Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (267)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (266)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (268)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (267)
2021-01-20 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (267)

Bacaan Bible:

Ef. 1:19-21   Dan apakah kehebatan kudrat-Nya yang melangkau terhadap kita yang percaya, menurut operasi keperkasaan daya-Nya yang dioperasikan Tuhan dalam Kristus bagi membangkitkan Dia daripada yang mati dan membolehkan Dia duduk di sebelah kanan Tuhan dalam kesyurgaan, jauh mengatasi segala pemerintah, penguasa, yang berkudrat, ketuanan, dan setiap nama yang disebut… 

Sebenarnya, memang amat mudah untuk menggunakan ketuanan dan kekepalaan Kristus. Katakan kamu bertemu dengan seorang dikbang yang berada dalam keadaan yang kasihan. Semasa kamu bertemu dengan dia, kamu mungkin berasa bahawa keadaan dan kedudukannya tidak betul dengan Tuan.…Dalam situasi ini, kamu boleh berdoa dengan dua cara. Satu cara ialah cara umum, yakni cara yang digunakan oleh kebanyakan percayawan ketika berdoa untuk orang lain. Dengan cara yang umum ini, kamu mungkin pergi kepada Tuan dan memberitahu-Nya, “Tuan, dikbang ini berada dalam keadaan yang kasihan. Tuan, rahmatilah dia. Lakukan sesuatu untuknya. Bekerjalah dalam rohnya.” Inilah maksud berdoa dengan cara umum untuk seseorang. Akan tetapi, terdapat satu lagi cara berdoa.…Dalam cara berdoa ini, kamu bersikap berani terhadap Tuan. Kamu mungkin pergi kepada Tuan dan berkata, “Tuan, di sini terdapat seorang dikbang yang masih belum berada di bawah kekepalaan-Mu. Aku tidak bersetuju dengan hal ini. Aku tidak bersetuju dengan situasi sebegini. Tuan, aku berdiri untuk mengisytiharkan ketuanan-Mu dan menuntut ketuanan-Mu ke atas situasi ini.” Kita boleh berdoa dengan cara yang sama ini untuk pendosa: “Tuan, ketuanan-Mu harus dikenakan ke atas orang ini. Tuan, aku menuntut hal ini.” 

Dalam doa cara kedua ini kita menyentuh kuasa Kristus. Akan tetapi, kita harus melihat bahawa kita sendiri sama sekali tidak dapat berdoa dengan cara ini. Ini tidak bermaksud bahawa kita harus sentiasa berhimpun secara fizikal dengan beberapa orang dikbang lain. Secara fizikal, kamu mungkin berdoa di dalam bilik secara bersendirian; namun secara rohani, kamu bersatu dengan Tubuh. Apabila kamu bersendirian di dalam bilik, kadangkala kamu mungkin memilih agar tidak menggunakan kata ganti nama aku; sebaliknya kamu mungkin menggunakan kata ganti nama kami, dan berdoa, “Tuan, kami tidak bersetuju dengan situasi masa kini. Sebagai Tubuh-Mu, kami mengambil kedudukan kenaikan-Mu ke syurga dan menuntut ketuanan-Mu ke atas situasi masa kini.” Ini merupakan doa yang berlainan jenis. Ini bukan doa yang merayu kepada Tuan agar melakukan sesuatu untuk kamu; ini merupakan doa yang menuntut apa yang telah diperoleh Tuan.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 5, Hari 2. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (266)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (268)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)