Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (275)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (274)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (276)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (275)
2021-01-28 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (275)

Bacaan Bible:

Ibr. 12:22   Tetapi kamu telah datang ke hadapan ke Gunung Zion dan ke kota Tuhan hidup, iaitu Yerusalem syurgawi, dan kepada…perhimpunan universal. 

Mzm. 48:1   Agunglah Yehova, dan Dia patut dipuji-puji di kota Tuhan kita, di gunung kudus-Nya.

Selama tiga puluh tiga tahun setengah, Tuhan-manusia ini, iaitu Yesus, ialah manusia yang sejati. Namun, Dia tidak hidup melalui hayat manusia tetapi melalui hayat Tuhan. Untuk berhidupkan hayat ini, Dia perlu disalibkan. Penyaliban yang disebut dalam Wasiat Baru berlaku di atas kayu salib di Gunung Kalvari. Namun begitu, kamu perlu menyedari bahawa sebelum Kristus disalibkan secara fizikal di situ, Dia sudah disalibkan setiap hari selama tiga puluh tiga tahun setengah. Bukankah Yesus seorang insan, seorang manusia yang sejati? Ya. Akan tetapi, Dia tidak hidup melalui manusia yang sejati itu. Sebaliknya, Dia mengekalkan manusia yang sejati itu di atas salib. Kemudian dalam erti kata kebangkitan, Dia berhidupkan hayat Tuhan. Hayat Tuhan berserta segala atributnya dihidup keluar daripada Tuhan-manusia Yesus ini dan diekspresikan sebagai virtu-virtu Tuhan-manusia ini.

Hayat ini pada asalnya hanya berada dalam manusia individu, iaitu Yesus Kristus. Namun kini hayat ini telah diulangi, dihasilkan semula, dalam banyak manusia yang telah ditebus dan dilahirukan, dan yang sekarang memiliki hayat divin dalam mereka. Mereka ini dikhasiati, dikuduskan, ditransform, dan disempurnakan bukan hanya untuk menjadi orang Kristian yang matang, tetapi untuk menjadi Tuhan-manusia. Realiti Tubuh Kristus ialah kehidupan korporat yang dijalani oleh Tuhan-manusia yang disempurnakan; mereka ialah manusia sejati yang tidak hidup melalui hayat mereka tetapi melalui hayat Tuhan yang terproses; atribut Tuhan yang terproses diekspresikan menerusi virtu mereka.

Saya percaya bahawa dalam kalangan kita harus ada orang yang seperti ini, mungkin bukan sepanjang masa, tetapi sekurang-kurangnya adakalanya.…Kerap kali ketika saya cuba bercakap dengan isteri saya, terdapat sesuatu dalam saya yang berkata, “Ini bukan daripada roh kamu. Ini datang daripada manusia lama kamu.” Lantas saya berhenti. Kadangkala saya ingin pergi mencari dia, namun saya berpatah balik dengan serta-merta. Ini kerana saya pergi melalui manusia alamiah saya. Ketika saya berbuat demikian, terdapat sesuatu di dalam yang memalingkan saya. Itulah Roh beri-hayat, yakni Kristus pneumatik. Tuhan Tritunggal yang terproses memalingkan saya, dan hal itu berlaku dalam kebangkitan. Pekudus yang dikasihi, kehidupan korporat yang sedemikian ialah realiti Tubuh Kristus. Inilah kehidupan korporat yang dikonform kepada kematian Kristus menerusi kudrat kebangkitan Kristus.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 6, Hari 3. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (274)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (276)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)