Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (289)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (288)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (290)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (289)
2021-02-11 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (289)

Bacaan Bible:

Wahi 12:10-11   …Sekarang sudah tiba penyelamatan dan kudrat dan kingdom Tuhan kita dan kuasa Kristus-Nya, kerana penuduh dikbang-dikbang kita telah dicampakkan ke bawah, iaitu yang menuduh mereka siang dan malam di hadapan Tuhan kita. Mereka telah jayeng atasnya kerana darah Anak Domba dan kerana kata kesaksian mereka, dan mereka tidak mengasihi hayat-sukma mereka bahkan sampai mati.

Anak lelaki yang dilahirkan dalam 12:5 terdiri daripada “dikbang-dikbang” dalam ayat 10 yang telah ditentang dan dituduh oleh Syaitan, musuh Tuhan. Mereka jayeng atasnya melalui darah Anak Domba, melalui kata kesaksian mereka, dan melalui mereka tidak mengasihi hayat-sukma mereka bahkan sampai mati (ay. 11). 

Walaupun kita semua telah masuk ke dalam pemulihan Tuan, kita tidak harus mengatakan bahawa setiap orang dalam pemulihan akan menjadi pejayeng.…Kita hanya boleh mengatakan bahawa orang dalam pemulihan mempunyai kebarangkalian yang lebih besar untuk menjadi pejayeng. Sama ada kamu akan menjadi pejayeng atau tidak, ini bergantung pada kamu, iaitu bergantung pada berapa banyak kamu berbahagian dalam kurnia Tuhan.…Kita harus memandang kepada Tuan agar kita diperkaya, dikuatkan, dan semakin diperkukuh supaya kita dapat bertumbuh daripada perempuan menjadi bahagiannya yang lebih kuat. Namun tidak kira betapa kuatnya kamu jadi, jangan asingkan diri kamu daripada perempuan itu terlalu awal.…Tinggallah dalam perempuan itu sebagai sebahagian daripada anak lelaki sehingga tibanya masa kelahiran. 

Bagaimanakah kita dapat menjadi anak lelaki? Jika kamu ingin menjadi sebahagian daripada anak lelaki, kamu harus lebih banyak makan, lebih banyak bertumbuh, dan menjadi lebih kuat. Dalam erti kata yang praktikal, kamu haruslah lebih banyak berdoa, meluangkan lebih banyak masa bersama dengan Tuan, makan Sabda dengan lebih banyak, mengalami Tuan dengan lebih banyak, bertumbuh dalam hayat dengan lebih banyak, dan mempunyai lebih banyak penanggulangan terhadap hal-hal negatif. Jika orang lain bergosip, kamu tidak akan bergosip. Jika orang lain tidak berdoa, kamu akan berdoa dengan lebih banyak. Walaupun kamu tidak harus berpisah daripada perempuan itu, namun sedikit sebanyak kamu haruslah berbeza daripada orang lain. Perempuan itu terlalu umum. Orang yang merupakan sebahagian daripada anak lelaki adalah agak istimewa. Banyak orang yang dikasihi dalam pemulihan Tuan bersikap acuh tak acuh. Selera mereka sangat sedikit dan mereka tidak suka makan banyak. Akan tetapi, jika kamu ingin berada dalam anak lelaki, kamu tidak harus bersikap acuh tak acuh. Kamu haruslah luar biasa, waras, dan serius. Kamu harus mempunyai selera yang baik dan mempunyai penanggulangan peribadi dengan Tuan secara langsung saat demi saat.…Sama ada kamu akan berada dalam anak lelaki atau tidak bergantung pada bagaimana kamu bertindak balas terhadap hasrat Tuhan, pergerakan Tuhan, dan ekonomi abadi Tuhan. Sekiranya siang dan malam kamu mendapati diri kamu tidak dapat terus maju melainkan kamu menyerahkan diri secara penuh dan tuntas kepada ekonomi Tuhan, maka kamu mungkin merupakan sebahagian daripada anak lelaki.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 8, Hari 3. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (288)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (290)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)