri-Nya kepada gereja. Hari ini bukan waktu Anak Tuhan dinyatakan dalam tubuh daging; hari ini ialah waktu Anak Tuhan dinyatakan dalam Roh dan dalam gereja. Atas sebab ini, hari ini Tuan Yesus harus mengamanatkan diri-Nya kepada gereja. Jika tidak, Dia tidak dapat melakukan apa-apa. Hari ini Dia telah naik ke syurga dan duduk di sebelah kanan Bapa, menantikan musuh-Nya dijadikan bangku kaki-Nya. Dia berdoa sebagai Hentar Agung di sana. Inilah kerja-Nya. Berkenaan kerja-Nya di bumi hari ini pula, Dia telah mengamanatkannya kepada gereja. Oleh itu, gereja mempunyai kuasa untuk menggunakan nama-Nya pada hari ini. Sehubungan itu, Tuan Yesus harus bertanggungjawab atas penggunaan nama-Nya oleh gereja.

Gereja tidak mempunyai kuasa yang lebih besar di bumi daripada kuasa melakukan kerja dalam nama Tuan Yesus. Tuan Yesus telah menyerahkan nama-Nya kepada gereja — inilah amanat yang terbesar kerana nama ini mewakili Tuan sendiri. Apa-apa sahaja yang kamu bicara dalam nama Tuan Yesus menjadi apa yang dibicarakan Tuan sendiri. Apa-apa sahaja yang kamu minta dalam nama Tuan Yesus menjadi apa yang diminta Tuan Yesus. Apa-apa sahaja yang kamu putuskan dalam nama Tuan Yesus menjadi keputusan Tuan Yesus. Gereja berkuasa untuk berbicara dalam nama Tuan Yesus. Alangkah besarnya amanat yang diberikan Tuhan kepada gereja!

Kita melihat satu contoh dalam Bible berkenaan melakukan hal dalam nama Tuan. Ketika Mikhael ketua malaikat itu berbalah dengan iblis tentang mayat Musa, adakah dia berkata, “Aku menegur kamu” atau “Semoga Tuan menegur kamu”? Jika kamu menambahkan kata semoga, ayat ini menjadi suatu doa dan harapan. Tidak, ketua malaikat berkata, “Tuan menegur kamu”! (Yud. 9). Maksudnya apabila dia menegur iblis, Tuan sedang menegur iblis. Ketua malaikat Mikhael telah menggunakan nama Tuan di sini. Oleh itu, berada dalam nama Tuan Yesus tidak semestinya bermakna mengucapkan “dalam nama Tuan Yesus” dengan mulut. Melakukan hal dalam nama Tuan Yesus bererti kita menggunakan nama Tuan Yesus seperti kita menggunakan nama sendiri. Di sini kita menyentuh suatu prinsip rohani yang sangat penting: Hari ini kita boleh menggunakan nama Tuan Yesus seperti kita menggunakan nama sendiri. Banyak orang mengatakan bahawa mereka tidak dapat mengalami sehabis-habisnya kudrat dalam darah Tuan. Saya lebih ingin mengatakan bahawa kita tidak dapat mengalami sehabis-habisnya kudrat dalam nama Tuan. Paulus dapat berkata kepada orang Korintus, “Aku tidak mempunyai perintah Tuan, tetapi aku memberi pendapatku.” Kemudian dia berkata, “Aku fikir bahawa aku juga mempunyai Roh Tuhan” (1 Kor. 7:25, 40). Tuhan perlu membawa kita ke tahap kita betul-betul melihat bahawa nama ini ialah nama yang boleh kita gunakan. Dikbang dan dikkak, tahu­kah anda di sini terdapatnya suatu nama, suatu kuasa, dan suatu kudrat yang diletakkan dalam tangan gereja? Gereja boleh menggunakannya. Gereja harus menggunakan nama Tuan secara wajar. Kita mengatakan bahawa gereja memerintah. Namun tanpa nama ini, gereja tidak dapat memerintah. Kita mengatakan bahawa gereja memegang kunci kingdom dan bertanggungjawab untuk membawa masuk kingdom. Namun tanpa nama ini, gereja tidak dapat membuka pintu kingdom. Kita mengatakan bahawa tujuan Tuhan ialah gereja mengikat maut melalui hayat dan gereja juga mengikat Syaitan. Akan tetapi, tanpa nama ini, tanpa mengetahui bagaimana menggunakan nama ini, mustahil kita dapat berbuat apa-apa. Kita harus melihat bahawa Tuan Yesus telah memberikan nama ini kepada gereja.

LIMA

Atas sebab ini, sebaik sahaja seseorang percaya kepada Tuan Yesus dan diselamatkan, Tuhan mengarahkannya supaya dibaptis. Apakah itu dibaptis? Dibaptis bererti masuk ke dalam nama Tuan Yesus. Pada hari saya dibaptis, saya berbahagian dalam nama ini. Sejak hari itu, Tuhan mengamanatkan nama ini kepada saya. Saya dapat menggunakan nama Tuan Yesus seperti saya menggunakan nama sendiri. Atas sebab ini, baptisan merupakan perkara yang begitu agung. Menurut realiti rohani, saya kini seorang yang sudah mati dan juga telah bangkit. Disebabkan saya berdiri dalam kedudukan mati dan bangkit, maka saya boleh menggunakan nama Tuan Yesus. Sejak hari itu, saya mempunyai kaitan dengan nama-Nya. Dia Kristus, dan kita orang Kristian. Apa itu orang Kristian? Apa itu gereja? Gereja tidak lain tidak bukan ialah sekumpulan orang di bumi yang boleh menggunakan nama Tuan Yesus, dan Tuhan bertanggungjawab terhadap setiap tindakan mereka menggunakan nama ini. Tidak kira bagaimana caranya kita menggunakan nama ini, Tuhan akan bertanggungjawab terhadapnya. Perkara ini hebat sekali. Kita mempunyai hubungan dengan nama Tuan Yesus sejak dibaptis. Kita telah dibaptis ke dalam nama itu. Dengan kata lain, melalui baptisan, kita masuk ke dalam nama itu.

Daripada ini kita melihat bahawa salib dan kebangkitan kedua-duanya diperlukan. Hanya apabila kita berdiri dalam kedudukan baptisan barulah kita dapat menggunakan nama Tuan Yesus. Jika kita tidak berdiri dalam kedudukan baptisan, kita tidak dapat menggunakan nama Tuan Yesus, kerana salib tidak dapat bekerja dengan bebas dalam kita dan Tuan Yesus tidak dapat menunjukkan kesan pada kita. Kita tidak dapat menggunakan nama itu. Biarpun kita menggunakan nama itu, Tuhan tidak akan bertanggungjawab atasnya. Kita harus berdiri dalam kedudukan baptisan. Kedudukan baptisan bererti kita percaya kepada hakikat salib, yakni percaya bahawa manusia lama telah disalibkan bersama dengan Kristus. Kita menerima prinsip salib dan menerima salib untuk menanggulangi hayat alamiah. Baptisan menunjukkan kepada kita bahawa segala apanya kita harus melalui kematian setiap hari. Hanya apa-apa yang tinggal selepas melalui kematian itulah yang mengandungi makna rohani. Jika sesuatu lesap selepas melalui kematian, maka benda itu tidak dapat berdiri di hadapan Tuhan. Tuhan hanya menginginkan apa yang tinggal dan tidak musnah selepas melalui salib dan kematian.

Anak-anak Tuhan harus melihat hakikat tentang salib. Tuhan perlu mewahikan kepada kita apa yang sebenarnya kita terima dalam Kristus. Sampailah hari itu ketika Tuan berjaya menghancurkan tulang belakang hayat alamiah kita, barulah kita dapat menjadi berguna. Ini bukan doktrin, tetapi hayat. Suatu hari nanti Tuhan akan melihat selar salib pada kita. Banyak orang seakan-akan tidak pernah mengalami kerja salib. Pertuturannya, hal yang dilakukannya, perasaannya, terutamanya sikapnya di hadapan Tuhan tidak seperti seorang yang pernah mengalami kerja salib. Suatu hari nanti apabila Tuhan menghancurkan, memusnahkan orang ini melalui salib, apa-apa yang tinggal selepas salib itu barulah dipanggil kebangkitan. Kebangkitan ialah apa-apa yang tidak dapat ditamatkan menerusi kematian. Kebangkitan ialah apa-apa yang tinggal selepas Tuan menghancurkan kita. Hanya orang yang berdiri dalam kedudukan sebegini yang dapat menggunakan kuasa dan nama Tuan Yesus. Apabila orang yang berdiri dalam kedudukan ini menggunakan nama Tuan Yesus, kita akan melihat di sebalik dia Tuhan bertanggungjawab atas penggunaan nama-Nya. Dikbang dan dikkak, inilah amanat terbesar di seluruh dunia. Tuhan boleh mengamanatkan nama Anak Tuhan kepada kita dan mengizinkan kita menggunakannya seperti kita menggunakan nama sendiri. Hal ini terlalu agung. Tuhan memikul tanggungjawab yang amat besar untuk hal ini. Ini sememangnya bukan hal yang remeh. (bersambung...)

DALAM NAMA TUAN YESUS—AMANAT TUHAN (Bahagian 2/5)
DALAM NAMA TUAN YESUS—AMANAT TUHAN (Bahagian 4/5)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)