Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (272)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (271)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (273)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (272)
2021-01-25 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (272)

Bacaan Bible:

Mat. 18:19   Sesungguhnya Aku berkata kepada kamu lagi bahawa jika dua orang daripada kamu berharmoni di bumi berkenaan apa sahaja perkara yang diminta oleh mereka, itu akan dikabulkan Bapa-Ku yang berada di syurga-syurga untuk mereka.

Walaupun gereja mempunyai tekad yang bebas, tetapi gereja menundukkan tekadnya di bawah kuasa Tuhan, seolah-olah selain kehendak Tuhan, tidak ada tekad bebas yang lain. Tuhan dapat melakukan apa jua yang dikehendaki-Nya. Hari ini semasa gereja meletakkan tekadnya di bawah kehendak Tuhan secara mutlak, maka Tuhan dapat bergerak sama seperti Dia bergerak dalam keabadian, seolah-olah di alam semesta ini tidak ada tekad kedua yang menentang Dia. Inilah kemuliaan bagi Tuhan! 

Kita tidak boleh merendahkan kedudukan gereja sehingga menganggap gereja sekadar perhimpunan sahaja. Tidak! Gereja merupakan sekumpulan orang yang ditebus oleh darah, dilahirukan oleh Roh Kudus, lalu menyerahkan diri ke dalam tangan Tuhan, dan rela menerima kehendak Tuhan, melakukan kehendak Tuhan, serta berdiri di bumi demi Tuhan untuk mengekalkan kesaksian-Nya. 

Kita harus melihat bahawa Tuhan bekerja menurut suatu hukum, iaitu disebabkan bumi mempunyai tekad yang bebas, Tuhan tidak akan memansuhkan manusia dengan kehendak-Nya.…Ini memang hakikatnya. Tuhan berada di syurga, namun segala kerja-Nya di bumi hanya akan disempurnakan setelah mendapat penetapan dan persetujuan daripada tekad di bumi. Dia tidak ingin mengabaikan tekad di bumi. Dia tidak mahu melucutkan tekad di bumi dan bertindak secara bersendirian. Segala hal yang berhubungan dengan-Nya hanya akan dilakukan dengan kerjasama daripada tekad di bumi. Apabila bumi mahu melakukannya, Tuhan akan melakukannya. Apabila bumi membuat keputusan, Tuhan bertindak. Tuhan harus mendapatkan tekad manusia yang berharmoni dengan kehendak-Nya. Tekad yang berharmoni ini merupakan kemuliaan yang amat besar bagi Tuhan!

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 5, Hari 6. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (271)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (273)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)