Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (274)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (273)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (275)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (274)
2021-01-27 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (274)

Bacaan Bible:

Wahi 14:1   Dan aku melihat, dan lihatlah, Anak Domba berdiri di atas Gunung Zion, dan bersama dengan-Nya ada seratus empat puluh empat ribu, pada dahi mereka tertulis nama-Nya dan nama Bapa-Nya. 

Wahi 21:16   Kota itu berbentuk empat segi.…Dia mengukur kota itu dengan gelagah, panjangnya dua belas ribu stadia; panjang, lebar, dan tingginya adalah sama.

Yerusalem mentamsilkan gereja. Dalam Yerusalem terdapat Gunung Zion [yang mentamsilkan pejayeng]... Yerusalem adalah besar, manakala Zion adalah kecil...

Zion ialah puncak tinggi, pusat, perjunjungan, penguatan, pengayaan, dan realiti bagi gereja, kota kudus. Sekiranya tidak ada pejayeng dalam suatu gereja lokal, maka gereja itu seperti Yerusalem yang tidak mempunyai Zion.…Suatu gereja lokal seharusnya ada sejumlah pejayeng, dan pejayeng-pejayeng ini merupakan puncak dan pusat gereja lokal itu. Mereka ialah perjunjungan, penguatan, pengayaan, dan realiti bagi gereja lokal itu. Jika kamu mengeluarkan pejayeng-pejayeng ini daripada gereja lokal itu, gereja lokal tersebut menjadi seperti tayar yang kempis. 

Hari ini pada zaman gereja, Tuhan-manusia yang disempurnakan dan matang ialah Zion, yakni pejayeng, kumpulan vital dalam gereja-gereja. Namun di langit baru dan bumi baru tidak ada lagi Zion, hanya ada Yerusalem, kerana semua pekudus yang tidak layak akan dilayakkan untuk menjadi Zion. Dengan kata lain, seluruh Yerusalem Baru akan menjadi Zion. Apakah Zion? Zion ialah tempat Tuhan berada, iaitu Tempat Maha Kudus. Dalam Wahi 21, terdapat satu tanda yang menunjukkan bahawa Yerusalem Baru akan menjadi Tempat Maha Kudus. Dimensinya ialah dimensi satu kubus, panjangnya dua belas ribu stadia, lebarnya dua belas ribu stadia, dan tingginya dua belas ribu stadia (ay. 16). Itulah Tempat Maha Kudus, kerana Tempat Maha Kudus dalam Wasiat Lama yang terletak di dalam tabernakal dan bait berbentuk kubus, dengan panjang, lebar, dan tinggi yang sama (Kel. 26:2-8; 1 Raj. 6:20). 

Melainkan berdoa, tidak ada cara lain untuk mencapai puncak tinggi ini. Yerusalem di sini ialah suatu lingkungan yang besar, termasuk semua orang Kristian; hal ini amat jelas. Namun di manakah Zion, yakni pejayeng?…Pejayeng ialah Zion, tempat Tuhan berada. Ini ialah realiti intrinsik bagi wahi rohani dalam Sabda kudus Tuhan. Kita harus menyedari apa itu pemulihan Tuan. Pemulihan Tuan adalah untuk membina Zion.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 6, Hari 2. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (273)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (275)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)