Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Rancangan Tuhan BAGAIMANA MENJADI BERGUNA KEPADA TUAN (Bahagian Dua)
BAGAIMANA MENJADI BERGUNA KEPADA TUAN (Bahagian satu)
BAGAIMANA MENJADI BERGUNA KEPADA TUAN (Bahagian Tiga)
BAGAIMANA MENJADI BERGUNA KEPADA TUAN (Bahagian Dua)
2024-04-15 | 0 Komen
A- A+ Simpan

BAGAIMANA MENJADI BERGUNA KEPADA TUAN (Bahagian Dua)

MEMBAYAR HARGA

Kunjungan Tuan menandakan permulaan Tuan menggunakan manusia. Tanggungjawab untuk mengunjungi kita ini terletak pada Tuan. Jika Tuan tidak mengunjungi kita, mustahil kita dapat menerima panggilan-Nya. Namun Bible juga menunjukkan kepada kita bahawa selain kunjungan Tuan, kita juga mempunyai tanggungjawab dari aspek manusia, yakni membayar harga (Mat. 8:19-22; 16:24-27; Luk. 9:59-62). Musa dan Daud dalam Wasiat Lama serta Paulus dan Petrus dalam Wasiat Baru ialah orang yang membayar harga selepas dikunjungi Tuan. Ketika Tuan bertemu dengan Paulus dalam perjalanan ke Damsyik, Dia tidak segera memberi dia kudrat, wahi, dan berian. Sebaliknya, Tuan hanya menyuruh dia masuk ke kota dan membiarkan seorang disipal kecil, yakni Ananias, memberitahu dia secara ringkas berkenaan apa yang harus dilakukannya (Kis. 9:5b-6, 10-17). Oleh sebab Paulus rela membayar harga, maka dia banyak berguna kepada Tuan pada kemudian harinya (Flp. 3:7-8). Dari satu segi, Tuan sentiasa mengunjungi manusia; dari segi yang lain, manusia harus sentiasa membayar harga. Oleh itu, kebergunaan kita bermula dengan kunjungan Tuan, dan juga bergantung pada sama ada kita rela membayar harga atau tidak. 

Para pembaca, harga yang perlu dibayar seseorang selepas menyahut panggilan Tuan memang tidak ada batasnya. Tidak ada orang yang boleh mengatakan bahawa dia sudah membayar harga dengan sepenuhnya dan tidak ada harga yang perlu dibayar lagi. Bahkan dutus Paulus pun tidak dapat berkata demikian. Sebaliknya, dia sentiasa melupakan hal-hal yang ada di belakang dan merentangkan diri ke arah hal-hal yang ada di hadapan, mengejar ke arah matlamat itu, malah sehinggakan dia mengorbankan nyawanya pada suatu hari (ay. 12-14; 2 Tim. 4:6-8). Ketika Paulus menulis 2 Timotius bab empat, dia sudah hampir membayar kesemua harga yang dapat dibayarnya namun dia tetap mara ke hadapan. Kita semua pernah dikunjungi Tuan dan kunjungan yang kita semua terima adalah sama. Akan tetapi, kebergunaan kita di tangan Tuan berbeza daripada satu sama lain disebabkan harga yang kita bayar adalah berbeza. Oleh sebab Paulus telah membayar harga yang lebih banyak daripada orang lain, maka kebergunaannya lebih besar daripada orang lain. 

Sesetengah orang mungkin mengatakan bahawa Tuan merahmati sesiapa yang dikehendaki-Nya (Roma 9:18). Namun sila ingat bahawa kata-kata ini merujuk kepada bangsa Asing seperti Firaun yang tidak pernah dikunjungi Tuhan (ay. 15-17). Kita yang telah diselamatkan melalui kurnia ini ialah orang telah yang menerima kunjungan Tuan (Ef. 2:4-5, 8). Oleh yang demikian, persoalannya sekarang bukan berkenaan sama ada kita telah dikunjungi Tuan atau tidak tetapi berkenaan sama ada kita rela membayar harga atau tidak. Kebergunaan kita di tangan Tuan bergantung sepenuhnya pada harga yang kita bayar. Semakin banyak harga yang kita bayar, semakin besar kebergunaan kita; semakin sedikit harga yang kita bayar, semakin sedikit kebergunaan kita. 

Sepanjang beribu-ribu tahun ini, kunjungan Tuan tidak kurang. Namun apa yang membuat Tuan mengeluh ialah harga yang rela kita bayar terlalu sedikit. Atas sebab inilah kerja Tuan pada hari ini maju dengan perlahan dan Tuan masih tidak dapat kembali. Bible dengan jelas menunjukkan kepada kita bahawa Tuan sentiasa menantikan manusia membayar harga dan menyahut panggilan-Nya agar mereka dapat menjadi berguna kepada-Nya. Dalam Yesaya 6:8, Tuan berkata, 

“Siapakah yang harus Aku utus? Siapakah yang akan pergi untuk Kita?”

Kita tidak mempunyai pemahaman yang mendalam terhadap maksud kata-kata ini. Kata-kata ini bermaksud bahawa Tuan mempunyai satu hasrat hati yang agung dalam alam semesta dan Dia menantikan manusia menyahut panggilan-Nya. Tuhan ingin bekerja dalam setiap zaman, namun Dia kekurangan orang yang rela membayar harga dan menyahut panggilan-Nya. Bila-bila sahaja ada orang di bumi yang rela membayar harga untuk menyahut panggilan Tuan, Tuan pasti akan menggunakannya. Setakat mana seseorang menyahut panggilan-Nya, setakat itulah Tuan menggunakan dia. 

Bacaan selanjut: Bagaimana Menjadi Berguna Kepada Tuan, bab 1

BAGAIMANA MENJADI BERGUNA KEPADA TUAN (Bahagian satu)
BAGAIMANA MENJADI BERGUNA KEPADA TUAN (Bahagian Tiga)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)