Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (281)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (280)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (282)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (281)
2021-02-03 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (281)

Bacaan Bible:

1 Tim. 1:3-4   …Aku telah menasihati kamu…agar kamu dapat mengarahkan sesetengah orang supaya jangan mengajar hal-hal yang berlainan…bukannya ekonomi Tuhan yang berada dalam kepercayaan. 

1 Tim. 1:18   Arahan ini aku amanatkan kepadamu,…menurut nubuat yang dibicarakan sebelum ini berkenaan kamu, agar melalui nubuat-nubuat ini kamu dapat berperang dalam peperangan yang baik. 

Ef. 5:32   Misteri ini agung, tetapi aku berkata berkenaan Kristus dan gereja. 

Dari abad ke abad, kejatuhan dan kemunduran gereja semuanya berasal daripada satu punca: ajaran yang berlainan daripada ministri para dutus. Dalam Kisah Para Dutus 2:42, kita melihat bahawa pada permulaan kehidupan gereja, percayawan berterusan dalam ajaran para dutus. Ajaran-ajaran ini ialah ministri itu. Apa yang diajarkan dan diberitakan para dutus tidak lain daripada Kristus dan gereja. Mereka memberitakan Kristus yang telah berinkarnasi, tersalib, bangkit, dan naik ke syurga agar sebagai hayat kebangkitan, Dia dapat disalurkan ke dalam percayawan-Nya untuk menghasilkan gereja. Ini merupakan titik fokus ajaran para dutus, dan adalah amat penting bagi kita melihat hal ini. Tidak diragui bahawa dalam Bible terdapat ajaran-ajaran tentang banyak hal. Akan tetapi, fokus ministri para dutus ialah Kristus yang berinkarnasi, tersalib, bangkit, naik ke syurga, dan dimuliakan untuk menjadi Penyelamat, hayat, dan segala-gala bagi kita agar kita dapat menjadi Tubuh-Nya, iaitu gereja. Inilah fokus penting dalam wahi Wasiat Baru, dan inilah ekonomi Tuhan.

Kita perlu menghubungi sabda dan menerima Tuhan melalui Roh itu menerusi sabda. Dengan demikian, kita akan mempunyai iktikad. Apabila kita datang kepada sabda, kita diinfusikan dengan Tuhan, dan iktikad beroperasi dalam kita secara spontan untuk membawa kita ke dalam penyatuan organik dengan Tuhan. Semakin banyak kita menikmati infusi Tuhan, semakin banyak kita menjadi satu dengan Tuhan. Bagaimanapun, perkara yang penting ini telah hilang berabad-abad lamanya. Menyedari kepentingan perkara ini, Paulus mengarahkan Timotius agar memperjuangkan perjuangan yang baik, berperang dalam peperangan yang baik. 

Hari ini kita juga harus berhati-hati terhadap ajaran yang berlainan. Dari abad ke abad, gereja telah diracuni dan dikorupkan oleh ajaran-ajaran yang sedemikian. Jika kita tidak berwaspada, ajaran-ajaran yang berlainan mungkin juga akan merosakkan pemulihan Tuan. Pada masa lampau, kita telah melihat kerosakan yang disebabkan oleh ajaran-ajaran berlainan yang disebarkan secara licik dan tersembunyi. Perkara ini telah membantu mereka yang memimpin dalam gereja-gereja belajar betapa pentingnya berwaspada terhadap ajaran yang berlainan. Kita tidak harus membenarkan sebarang ajaran yang berlainan masuk ke dalam pemulihan Tuan. Pemulihan adalah semata-mata untuk melaksanakan ministri itu. Ini bukan merujuk kepada ministri saya, tetapi ministri para dutus, yang bermula dengan Petrus dan masih dilaksanakan pada hari ini. Semua dutus yang benar mengajar dan memberitakan perkara yang sama, bahkan satu perkara itu — ekonomi Wasiat Baru Tuhan. Fokus pemberitaan dan pengajaran kita ialah Kristus dan gereja. Mengajar dan memberitakan ekonomi Tuhan berkenaan Kristus dan gereja bererti memperjuangkan perjuangan yang baik.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (280)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (282)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)