Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (268)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (267)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (269)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (268)
2021-01-21 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (268)

Bacaan Bible:

1 Kor. 12:27   Sekarang kamu ialah Tubuh Kristus, dan anggota-anggota secara individu. 

Mat. 16:19   Aku akan memberi kamu kunci-kunci kingdom syurga-syurga, dan apa jua yang kamu ikat di bumi semestinya sudah diikat di syurga-syurga, dan apa jua yang kamu lepaskan di bumi semestinya sudah dilepaskan di syurga-syurga.

Kita harus berdoa dengan mengambil kedudukan kenaikan Kristus ke syurga, namun kita harus menyedari bahawa kedudukan ini bukan untuk individu-individu. Sebaliknya kedudukan ini adalah untuk Tubuh. Kristus ialah Kepala, dan kita ialah Tubuh (Kol. 1:18). Hari ini, sebagai Tubuh Kristus, kita perlu menuntut kedudukan kenaikan Kristus ke syurga. Saya percaya bahawa inilah cara disipal berdoa sebelum hari Pentakosta. Saya percaya bahawa mereka berdoa agar Tuan membuktikan kenaikan-Nya ke syurga kepada orang di bumi melalui bantuan Roh Kudus. Kita tidak harus berseru kepada Tuhan seperti pendosa yang kasihan. Sebaliknya kita harus mengambil kedudukan kenaikan Kristus ke syurga dan mengisytiharkan, “Tuan, kamilah Tubuh-Mu. Kami berada dalam-Mu. Engkaulah Kepala dan kamilah Tubuh. Engkau Kepala atas segala sesuatu kepada kami yang merupakan Tubuh; oleh itu, kami menuntut segala yang telah Engkau peroleh dan segala yang telah Engkau capai.” Kita hanya perlu menuntut kedudukan ini dan memberitahu Tuan bahawa kita tidak bersetuju dengan hal tertentu yang berlaku di bumi ini. Kita juga perlu memberitahu Dia bahawa kita tidak berpuas dengan keadaan, situasi, dan keadaan umat-Nya. Kita perlu melupakan semua masalah peribadi kita dan mengisytiharkan, “Haleluya! Aku anggota Tubuh, Tubuh berada dalam Kepala, dan Kepala, yang melangkaui segala sesuatu ini berada di syurga-syurga.”

Jika kita ingin memasuki jenis doa ini dengan sepenuhnya, terdapat dua perkara tambahan yang harus kita sedari. Pertama, kita harus melihat bahawa kita ialah anggota-anggota Tubuh, dan kita harus hidup, bertindak, dan bergerak dalam Tubuh. Kedua, dalam kehidupan harian, kita harus sentiasa memakai manusia baru (Ef. 4:24). Manusia baru terdiri daripada Kepala berserta Tubuh, Kristus berserta gereja (2:15-16). Dari aspek negatif, kita perlu menanggalkan manusia lama, dan dari aspek positif, kita perlu memakai manusia baru. Dengan hidup dalam Tubuh dan memakai manusia baru, kita dapat menggunakan kuasa yang diberi Kepala kepada Tubuh. 

Kita perlu melihat visi tentang Kristus yang naik ke syurga dan belajar mendoakan doa yang berkuasa. Sepanjang dua ribu tahun, hal-hal ini telah diabaikan; akan tetapi, kita percaya bahawa pada hari-hari terakhir ini, Tuan akan memulihkannya. Sering kali kita tidak mengambil kedudukan kenaikan Kristus ke syurga dan menuntut apa yang telah diperoleh dan dicapai-Nya. Bagaimanapun kita percaya bahawa Tuan akan memulihkan kedudukan yang hilang ini. Inilah puncak tertinggi, gunung yang tertinggi di tanah permai. Pada hari-hari terakhir ini, Tuan akan memulihkan puncak tertinggi ini, gunung tertinggi ini. Kita harus menyedari hakikat ini, mengambil kedudukan ini, dan menuntut apa yang telah diperoleh dan dicapai oleh Kepala. Inilah doa gereja yang jayeng. Inilah doa zaman.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 5, Hari 3. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (267)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (269)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)