Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (266)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (265)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (267)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (266)
2021-01-19 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (266)

Bacaan Bible:

Mrk. 11:17   …“Rumah-Ku akan dipanggil rumah doa untuk semua bangsa”…

Kis. 2:36   Oleh itu, hendaklah seluruh kaum Israel mengetahui secara pasti bahawa Tuhan telah menjadikan-Nya Tuan dan Kristus, Yesus ini yang telah kamu salibkan.

Ef. 5:30   Kerana kita ialah anggota Tubuh-Nya.

Kita akan…melihat doa gereja yang jayeng. Doa ini ialah doa zaman.…Sebagai orang Kristian, kita mungkin tahu sesuatu berkenaan doa; akan tetapi dalam Bible, terutamanya dalam Wasiat Baru, terdapat satu jenis doa yang jauh melangkaui konsep insani kita. Jika kita ingin memasuki jenis doa ini, kita memerlukan visi syurgawi. 

Pertama, kenaikan Kristus ke syurga menunjukkan bahawa kerja penebusan Tuan telah disempurnakan sepenuhnya. Selepas Tuan naik ke syurga, Dia duduk di sebelah kanan Tuhan (Ibr. 1:3; 10:12).…Apabila seseorang itu duduk, itu bermaksud bahawa segala-gala yang perlu dilakukannya telah diselesaikan dan disempurnakan.…Tuan telah menyempurnakan segala sesuatu yang berkaitan dengan kerja penebusan dengan sepenuhnya. Kedua, kenaikan Kristus ke syurga menunjukkan bahawa ketuanan Kristus telah didirikan. 

Butir utama yang ketiga…berkenaan kuasa Tubuh.…Kuasa Tubuh ialah kuasa Kepala yang digunakan oleh Tubuh…Selepas kebangkitan-Nya, Tuan memberitahu disipal-disipal bahawa segala kuasa di syurga dan di bumi telah diberi kepada-Nya. Kemudian, Dia mengarahkan mereka supaya memberitakan khabar gembira kepada semua bangsa. …Tuan juga jelas memberitahu kita bahawa Dia telah memberi kita kuasa untuk mengatasi kekuatan musuh (Luk. 10:19). 

Butir utama yang keempat…ialah doa gereja sebagai Tubuh Kristus. Jenis doa ini bukan doa percayawan individu tetapi doa gereja sebagai Tubuh Kristus.…Doa ini berdasarkan hakikat bahawa kita mempunyai kedudukan dan kuasa Kristus. Dalam jenis doa ini kita bukan merayu kepada Tuan untuk melakukan sesuatu bagi kita. Sebaliknya kita menuntut apa yang telah diperoleh dan dicapai oleh Tuan. Akan tetapi, untuk berdoa secara demikian, kita harus mempunyai kesedaran tertentu tentang apa yang telah diperoleh dan dicapai oleh Tuan. Kristus telah memperoleh ketuanan dan kekepalaan; Dia ialah Tuan, yakni Kepala atas segala sesuatu. Ketuanan dan kekepalaan ialah aspek yang paling penting bagi apa yang telah diperoleh Tuan.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 5, Hari 1. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (265)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (267)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)