Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (280)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (279)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (281)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (280)
2021-02-02 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (280)

Bacaan Bible:

2 Tim. 4:7   Deritailah kesusahan bersama denganku sebagai perajurit baik Kristus Yesus. Tidak ada seorang yang berkhidmat sebagai perajurit mempersangkutkan dirinya dengan hal ehwal hidup ini, agar dia dapat menyenangkan hati orang yang mengambilnya masuk tentera.

2 Tim. 2:3-4   Aku telah memperjuangkan perjuangan yang baik; aku telah menamatkan perlumbaan; aku telah memelihara kepercayaan. 

Dalam 2 Timotius 4:7, Paulus berbicara tentang tiga butir: memperjuangkan perjuangan yang baik, menamatkan perlumbaan, dan memelihara kepercayaan. Kehidupan orang Kristian yang wajar terdiri daripada tiga aspek. Kehidupan ini termasuklah memperjuangkan perjuangan yang baik menentang Syaitan dan kingdom kegelapannya demi kepentingan kingdom Tuhan (1 Tim. 6:12), berlari dalam perlumbaan demi melaksanakan ekonomi Tuhan menurut tujuan abadi-Nya (Ibr. 12:1), dan memelihara kepercayaan demi berbahagian dalam kekayaan divin dalam ekonomi Tuhan (Gal. 3:22)....Memelihara kepercayaan bererti memelihara keseluruhan ekonomi Wasiat Baru Tuhan — kepercayaan berkenaan Kristus sebagai perjasadan Tuhan dan misteri Tuhan, serta gereja sebagai Tubuh Kristus dan misteri Kristus.

Dutus menganggap ministri mereka sebagai peperangan untuk Kristus, sebagaimana pelayanan hentar dianggap sebagai perkhidmatan tentera, iaitu peperangan, dalam Bilangan 4:23, 30, 35. Apabila kita meministerkan Kristus kepada orang lain, kita mendapati kita berada dalam peperangan. Oleh itu, kita bukan sahaja harus menjadi pengajar yang menyerahkan amanat kepada orang lain, tetapi juga harus menjadi perajurit yang berjuang demi kepentingan Tuhan. 

[Dalam 2 Timotius 2:4,] perkataan hidup dalam bahasa Yunani ialah bios, menunjukkan hayat fizikal zaman ini. Untuk memperjuangkan perjuangan yang baik (4:7) demi kepentingan Tuan di bumi ini, kita perlu menyingkirkan semua persangkutan di bumi. Semasa kita berusaha meministerkan Kristus kepada orang lain, hayat fizikal dan jasmani kita tidak harus mempersangkutkan kita. Ministri ini ialah satu perjuangan, dan perjuangan menuntut kita bebas daripada persangkutan. Dari satu segi, pelayanan hentar ialah ministri kepada Tuhan; dari segi yang lain, pelayanan hentar ialah peperangan menentang musuh Tuhan. Semasa hentar-hentar memikul Tabut Kesaksian, mereka perlu bersiap sedia untuk berperang dengan orang yang mungkin menyerang kesaksian ini.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 7, Hari 1. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (279)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (281)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)