Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (287)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (286)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (288)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (287)
2021-02-09 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (287)

Bacaan Bible:

Wahi 12:5   Dan perempuan itu melahirkan seorang anak, anak lelaki, iaitu dia yang akan menggembala semua bangsa dengan gada besi; anaknya diangkat ke atas kepada Tuhan dan ke takhta-Nya. 

Ibr. 10:22   Marilah kita datang ke hadapan, ke Tempat Maha Kudus dengan hati benar dalam iktikad yang berkepastian penuh, setelah hati kita direnjis, terlepas daripada zimah jahat, dan selepas tubuh kita dibasuh dengan air suci.

Apabila Tuhan mengubah sikap-Nya terhadap perkara yang tertentu, Dia akan melaksanakan pergerakan kala zaman. Setiap pergerakan kala zaman membawa masuk jalan baru Tuhan. Pergerakan kala zaman-Nya yang paling penting adalah dalam Wahi 12. Dia ingin menamatkan zaman ini dan membawa masuk zaman kingdom….Bagaimanakah Dia dapat menamatkan zaman ini dan membawa masuk zaman yang lain? Dia harus mempunyai sarana kala zaman-Nya. Inilah apa yang ingin dilakukan Tuhan pada hari ini. 

Kerapturan anak lelaki menamatkan zaman gereja dan membawa masuk zaman kingdom. Anak lelaki membolehkan Tuhan bergerak….Kita tidak patut lupa bahawa Tuhan boleh dihadkan. Dia menunggu manusia dalam semua pergerakan-Nya. Apa yang diikat Tuhan di syurga berdasarkan apa yang kita ikat di bumi; apa yang dilepaskan Tuhan di syurga berdasarkan apa yang kita lepaskan di bumi. Semuanya bergantung pada gereja.

Penulis buku Ibrani menyuruh kita supaya “datang ke hadapan”.…Frasa ini…digunakan beberapa kali dalam buku Ibrani: “datang ke hadapan…ke takhta kurnia” (4:16); “datang ke hadapan ke Tempat Maha Kudus” (10:22); “datang ke hadapan kepada Tuhan” (7:25; 11:6). Kita perlu datang ke hadapan kepada tiga butiran: ke Tempat Maha Kudus, ke takhta kurnia, dan kepada Tuhan sendiri. Jangan berundur balik — datanglah ke hadapan. 

Percayawan Ibrani berada dalam bahaya berundur balik. Mereka terhuyung-hayang dan teragak-agak; oleh itu, buku Ibrani ditulis untuk menggalakkan mereka datang ke hadapan. Penulis bukan menyuruh mereka pergi ke hadapan, tetapi datang ke hadapan. Ini bermaksud bahawa penulis sudah berada di tempat tertentu, dan dia mahu pembacanya datang ke hadapan ke tempat dia berada.…Di manakah Tuhan? Dia berada di atas takhta kurnia. Di manakah takhta kurnia? Takhta kurnia berada di dalam Tempat Maha Kudus. Pada waktu penulisan buku ini, penulisnya berada di situ, di dalam Tempat Maha Kudus, dan dia memanggil dikbang-dikbang Ibrani supaya datang ke hadapan.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 8, Hari 1. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (286)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (288)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)