Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (262)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (261)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (263)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (262)
2021-01-15 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (262)

Bacaan Bible:

Mat. 25:14-15   Kingdom syurga-syurga sebenarnya adalah sama seperti seorang yang sudah hendak pergi ke luar negeri; dia memanggil abdi-abdinya sendiri lalu menyerahkan hartanya kepada mereka. Kepada seorang, dia memberikan lima talenta, kepada seorang, dua, dan kepada seorang, satu, kepada setiap orang menurut kebolehannya sendiri. Dan dia pun pergi ke luar negeri.

Dalam Matius 25:14-30…hartanya melambangkan gereja (Ef. 1:18) berserta semua percayawan yang merupakan keluarga Tuhan (Mat. 24:45).…Talenta dalam ibarat ini melambangkan kurniaan rohani (Roma 12:6; 1 Kor. 12:4; 1 Ptr. 4:10; 2 Tim. 1:6).…Wasiat Baru…berbicara tentang gereja Tuhan (Kis. 20:28; 1 Kor. 1:2), gereja Kristus (Roma 16:16), dan gereja pekudus (1 Kor. 14:33). Gereja ialah milik semua pekudus, yakni para percayawan. 

Kamu tidak boleh mengatakan bahawa kamu tidak mempunyai kurniaan.…Atas sebab ini saya sentiasa menggalakkan kamu berfungsi.…Ini bukan ajaran saya; ini ajaran Bible (1 Kor. 14:24, 26, 29-32).…Jangan asyik terlekat pada kerusi kamu.…Kamu perlu meloncat untuk mengatakan sesuatu. Kamu berbicara bererti kamu meministerkan makanan kepada keluarga Tuan pada masa yang wajar.

Jangan ketepikan apa-apa beban yang diberikan Tuan kepada kamu….Tuan ada kerja yang besar dalam pemulihan-Nya. Untuk kerja ini Dia memerlukan ribuan dikbang dan dikkak yang muda untuk bangkit memikul tanggungjawab. 

Talenta bukan sesuatu yang berkaitan dengan kelahiran sejadi kamu; sebaliknya, talenta sama sekali berkaitan dengan beban kamu. Jika kamu mengambil suatu beban, kamu akan menerima talenta. 

Walaupun talenta bukanlah kebolehan kita tetapi harta Tuan, namun talenta itu diserahkan kepada kita menurut kebolehan kita. Kebolehan kita dikonstitusikan daripada penciptaan Tuhan dan pembelajaran kita. Keupayaan kebolehan kita adalah berdasarkan kerelaan hati kita. Jika kita tidak mempunyai sebarang kerelaan hati, maka kita tidak akan mempunyai keupayaan untuk menerima talenta.

Musa belajar melayan Tuhan menurut pimpinan-Nya dan menaruh kepercayaan kepada-Nya (Kis. 7:34-36; Ibr. 11:28).…Walaupun dia amat berkebolehan, namun dia tidak menggunakan kebolehan alamiahnya. Kebolehan alamiahnya telah ditanggulangi, supaya kebolehannya menjadi kebolehan dalam kebangkitan.…Jika kebolehan kita tidak ditanggulangi, maka kebolehan itu terpisah daripada pergerakan Tuhan. Akan tetapi, selepas ditanggulangi salib, kebolehan kita menjadi satu dengan pergerakan Tuhan. Sebenarnya Tuhan telah digarapkan ke dalam kebolehan Musa. Akhirnya kebolehannya penuh dengan Tuhan.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 4, Hari 4. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (261)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (263)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)