Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (278)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (277)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (279)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (278)
2021-01-31 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (278)

Bacaan Bible:

1 Kor. 12:24   Anggota-anggota kita yang cantik pula tidak memerlukannya. Tetapi Tuhan telah membaurkan tubuh bersama, dengan memberi kehormatan yang lebih berlimpah kepada anggota yang kekurangan. 

1 Kor. 10:17   Memandangkan terdapat hanya satu roti, kita yang banyak ialah satu Tubuh; kerana kita semua berbahagian dalam satu roti ini.

Perkataan membaurkan juga bermaksud “membetulkan”, “mengharmonikan”, “melaraskan”, dan “menyebatikan”.…Perkataan Yunani bagi membaurkan mengimplikasikan kehilangan ciri-ciri yang membezakan. Ciri seorang dikbang mungkin ialah perwatakannya yang cepat, manakala ciri seorang lagi ialah perwatakannya yang perlahan. Akan tetapi dalam kehidupan Tubuh, perwatakan yang perlahan hilang dan perwatakan yang cepat juga dihapuskan.…Tuhan telah membaurkan semua percayawan daripada pelbagai bangsa dan warna kulit. 

Untuk diharmonikan, dibaurkan, dibetulkan, disebatikan, dan dilaraskan dalam kehidupan Tubuh, kita harus menerusi salib dan melalui Roh itu, mendispenkan Kristus kepada orang lain demi Tubuh Kristus.…Segala-gala yang kita lakukan haruslah melalui Roh itu untuk mendispenkan Kristus. Tambahan pula, apa yang kita lakukan tidak seharusnya untuk kepentingan kita dan menurut cita rasa kita, tetapi untuk gereja. Asalkan kita mengamalkan butir-butir ini, kita akan mempunyai pembauran.

Tujuan pembauran adalah untuk membawa kita semua ke dalam realiti Tubuh Kristus.…Saya menghargai gereja-gereja lokal atas satu tujuan. Gereja-gereja lokal ialah prosedur yang membawa saya ke dalam Tubuh Kristus.…Dengan demikian, kita perlu berada dalam gereja-gereja lokal supaya kita dapat dibawa ke dalam realiti Tubuh Kristus. Puncak tertinggi pemulihan Tuan yang dapat melaksanakan ekonomi Tuhan secara benar, praktikal, dan hakiki bukanlah untuk Tuhan menghasilkan banyak gereja lokal secara fizikal, tetapi untuk Tuhan menghasilkan suatu Tubuh yang organik sebagai organisma-Nya. Kita semua memiliki sebuah tubuh jasmani, tetapi tubuh kita sebenarnya bukan realiti diri kita.…Gereja yang didirikan di seluruh bumi ialah rangka fizikal, tetapi dalam kalangan gereja mungkin tidak ada realiti Tubuh Kristus.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 6, Hari 6. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (277)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (279)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)