Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Rancangan Tuhan BAGAIMANA MENJADI BERGUNA KEPADA TUAN (Bahagian satu)
Manusia Dicipta Menurut Imej Tuhan Dan Mengikut Rupa-Nya
BAGAIMANA MENJADI BERGUNA KEPADA TUAN (Bahagian Dua)
BAGAIMANA MENJADI BERGUNA KEPADA TUAN (Bahagian satu)
2024-04-03 | 0 Komen
A- A+ Simpan

BAGAIMANA MENJADI BERGUNA KEPADA TUAN

(Bahagian Satu)


HUBUNGAN ANTARA RANCANGAN TUHAN DENGAN MANUSIA

Tuhan ialah Tuhan yang mempunyai rancangan. Dari zaman ke zaman hingga keabadian, segala kerja Tuhan dalam alam semesta disempurnakan menurut rancangan-Nya. Akan tetapi, rancangan Tuhan ini perlu disempurnakan menerusi manusia dan juga disempurnakan dalam manusia. Oleh itu, Tuhan ingin memperoleh semua orang yang dicipta dan ditebus-Nya untuk menyempurnakan rancangan-Nya. 

Jangan sangka bahawa hari ini Tuhan menggunakan kita ialah perkara yang berlaku secara kebetulan. Perkara ini sama sekali berdasarkan rancangan-Nya yang ditetapkan sebelum masa. Setiap orang yang digunakan Tuhan terangkum dalam lingkungan rancangan-Nya. Oleh sebab rancangan Tuhan hanya dapat dilaksanakan dalam manusia, maka Tuhan menggunakan manusia dengan cara yang amat luas. Hari ini di bumi, jika seseorang itu ialah rakyat negara tertentu, maka dia berada dalam lingkungan kegunaan negara itu dan negara itu boleh menggunakannya. Demikian juga, kita ialah warganegara kingdom Tuhan, maka kita juga berada dalam lingkungan kegunaan kingdom Tuhan. 

PERLU ADANYA PANGGILAN TUHAN
Setiap orang yang telah diselamatkan mempunyai kedudukan dan potensi untuk menjadi berguna kepada Tuhan. Untuk mengesahkan bahawa manusia berguna kepada diri-Nya, Tuhan bukan sahaja mencipta dan menebus manusia, tetapi Dia juga memanggil manusia. Sebab Tuhan mencipta dan menebus manusia ialah Dia ingin menggunakan manusia. Akan tetapi, pada pandangan manusia, penciptaan dan penebusan tidak memadai untuk meyakinkan manusia bahawa Tuhan ingin menggunakannya. Oleh yang demikian, Tuhan juga perlu memanggil manusia untuk mengesahkan bahawa Dia ingin menggunakannya. Dengan kata lain, kita mungkin berasa bahawa meskipun Tuhan telah mencipta dan menebus kita, namun Dia tidak semestinya akan menggunakan kita. Hanya apabila kita jelas akan panggilan Tuhan, barulah kita dapat berkata dengan pasti bahawa Tuhan ingin menggunakan kita. Oleh yang demikian, bagi kita, panggilan Tuhan ialah pengesahan bahawa Dia ingin menggunakan kita. Sekarang persoalan yang harus kita tanya diri sendiri ialah, “Adakah Tuhan memanggil kita? Atau bagaimana kita tahu bahawa Dia memanggil kita?” 

KUNJUNGAN TUHAN
Menurut konsep kita, kita selalu berfikir bahawa memahami panggilan Tuhan ialah perkara yang susah. Sebenarnya, kita hanya perlu bertanya kepada diri sendiri bahawa sejak hari kita diselamatkan hingga sekarang, pernahkah kita mempunyai perasaan dalam kita bahawa kita ingin menjadi berguna kepada Tuan? Atau pernahkah kita terdengar suara yang lembut dan halus dalam kita yang mengatakan bahawa Tuan ingin menggunakan kita? Asalkan kita pernah mengalami perasaan ini sekali, kita tahu bahawa Tuan sedang memanggil kita. Dalam setiap orang, setiap hati yang rela digunakan Tuhan ialah kerja Tuan yang ajaib. Kerja ini jauh lebih agung daripada kerja Tuan mencipta kita. 

Kerja Tuan mencipta kita tidak dapat dibandingkan dengan kerja Tuan meletakkan hati yang ingin menjadi berguna kepada Tuan dalam kita. Kerja Tuan sebegini dalam manusia ialah kunjungan-Nya yang agung terhadap manusia. Dengan kata lain, kerja ini ialah kedatangan-Nya kepada manusia dan kunjungan-Nya terhadap manusia. Dahulunya kita orang yang langsung tidak mengendahkan Tuan. Masakan kita mempunyai hati yang ingin menjadi berguna kepada Tuan? Akan tetapi, sungguh menghairankan kerana kini dalam kita ada keinginan untuk menjadi berguna kepada Tuan. Inilah bukti bahawa kunjungan Tuan dan kurnia Tuan telah mencucuri kita. 

Sejak beribu-ribu tahun yang lalu, Tuhan telah berkali-kali datang kepada manusia dan mengunjungi manusia. Malangnya, hari ini tidak banyak orang dalam gereja yang merasakan kunjungan-Nya. Tuhan sentiasa mengunjungi manusia namun manusia selalu mengetepikan-Nya. Jangan sangka bahawa hanya mendengar bunyi guruh atau nampak cahaya besar seperti yang dilihat Paulus dalam perjalanan ke Damsyik (Kis. 9:3; 22:6) itu baru diambil kira sebagai panggilan Tuhan. Menurut prinsip, sebenarnya suara atau perasaan halus dalam kita tidak ada bezanya dengan panggilan yang diterima oleh Paulus dalam perjalanan ke Damsyik. Kita boleh mengambil cahaya matahari sebagai contoh. Walaupun bahang matahari pada waktu subuh dan waktu tengah hari ada perbezaan dari segi kepanasannya, namun matahari hanya ada satu. Begitu juga, kadangkala Tuhan akan memanggil manusia dengan cara yang luar biasa, namun kebanyakan masanya Dia datang kepada manusia dan mengunjungi manusia dengan cara yang biasa sahaja. Apabila Tuhan mengunjungi manusia, itulah pengesahan dan permulaan bagi Tuhan menggunakan manusia.

Bacaan selanjut: Bagaimana Menjadi Berguna Kepada Tuan, bab 1
Manusia Dicipta Menurut Imej Tuhan Dan Mengikut Rupa-Nya
BAGAIMANA MENJADI BERGUNA KEPADA TUAN (Bahagian Dua)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)