Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (273)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (272)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (274)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (273)
2021-01-26 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (273)

Bacaan Bible:

Ef. 1:17   Agar Tuhan kepada Tuan kita Yesus Kristus, iaitu Bapa kemuliaan, dapat memberi kamu roh kearifan dan wahi supaya kamu berpengetahuan penuh terhadap-Nya.

Ef. 1:22-23   Dan Tuhan telah menundukkan segala sesuatu di bawah kaki-Nya dan memberi-Nya menjadi ­Kepala atas segala sesuatu kepada gereja; gereja ialah Tubuh-­Nya, iaitu kepenuhan Dia yang memenuhi segala da­lam segala.

Apakah itu Tubuh Kristus? Tubuh Kristus ialah sambungan hayat Kristus di bumi. Apabila Dia datang ke bumi dan hidup di bumi, Dia mengekspresikan diri-Nya menerusi satu tubuh. Hari ini, Dia masih memerlukan satu tubuh untuk mengekspresikan diri-Nya. Sebagaimana seorang manusia memerlukan tubuh untuk mengekspresikan segala apanya dia, Kristus juga memerlukan satu tubuh untuk mengekspresikan diri-Nya. Fungsi Tubuh ialah menjadi ekspresi penuh Kristus. Kita tidak dapat mengekspresikan keperibadian kita menerusi satu anggota tubuh sahaja — telinga, mulut, mata, tangan, atau kaki — secara berasingan. Begitu juga, Kristus tidak dapat mengekspresikan keperibadian-Nya menerusi satu anggota sahaja dalam Tubuh-Nya. Seluruh Tubuh-Nya diperlukan untuk mengekspresikan-Nya. Kita harus melihat bahawa segala apanya Kristus diekspresikan menerusi Tubuh-Nya. Bukan itu sahaja. Tubuh Kristus ialah lanjutan dan sambungan Kristus di bumi. Dia menggunakan lebih daripada tiga puluh tahun di bumi untuk mewahikan diri-Nya. Dia berbuat demikian sebagai Kristus yang individu. Hari ini, Dia mewahikan diri-Nya menerusi gereja. Inilah Kristus korporat. Sebelum ini, Kristus diekspresikan secara individu; kini Dia diekspresikan secara korporat.

Tubuh Kristus ialah satu realiti, maka kehidupan gereja jugalah satu realiti. Bible bukan mengatakan bahawa gereja umpama Tubuh Kristus, tetapi mengatakan bahawa gereja ialah Tubuh Kristus.…Tidak ada apa-apa yang berasal daripada kita yang dapat menjadi sebahagian daripada Tubuh Kristus, kerana “Kristus ialah segala dan dalam segala” (Kol. 3:11) dalam Tubuh. Segala-gala yang bukan Kristus hanya akan menghindari kita daripada mengenali Kristus secara dalaman. Dosa menghindari kita daripada melihat Kristus, manakala hayat alamiah menghindari kita daripada melihat Tubuh Kristus. Kita semua harus melihat kedudukan kita dalam Tubuh Kristus. Jika kita benar-benar melihat kedudukan kita dalam Tubuh, kita seolah-olah telah diselamatkan buat kali kedua.

Tubuh Kristus bukan doktrin, tetapi satu lingkungan. Tubuh Kris­tus bukan ajaran, tetapi hayat. Banyak orang Kristian yang mengajarkan kebenaran Tubuh, namun tidak banyak yang mengenali hayat Tubuh. Tubuh Kristus merupakan pengalaman dalam lingkungan yang sama sekali berbeza. Seseorang mungkin mengenali buku Roma tetapi tidak dijustifikasikan. Begitu juga, seseorang mungkin mengenali buku Efesus tetapi tidak melihat Tubuh Kristus. Kita tidak memerlukan pengetahuan; sebaliknya kita melihat wahi untuk mengenali realiti Tubuh Kristus dan masuk ke dalam lingkungan Tubuh. Hanya wahi daripada Tuhan yang dapat membawa kita ke dalam lingkungan Tubuh; pada masa itu, barulah Tubuh Kristus akan menjadi pengalaman kita.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 6, Hari 1. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (272)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (274)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)