Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (276)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (275)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (277)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (276)
2021-01-29 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (276)

Bacaan Bible:

1 Kor. 12:26-27   Dan sama ada satu anggota menderita, semua anggota turut menderita bersama dengannya; atau satu anggota dimuliakan, semua anggota turut girang bersama dengannya. Sekarang kamu ialah Tubuh Kristus, dan anggota-anggota secara individu.

Menjadi orang Kristian adalah untuk diri sendiri, manakala menjadi anggota adalah untuk Tubuh. Dalam Bible, terdapat banyak kata yang berlawanan makna, contohnya tahir dan cemar, kudus dan umum, jayeng dan kalah, Roh itu dan tubuh daging, Kristus dan Syaitan, kingdom dan dunia, serta mulia dan hina.…Sebagaimana Bapa berlawanan dengan dunia, Roh itu berlawanan dengan tubuh daging, dan Tuan berlawanan dengan iblis, begitu juga Tubuh berlawanan dengan individu. Sebaik sahaja seseorang melihat Tubuh Kristus, dia akan dibebaskan daripada individualisme. Dia tidak lagi hidup untuk dirinya tetapi untuk Tubuh. Sebaik sahaja saya diselamatkan daripada individualisme, dengan spontan saya berada dalam Tubuh. 

Jika kita menyedari bahawa seorang Kristian hanya sekadar satu anggota, kita tidak akan menjadi sombong lagi.…Orang yang melihat bahawa mereka ialah anggota pasti akan menghargai Tubuh dan menghormati anggota-anggota lain. Mereka bukan sahaja memperhatikan kelebihan sendiri; mereka juga akan menganggap orang lain lebih unggul daripada mereka.

Satu Korintus 12:14-27 menunjukkan dua konsep yang salah, yang mungkin difikirkan oleh anggota-anggota: (1) “Oleh sebab aku bukan…aku bukan kepunyaan tubuh” (ay. 15). Ini bererti memandang rendah terhadap diri sendiri dan mendambakan kerja orang lain. (2) “Aku tidak memerlukan kamu” (ay. 21). Ini bererti kesombongan diri, menganggap bahawa seseorang itu serba boleh dan memandang rendah terhadap orang lain. Kedua-dua konsep ini memudaratkan Tubuh. Kita tidak harus meniru anggota lain atau mendambakan fungsi anggota lain, lalu berasa kecewa dan hina diri kerana kita tidak dapat menjadi seperti anggota lain. Pada masa yang sama, kita tidak harus memandang rendah terhadap anggota lain, dengan menganggap bahawa kita paling baik dan paling berguna. 

Dalam kehidupan gereja, kita harus belajar untuk mempunyai kesedaran terhadap Tubuh. Apabila kita mempunyai masalah dengan dikbang dan dikkak, ertinya kita mempunyai masalah dengan Tuhan.…Apabila kita menerima pewahian Tubuh, kita akan mempunyai kesedaran terhadap Tubuh, dan apabila kita mempunyai kesedaran terhadap Tubuh, segala pemikiran dan tindakan individu akan tersingkir secara spontan. Selepas melihat Kristus, hasil spontannya ialah dibebaskan daripada dosa; selepas melihat Tubuh, hasil spontannya ialah dibebaskan daripada individualisme.…Hal ini bukan soal mengubah sikap atau kelakuan kita; yang dapat mengubah sikap dan kelakuan kita itu ialah wahi. Kita memasuki lingkungan Tubuh bukan melalui perbuatan tetapi melalui penglihatan.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 6, Hari 4. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (275)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (277)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)