Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (279)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (278)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (280)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (279)
2021-02-01 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (279)

Bacaan Bible:

1 Kor. 12:24   Anggota-anggota kita yang cantik pula tidak memerlukannya. Tetapi Tuhan telah membaurkan tubuh bersama, dengan memberi kehormatan yang lebih berlimpah kepada anggota yang kekurangan. 

1 Kor. 10:17   Memandangkan terdapat hanya satu roti, kita yang banyak ialah satu Tubuh; kerana kita semua berbahagian dalam satu roti ini.

Dalam Wasiat Lama, terdapat suatu tamsil bagi pembauran demi penggenapan ekonomi Tuhan.…Dalam 1 Korintus 10:17, Paulus berkata, “Memandangkan terdapat hanya satu roti, kita yang banyak ialah satu Tubuh; kerana kita semua berbahagian dalam satu roti ini.” Paulus melihat gereja sebagai satu roti; pemikiran ini bukan rekaannya sendiri; sebaliknya, ini diambil daripada Wasiat Lama. Korban sajian dalam Imamat 2:4 terdiri daripada roti bundar yang diperbuat daripada tepung halus berbaur dengan minyak. Seluruh tepung itu dicampur atau dibaurkan dengan minyak. Itulah pembauran.

Apabila seorang rakan sekerja ingin melakukan sesuatu, dia harus bersekutu dengan rakan sekerja yang lain. Seorang penatua harus bersekutu dengan penatua yang lain. Persekutuan melaraskan kita; persekutuan membetulkan kita; persekutuan mengharmonikan kita; dan persekutuan menyebatikan kita.…Kita tidak harus melakukan apa-apa tanpa bersekutu dengan pekudus lain yang berkoordinasi dengan kita. Persekutuan menuntut kita berhenti ketika kita ingin melakukan sesuatu.

Dalam kalangan kita, kita harus ada pembauran semua anggota individu dalam Tubuh Kristus, pembauran semua gereja di daerah-daerah tertentu, pembauran semua rakan sekerja, dan pembauran semua penatua. Pembauran bermaksud kita harus sentiasa menghentikan diri kita supaya dapat bersekutu dengan orang lain. Dengan itu, kita akan menerima banyak manfaat.…[Pembauran] paling bermanfaat untuk memelihara kesatuan Tubuh Kristus yang universal.

Pembauran sedemikian bukanlah pergaulan sosial, tetapi pembauran Kristus yang dinikmati, dialami, dan diambil bahagian oleh anggota-anggota individu, gereja-gereja di suatu daerah, para rakan sekerja, dan para penatua.

Pembauran adalah untuk membina Tubuh Kristus yang universal (Ef. 1:23) bagi mengkonsumasikan Yerusalem Baru (Wahi 21:2), yang merupakan matlamat muktamad ekonomi Tuhan menurut kegirangan-Nya (Ef. 3:8-10; 1:9-10).

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 6, Hari 6. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (278)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (280)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)