Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (271)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (270)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (272)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (271)
2021-01-24 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (271)

Bacaan Bible:

Mat. 18:18   …Apa jua yang kamu ikat di bumi semestinya sudah diikat di syurga, dan apa jua yang kamu lepaskan di bumi semestinya sudah dilepaskan di syurga.

Butir yang istimewa [tentang Matius 18:18] ialah tindakan di bumi mendahului tindakan di syurga. Bukan syurga yang mengikat dahulu, tetapi bumi yang mengikat dahulu. Bukan syurga yang melepaskan dahulu, tetapi bumi yang melepaskan dahulu. Setelah bumi mengikat, syurga akan mengikat. Setelah bumi melepaskan, syurga juga akan melepaskan. Tindakan di syurga tertakluk kepada tindakan di bumi. Segala-gala yang bertentangan dengan Tuhan perlu diikat, sementara segala-gala yang sejajar dengan Tuhan perlu dilepaskan. Bagi segala hal yang harus diikat atau dilepaskan, tindakan mengikat dan melepaskan itu bermula dari bumi. Tindakan di bumi mendahului tindakan di syurga. Bumilah yang mengawal syurga.

Mari kita melihat beberapa contoh dalam Wasiat Lama, yang menunjukkan bagaimana bumi mengawal syurga. Sebagai contoh, semasa Musa berada di puncak gunung, apabila dia mengangkat tangannya, orang Israel akan menang dan apabila dia menurunkan tangannya, orang Amalek pula yang menang (Kel. 17:9-11). Siapakah yang sebenarnya menentukan menang kalah di kaki gunung? Adakah ia ditentukan oleh Tuhan atau Musa?…Kita harus melihat prinsip kerja Tuhan dan rahsia tindakan Tuhan: Tuhan tidak dapat melakukan sesuatu yang ingin dilakukan-Nya jika manusia enggan melakukannya. Kita tidak boleh menyuruh Tuhan melakukan hal yang tidak ingin dilakukan-Nya, tetapi kita boleh menghalang Tuhan daripada melakukan hal yang ingin dilakukan-Nya. Di syurga, menang atau kalah ditentukan oleh Tuhan; tetapi di hadapan manusia, menang atau kalah ditentukan oleh Musa. Di syurga, Tuhan sememangnya menghendaki orang Israel menang, tetapi jika Musa di bumi tidak mengangkat tangan, orang Israel akan kalah. Apabila Musa mengangkat tangan, orang Israel akan menang. Bumilah yang mengawal syurga.

Tuhan mempunyai satu tujuan, iaitu menambah bilangan orang kaum Israel supaya bilangan mereka banyak seperti kawanan domba. Orang yang tidak mengenali Tuhan akan berkata, “Jika Tuhan mahu menambah bilangan orang kaum Israel seperti kawanan domba, Dia perlu melakukannya sahaja. Siapa yang dapat menghalang Dia?” Namun Yehezkiel 36:37 mengatakan bahawa Tuhan akan dipinta oleh kaum Israel, barulah Dia akan melakukannya untuk mereka. Prinsip ini agak jelas: Sungguhpun Tuhan telah menetapkan satu kehendak, namun Dia tidak akan melakukannya dengan serta-merta. Tuhan akan menunggu sehingga orang Israel meminta hal ini daripada-Nya, barulah Dia akan melakukannya. Tuhan menghendaki bumi mengawal syurga.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 5, Hari 6. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (270)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (272)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)