Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (270)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (269)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (271)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (270)
2021-01-23 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (270)

Bacaan Bible:

Kol. 3:1   Oleh itu, jika kamu telah dibangkitkan bersama dengan Kristus, carilah hal-hal di atas, di sana Kristus berada, duduk di sebelah kanan Tuhan. 

Ef. 1:22-23   Dan Tuhan telah menundukkan segala sesuatu di bawah kaki-Nya dan memberi-Nya menjadi Kepala atas segala sesuatu kepada gereja; gereja ialah Tubuh-Nya, iaitu kepenuhan Dia yang memenuhi segala dalam segala.

Kita perlu melihat bahawa kenaikan ke syurga ialah satu kedudukan, dan dengan adanya kedudukan sebegini barulah adanya kuasa yang sepadan. Kehidupan rohani seorang Kristian bukan hanya perkara berkenaan hayat malah perkara berkenaan kedudukan. Oleh itu, hayat ini bukan hanya perkara berkenaan kudrat malah perkara berkenaan kuasa. Hayat membawa masuk kudrat, manakala kedudukan membawa masuk kuasa. Kebangkitan ialah perkara berkenaan kudrat, manakala kenaikan ke syurga ialah perkara berkenaan kuasa. Untuk memperoleh ukuran atau jenis kuasa tertentu, kamu perlu berada dalam kedudukan yang tertentu. Jika kamu berada dalam lingkungan syurgawi, secara spontan kamu akan mempunyai kuasa syurgawi. Semua doa kita yang sejati merupakan penggunaan kuasa syurgawi dalam kedudukan syurgawi. 

Kedudukan doa merupakan kedudukan kenaikan ke syurga. Kamu hanya dapat berdoa dalam lingkungan syurgawi. Setiap kali kamu meninggalkan alam syurgawi, kamu kehilangan kedudukan doa. Kamu boleh berdoa, tetapi doa itu tidak diambil kira di mata Tuhan.

Semua doa dalam kenaikan ke syurga ialah doa yang berkuasa. Kita mengetahui bahawa doa dalam kenaikan ke syurga ialah suatu perintah kepada Tuhan. Doa kita bukan merayu tetapi memerintah.…Dalam Yesaya 45:11, Tuhan bersabda, “Perintahkanlah Aku.” Adakalanya perintah ini ialah perintah secara langsung kepada Tuhan, dan adakalanya perintah ini ialah perintah secara tidak langsung kepada sekitaran. Misalnya: Musa berdiri di tebing Laut Merah lalu memerintahkan air itu agar terbelah, Tuan Yesus yang berada di dalam perahu mengarahkan angin dan laut itu agar senyap, dan Tuan memerintahkan penyakit meninggalkan orang. Jika kamu belajar berdoa dengan berdiri dalam alam kenaikan ke syurga, bahkan kamu dapat memerintah kemiskinan meninggalkan kamu. 

Jika kamu benar-benar ingin mempunyai doa-doa yang bernilai di hadapan Tuhan, kamu perlu berupaya mengeluarkan perintah yang berkuasa di hadapan Tuhan. Dengan berdiri di hadapan Tuhan, saya dapat memberitahu kamu bahawa pada tahun-tahun yang lepas di sesetengah tempat, ketika kami menghadapi masalah dalam kerja atau dalam gereja, kami mendoakan doa yang memberi perintah seperti ini. Kami menyatakan dengan berani di hadapan Tuhan dengan berkata, “Tuhan, kami tidak mengizinkan hal ini berlaku.” Jika kedudukan kamu salah, dan keadaan kamu bukan berada dalam alam syurgawi, maka doa yang sedemikian ialah suatu penghinaan kepada Tuhan. Akan tetapi, jika kedudukan kamu betul dan keadaan kamu dalam lingkungan syurgawi, maka doa sedemikian akan benar-benar diperkenan Tuhan. Kata-kata yang kamu ujarkan itu bersamaan dengan pentadbiran Tuhan; kata-kata ini bersamaan dengan pelaksanaan perintah-Nya. Saya dapat bersaksi bahawa Tuhan akan memakbulkan doa sedemikian.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 5, Hari 5. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (269)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (271)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)