Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian DALAM NAMA TUAN YESUS—AMANAT TUHAN (Bahagian 4/5)
DALAM NAMA TUAN YESUS—AMANAT TUHAN (Bahagian 3/5)
DALAM NAMA TUAN YESUS—AMANAT TUHAN (Bahagian 5/5)
DALAM NAMA TUAN YESUS—AMANAT TUHAN (Bahagian 4/5)
2020-08-11 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (105)

Nota Editor:

“Daripada Bible kita melihat bahawa bertindak dalam nama Tuan Yesus menghasilkan tiga kesan: kesan pertama adalah ke atas manusia, kesan kedua adalah ke atas iblis, dan kesan ketiga adalah terhadap Tuhan.”

“Apakah gereja? Gereja ialah sekumpulan orang yang memelihara nama Tuan Yesus di bumi. Tuhan telah memanggil orang keluar daripada bangsa-bangsa ke dalam nama-Nya; inilah gereja. Gereja berada di bumi untuk memelihara nama Tuan Yesus. Oleh yang demikian, gereja boleh menggunakan nama Tuan Yesus dan menerapkannya pada orang. Kita boleh berkata kepada orang, ‘Bangunlah, dibaptis dan membasuh dosa-dosa kamu, dengan menyeru nama-Nya’ (Kis. 22:16).”

“Kita bukan sahaja boleh menggunakan nama ini terhadap manusia, malahan kita boleh menggunakannya terhadap iblis. Markus 16:17 berkata, ‘Dalam nama-Ku mereka akan mengusir demon.’ Bagaimanakah kita mengusir demon dalam nama Tuan Yesus?...Sila perhatikan bahawa nama Tuan Yesus telah diserahkan ke dalam tangan kita; nama ini bukan tersimpan di syurga. Jika keadaan rohani kita wajar, nama-Nya akan berada dalam tangan kita. Apabila Paulus amat terganggu oleh hamba perempuan yang berteriak itu, dia mengarahkan demon itu keluar darinya dalam nama Tuan. Dia tidak berdoa kepada Tuan. Barangkali kita menganggap dia tidak rohani, bertindak secara individualistik, dan tidak mencari kehendak Tuhan. Namun apabila Paulus mengusir demon dalam nama Tuan, demon itu beredar. Soal yang sebenar ialah sama ada kita hidup di hadapan Tuhan atau tidak dan sama ada kita berdiri dalam kedudukan yang wajar atau bukan.”

DALAM NAMA TUAN YESUS—AMANAT TUHAN
(Bahagian 4/5)

(Ministri Doa Gereja, Bab 3)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Luk. 24:47 “Dan bahawa pertaubatan demi pengampunan dosa-dosa akan diberitakan dalam nama-Nya kepada segala bangsa, bermula dari Yerusalem.”

Luk. 10:19 “Lihatlah, Aku telah memberi kamu kuasa untuk menginjak ular dan kala jengking dan mengatasi segala kekuatan musuh, dan pasti tidak akan ada apa-apa pun yang dapat mencederakan kamu.”

ENAM

Apabila kita melakukan hal dalam nama Tuan Yesus, apakah kesan yang terhasil daripada nama ini? Daripada Bible kita melihat bahawa bertindak dalam nama Tuan Yesus menghasilkan tiga kesan: kesan pertama adalah ke atas manusia, kesan kedua adalah ke atas iblis, dan kesan ketiga adalah terhadap Tuhan. 

Kesan ke atas Manusia

Lukas 24:47 berkata, “Dan bahawa pertaubatan demi pengampunan dosa-dosa akan diberitakan dalam nama-Nya kepada segala bangsa, bermula dari Yerusalem.” Kisah 10:43 berkata, “Bagi Dia inilah semua penyabda bersaksi bahawa menerusi nama-Nya, sesiapa yang percaya ke dalam-Nya akan menerima pengampunan dosa-dosa.” Satu Korintus 6:11 berkata, “Dan demikianlah sesetengah daripada kamu dahulu; tetapi kamu telah dibasuh, telah dikuduskan, telah dijustifikasikan dalam nama Tuan Yesus Kristus dan dalam Roh Tuhan kita.” Petikan yang paling jelas terdapat dalam Kisah 3:2-6: “Ada seorang lelaki yang telah lumpuh sejak dalam kandungan ibunya diangkut ke situ; orang ini diletakkan oleh mereka hari demi hari di depan pintu bait yang dipanggil Indah untuk meminta sedekah daripada mereka yang masuk ke dalam bait. Ketika nampak Petrus dan Yohanes sudah hendak masuk ke dalam bait, dia mula meminta sedekah. Petrus menatapnya bersama dengan Yohanes lalu berkata, Pandanglah kami! Orang itu pun mengalihkan perhatiannya kepada mereka, dengan harapan menerima sesuatu daripada mereka. Tetapi Petrus berkata, Perak dan emas aku tidak ada, tetapi apa yang aku ada, ini kuberi kepadamu: Dalam nama Yesus Kristus orang Nazaret itu, bangun dan berjalanlah.” Dikbang dan dikkak, tahukah anda maknanya berkata kepada orang dalam nama Yesus Kristus orang Nazaret itu? Jika kamu tidak berdiri dalam kedudukan mati dan bangkit, tidak berdiri dalam kedudukan baptisan, apakah yang dapat kamu lakukan? Barangkali kamu perlu berlutut dan berdoa, “Tuan, aku tidak tahu sama ada orang yang lumpuh ini patut disembuhkan atau tidak. Mohon Engkau tunjukkan sama ada orang yang lumpuh ini patut disembuhkan atau tidak. Jika patut, mohon Engkau jadikan kami jelas dan cukup berani. Jikalau dia tidak patut disembuhkan, kami akan biarkan perkara ini berlalu.” Tidak, pengalaman dutus bukan begini. Dutus tidak berasa bahawa nama Yesus masih berada pada Tuan Yesus dan mereka perlu meminta kebenaran untuk bertindak. Dutus sedar bahawa nama Yesus orang Nazaret itu kepunyaan mereka, dimiliki mereka, dan boleh digunakan mereka. 

Apakah gereja? Gereja ialah sekumpulan orang yang memelihara nama Tuan Yesus di bumi. Tuhan telah memanggil orang keluar daripada bangsa-bangsa ke dalam nama-Nya; inilah gereja. Gereja berada di bumi untuk memelihara nama Tuan Yesus. Oleh yang demikian, gereja boleh menggunakan nama Tuan Yesus dan menerapkannya pada orang. Kita boleh berkata kepada orang, “Bangunlah, dibaptis dan membasuh dosa-dosa kamu, dengan menyeru nama-Nya” (Kis. 22:16). Suatu kali semasa Tuan Yesus berada di bumi, Dia berkata kepada seorang perempuan, “Anak, iktikadmu telah menyembuhkan kamu. Pergilah dengan damai” (Luk. 8:48). Pada suatu kali yang lain, Dia berkata kepada seorang yang lumpuh, “Anak, tabahkan hati, dosa-dosamu sudah diampunkan” (Mat. 9:2). Dikbang dan dikkak, jika kita berdiri dalam kedudukan baptisan, dan pada masa yang sama kita mempunyai visi dan wahi, kita akan sedar bahawa kitalah yang menguruselia nama Tuan. Apabila kita memberitakan injil kepada seseorang dan dia menerima injil, pada masa tertentu kita boleh berkata, “Dikbang, pulanglah ke rumah. Tuan Yesus sudah mengampunimu.” Tidak perlu dia mengatakan apa-apa. Kita boleh mengisytiharkan bahawa dia telah diselamatkan.

Disebabkan orang yang lumpuh tersebut disembuhkan, pemimpin, penatua, dan katib menyuruh dutus berdiri di tengah­tengah lalu menyoal mereka, “Dengan kudrat apa atau dalam nama siapakah kamu melakukan hal ini?” (Kis. 4:7). Ketika itu, Petrus dipenuhi Roh Kudus lalu berkata kepada mereka, “Pemimpin umat dan penatua, jika hari ini kami diperiksa berkenaan suatu perbuatan baik yang dilakukan pada seorang yang sakit, dengan cara apa orang ini disembuhkan, hendaklah hal ini diketahui kamu semua dan seluruh umat Israel bahawa dalam nama Yesus Kristus orang Nazaret itu yang telah kamu salibkan dan yang dibangkitkan Tuhan daripada yang mati, dalam nama inilah orang ini berdiri di hadapan kamu dalam keadaan sihat.” Selepas dutus membicarakan kata-kata ini, mereka mengisytihar, “Penyelamatan tidak ada dalam sesiapa pun, kerana tidak ada nama lain di bawah langit yang diberi dalam kalangan manusia yang dalamnya kita pasti diselamatkan” (Kis. 4:10, 12). Hanya nama ini, yakni nama yang unik, dapat menyelamatkan kita. Kita boleh menggunakan nama ini dan menerapkannya pada orang.

Kesan ke atas Iblis

Kita bukan sahaja boleh menggunakan nama ini terhadap manusia, malahan kita boleh menggunakannya terhadap iblis. Markus 16:17 berkata, “Dalam nama-Ku mereka akan mengusir demon.” Bagaimanakah kita mengusir demon dalam nama Tuan Yesus? Dalam Kisah 16 tercatat kes Paulus bertemu dengan seorang hamba perempuan yang dirasuk demon. Beberapa hari lamanya perempuan ini mengganggu Paulus. Bible mencatat, “Paulus amat terganggu.” Paulus amat terganggu oleh hamba perempuan ini dan apakah yang dilakukannya? Paulus tidak berdoa. Dia tidak berbuat apa-apa melainkan berpaling dan berkata kepada roh itu, “Aku mengarahkan kamu dalam nama Yesus Kristus supaya keluar darinya” (ay. 18). Dengan hanya memberi arahan dalam nama Tuan begini, demon itu keluar dengan serta-merta. Daripada kes ini kita melihat bahawa nama Yesus diamanatkan ke dalam tangan Paulus, dan dia menggunakan nama ini. Sila perhatikan bahawa nama Tuan Yesus telah diserahkan ke dalam tangan kita; nama ini bukan tersimpan di syurga. Jika keadaan rohani kita wajar, nama-Nya akan berada dalam tangan kita. Apabila Paulus amat terganggu oleh hamba perempuan yang berteriak itu, dia mengarahkan demon itu keluar darinya dalam nama Tuan. Dia tidak berdoa kepada Tuan. Barangkali kita menganggap dia tidak rohani, bertindak secara individualistik, dan tidak mencari kehendak Tuhan. Namun apabila Paulus mengusir demon dalam nama Tuan, demon itu beredar. Soal yang sebenar ialah sama ada kita hidup di hadapan Tuhan atau tidak dan sama ada kita berdiri dalam kedudukan yang wajar atau bukan. Jika kita berdiri dalam kedudukan yang wajar, kita akan melihat bahawa nama Tuan berada dalam tangan kita. Berada dalam nama Tuan bukan omong-omong kosong. Nama Tuan ialah nama yang boleh kita gunakan. Kita boleh menggunakan nama ini untuk bekerja dan mengusir demon.

Dalam Lukas 10, Tuan mengutus disipal-disipal keluar. Pada masa itu, Tuan masih belum naik ke syurga, namun Dia mengutus dari kedudukan kenaikan ke syurga. Oleh itu, Dia berkata, “Aku nampak Syaitan jatuh seperti kilat dari langit” (ay. 18). Apabila disipal keluar bekerja, Tuan Yesus tidak pergi bersama dengan mereka, namun mereka mengambil nama Tuan Yesus bersama dengan mereka. Beberapa lama kemudian, disipal kembali dengan riang lalu berkata kepada Tuan, “Bahkan demon-demon juga tunduk kepada kami dalam nama-Mu” (ay. 17). Atas sebab apa demon tunduk kepada disipal? Kerana disipal melakukannya “...dalam nama-Mu”. Apabila nama Tuan berada dalam tangan mereka, kuasa juga berada dalam tangan mereka. Oleh itu, Tuan Yesus berkata, “Aku telah memberi kamu kuasa untuk menginjak ular dan kala jengking dan mengatasi segala kekuatan musuh” (ay. 19). Dikbang dan dikkak, adakah kita melihat hal ini? Kita boleh menggunakan nama Tuan Yesus untuk menanggulangi segala kekuatan musuh. Sesungguhnya Tuhan perlu membuka mata kita agar kita melihat bahawa Tuhan telah memberi kita nama Tuan Yesus. Nama inilah amanat Tuhan kepada kita. (bersambung...)

DALAM NAMA TUAN YESUS—AMANAT TUHAN (Bahagian 3/5)
DALAM NAMA TUAN YESUS—AMANAT TUHAN (Bahagian 5/5)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)