Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (277)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (276)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (278)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (277)
2021-01-30 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (277)

Bacaan Bible:

Kol. 4:15-16   Berilah salam kepada dikbang-dikbang di Laodikia, dan juga kepada Nimfa serta gereja di rumahnya. Dan apabila surat ini dibaca dalam kalangan kamu, usahakan agar dibaca juga dalam gereja orang Laodikia, dan agar kamu turut membaca surat dari Laodikia.

Salam peribadi…dalam buku Kolose…menunjukkan bahawa Paulus mempunyai perasaan, kesedaran manusia baru.…Dalam kalangan percayawan [atau] dalam kalangan gereja tidak harus adanya perbezaan; misalnya tidak ada perbezaan antara gereja di Laodikia dengan gereja di Kolose. Ini terbukti oleh kata-kata Paulus berkenaan perihal membaca surat....Apa yang ditulis Paulus kepada orang Kolose juga untuk orang Laodikia, dan apa yang ditulisnya kepada orang Laodikia juga untuk orang Kolose. Hal ini menyiratkan persekutuan, kesatuan, keharmonian, dan perhubungan intim yang sungguh menakjubkan!

Tubuh Kristus bukan sahaja perlindungan kepada para anggota tetapi juga pengehadan kepada semua anggota.…Kita tidak harus membiarkan diri kita bebas dan merdeka; sebaliknya kita harus belajar berbaur dengan dikbang dan dikkak yang lain. Pembawaan individu yang luar biasa dan aneh tidak ada tempat dalam gereja. Setiap anggota harus menghormati talenta orang lain dan setia terhadap talentanya sendiri. Tambahan pula, setiap anggota harus mengenal keupayaannya dan tidak memikirkan dirinya lebih tinggi daripada yang patut difikirkannya. Jika setiap orang berbuat demikian, tidak akan ada kecemburuan, cita-cita, atau kedambaan untuk melakukan apa yang dapat dilakukan orang lain.…Banyak orang tidak mengenal keupayaan mereka sendiri. Akibatnya, mereka melampaui batas mereka [bd. 2 Kor. 10:14].…Jika wujud anggota-anggota sedemikian dalam gereja, maka ada orang yang akan memonopoli dan ada orang yang akan mengundur; akibatnya gereja menanggung kerugian. Kita tidak harus bersikap demikian. Kita harus kembali ke tempat kita dalam Tubuh dan dihadkan oleh Tubuh, dengan itu barulah Tubuh akan terpelihara daripada kerugian. 

Kepala ialah Kristus, dan Tubuh juga ialah Kristus. Setiap anggota merupakan sebahagian daripada hayat Kristus. Jika saya menolak bantuan daripada rakan seanggota saya, ini bererti saya menolak bantuan Kristus. Jika saya enggan mengakui bahawa saya memerlukan mereka, ini bererti saya enggan mengakui bahawa saya memerlukan Kristus. Sebagaimana saya tidak dapat merdeka daripada Kepala, saya juga tidak dapat merdeka daripada Tubuh. Individualisme dibenci di mata Tuhan. Apa yang tidak saya ketahui, akan diketahui anggota lain dalam Tubuh; apa yang tidak dapat saya lihat, dapat dilihat anggota lain dalam Tubuh; apa yang tidak dapat saya lakukan, dapat dilakukan anggota lain dalam Tubuh.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 6, Hari 5. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (276)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (278)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)