Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (265)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (264)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (266)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (265)
2021-01-18 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (265)

Bacaan Bible:

Mat. 25:28-29   Oleh itu, ambil talenta itu daripadanya dan berikanlah kepada dia yang ada sepuluh talenta. Kerana setiap orang yang ada, lebih akan diberi, dan dia akan melimpah-ruah, tetapi daripada dia yang tidak ada, malah apa yang dia ada akan diambil daripadanya.

Matius 25:28 berkata, “Oleh itu, ambil talenta itu daripadanya dan berikanlah kepada dia yang ada sepuluh talenta.” Talenta diambil menandakan bahawa dalam kingdom yang akan datang, kurniaan Tuan akan diambil daripada percayawan yang malas. Talenta diberi kepada orang yang ada sepuluh talenta menandakan bahawa kurniaan bagi percayawan yang setia akan ditambah. 

Bagi setiap orang yang mendapat laba pada zaman gereja, lebih banyak kurniaan akan diberi pada zaman kingdom akan datang; tetapi bagi orang yang tidak mendapat laba pada zaman gereja, bahkan kurniaan yang dimilikinya akan diambil daripadanya pada zaman kingdom akan datang [ay. 29]. 

Ayat 30 berkata, “Campakkan abdi yang tidak berguna ini ke dalam kegelapan di luar. Di situ akan ada tangisan dan kertakan gigi.” Kata ini, sama dengan kata dalam 24:51, menunjukkan bahawa 25:14-30 ialah pelengkap 24:45-51. Kedua-dua bahagian ini berkenaan kesetiaan terhadap kerja Tuan. 

Dalam pelayanan, kita perlu setia.…Kesetiaan kita dalam pelayanan berkaitan dengan ganjaran. Jika kita…setia, kita…akan diganjari apabila Tuan kembali…[iaitu] berbahagian dalam kuasa pada zaman kingdom yang akan datang.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 4, Hari 6. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (264)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (266)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)