Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (269)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (268)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (270)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (269)
2021-01-22 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (269)

Bacaan Bible:

1 Raj. 8:48   …Dan mereka berdoa kepada-Mu menghadap tanah mereka yang Engkau berikan kepada leluhur mereka, dan kota yang Engkau pilih, dan rumah yang aku bina bagi nama-Mu. 

Yoh. 14:13-14   Dan apa jua yang kamu minta dalam nama-Ku, Aku akan melakukannya, supaya Bapa dapat dimuliakan dalam Anak. Jika kamu meminta daripada Aku apa-apa dalam nama-Ku, Aku akan melakukannya.

Bible menunjukkan kepada kita apa itu doa. Pertama sekali, Tuhan mempunyai satu keperluan. Dia mempunyai satu tujuan. Kedua, Tuhan meletakkan hasrat ini dalam hati manusia menerusi Roh Kudus agar manusia turut merasakan keperluan ini. Ketiga, manusia menyampaikan hasrat ini kembali kepada Tuhan menerusi doa. Keempat, Tuhan bekerja untuk menyempurnakan hasrat ini. Inilah erti doa.

[Dalam 1 Raja-raja 8:46-53 Salomo] berdoa agar apabila umat-Nya ditawan [pada masa akan datang], Yehova akan mendengar doa umat-Nya dan mengekalkan keadilan bagi mereka apabila mereka berpaling kepada-Nya dengan segenap hati mereka dan segenap sukma mereka, serta berdoa kepada-Nya menghadap tanah itu,…menghadap kota itu,…dan menghadap rumah itu. 

Berkenaan Tuhan memakbulkan doa umat pilihan-Nya, tiga perkara ditekankan [dalam] ayat 48: Tanah Kudus, mentamsilkan Kristus sebagai bahagian yang diperuntukkan Tuhan kepada percayawan (Kol. 1:12); kota kudus, menandakan kingdom Tuhan dalam Kristus; dan bait kudus, menandakan rumah Tuhan, gereja di bumi. Ketiga-tiga perkara ini—tanah kudus, kota kudus, dan bait kudus—ialah tiga perkara penting berkenaan ekonomi Tuhan. Semasa penawanan di Babylon, Daniel berdoa untuk tanah kudus, kota kudus, dan bait kudus tiga kali sehari dengan membuka jendelanya menghadap Yerusalem (Dan. 6:10). Ini menunjukkan bahawa Tuhan akan memakbulkan doa kita apabila doa kita kepada Tuhan itu ditujukan kepada Kristus, kingdom Tuhan, dan rumah Tuhan, yang merupakan matlamat dalam ekonomi abadi Tuhan.

Untuk berdoa secara wajar, kita perlu berdoa kepada Tuhan dalam nama Tuan Yesus (Yoh. 16:24), dengan bertumpu pada kepentingan Tuhan demi ekonomi-Nya. Apabila saya menyebut ungkapan dalam nama Tuan Yesus, saya bukan bermaksud apa-apa bentuk doa tradisional. Berdoa dalam nama Yesus bererti berdoa untuk kepentingan Tuhan di bumi, yakni Kristus yang merupakan bahagian Tuhan kepada kita, kingdom Tuhan, dan tempat huni Tuhan. Doa kita haruslah sama sekali untuk kepentingan Tuhan bagi menggenapkan ekonomi Tuhan.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 5, Hari 4. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (268)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (270)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)