Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (288)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (287)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (289)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (288)
2021-02-10 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (288)

Bacaan Bible:

Kej. 3:15   Dan Aku akan meletakkan permusuhan antara engkau dengan perempuan itu, dan antara benihmu dengan benihnya; dia akan mencederakan kepalamu, dan engkau akan mencederakan tumitnya. 

Wahi 12:1-2   Satu tanda besar kelihatan di langit: seorang perempuan diselubungi matahari, dan bulan di bawah kakinya, serta sebuah mahkota berbintang dua belas di atas kepalanya; dia mengandungkan anak dan dia berteriak kerana menderita sakit bersalin dan dalam kesakitan hendak melahirkan anak.

Perempuan dalam Kejadian 3:15 ialah yang pertama, Hawa dan kedua, semua umat Tuhan, termasuk perawan Maria yang dilambangkan oleh Hawa. Oleh itu, benih perempuan khususnya merujuk kepada Tuan Yesus yang dilahirkan daripada Maria. Namun demikian, butir berkenaan benih perempuan boleh dilihat dengan lebih terperinci dalam Wahi 12. Perempuan yang digambarkan dalam Wahi 12 serta dilambangkan dalam Kejadian 3:15 merupakan perempuan universal; dalam perempuan ini, terdapat satu bahagian yang dipanggil anak lelaki (Wahi 12:1, 2, 5). Dari segi makna Bible, perempuan melambangkan kelemahan, kerana perempuan ialah wadah yang lebih lemah (1 Ptr. 3:7). Lelaki, terutamanya anak lelaki, melambangkan kekuatan. Perempuan universal dalam Wahi 12 mempunyai dua bahagian: bahagian luar, yakni perempuan itu sendiri, dan bahagian dalam, yakni anak lelaki.…Semua umat Tuhan ialah perempuan yang agak lemah; akan tetapi, dalam kalangan semua umat Tuhan, terdapat bahagian yang lebih kuat, yakni anak lelaki, para pejayeng.…Anak lelaki juga sebahagian daripada benih perempuan. 

Anak lelaki ini bukan bersifat individu, tetapi korporat. Oleh sebab perempuan ini bukan bersifat individu, tetapi universal dan korporat, maka anaknya tentu juga bersifat universal dan korporat. Anak lelaki yang korporat ini merangkumi Tuan Yesus yang merupakan Kepala, pusat, realiti, hayat, dan sifat bagi anak lelaki. Hal ini boleh dibuktikan daripada Kitab. Mazmur 2:8-9 bernubuat bahawa Tuan Yesus, yakni Dia yang Diurapi Tuhan, akan memerintah bangsa-bangsa dengan gada besi. Wahi 2:26-27 mengatakan bahawa pejayeng-pejayeng dalam gereja akan memerintah bangsa-bangsa dengan gada besi. Sekarang, dalam Wahi 12:5, kita diberitahu bahawa anak lelaki akan memerintah semua bangsa dengan gada besi. Oleh yang demikian, menurut catatan Bible, Tuan Yesus sendiri dan juga pejayeng-Nya akan memerintah bangsa-bangsa dengan gada besi. Dengan itu, anak lelaki dalam Wahi 12:5 merangkumi Tuan Yesus dan juga pejayeng-pejayeng dalam gereja. Bukan itu sahaja, Wahi 20:4 juga mengatakan bahawa Kristus dan pejayeng yang terbangkit akan meraja selama seribu tahun. Oleh itu, anak lelaki dalam Wahi 12 bukan Tuan Yesus secara individu dan bukan juga pejayeng-pejayeng yang terpisah daripada-Nya; anak lelaki ini ialah Tuan Yesus berserta para pejayeng. Kristus sendiri ialah pejayeng pertama (Wahi 3:21). Sebagai pejayeng yang memimpin di hadapan, Dialah Kepala, pusat, realiti, hayat, dan sifat bagi pejayeng. Dalam kalangan umat Tuhan di bumi, terdapat satu bahagian yang lebih kuat, bahagian yang merangkumi Tuan Yesus dan para pejayeng. Oleh yang demikian, Tuan Yesus dan pejayeng-pejayeng-Nya membentuk anak lelaki.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 8, Hari 2. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (287)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (289)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)