Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (261)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (260)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (262)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (261)
2021-01-14 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (261)

Bacaan Bible:

Mat. 24:48-50   Tetapi jika abdi yang jahat itu berkata dalam hatinya, Tuan aku lambat datang, dan mula memukul rakan seabdinya serta makan dan minum dengan pemabuk, tuan abdi itu akan datang pada hari yang tidak disangka-sangka dan pada waktu yang tidak diketahuinya.

Kata-kata Tuan dalam Matius 24 ialah satu ibarat. Memandangkan kata-kata itu satu ibarat, maka kata-kata itu harus ditafsirkan. Makan dan minum “dengan pemabuk” [ay. 49b] bererti bersahabat dengan orang duniawi yang mabuk dalam hal-hal duniawi,…kenikmatan duniawi. Inilah bahaya tidak menggunakan kurniaan kita. Apabila kita menjadi orang yang bersahabat dengan orang duniawi, kita tidak akan setia terhadap Tuan dalam menggunakan kurniaan yang diberi-Nya kepada kita; dengan itu, kita terjerumus ke dalam bahaya.

[Makan dan minum dengan pemabuk] (Mat. 24:49) adalah lebih teruk, lebih serius daripada memukul rakan seabdi.…Orang di dunia adalah mabuk, malahan dibius oleh hal-hal duniawi. Mereka dibius oleh zaman ini. Makan dan minum dengan mereka bererti menikmati apa yang dinikmati mereka. Dari aspek yang baik, semasa kamu memukul pekudus, kamu masih berminat terhadap kehidupan gereja.…Oleh sebab kamu begitu “berbeban terhadap gereja” dan begitu berminat terhadap kehidupan gereja, kamu mengkritik dikbang dan dikkak. Sebaik sahaja kamu membuat keputusan untuk melupakan gereja, tidak lagi berminat terhadap gereja, maka kamu masuk ke dalam kasih terhadap dunia, dan kamu bersahabat dengan orang duniawi yang sentiasa dibius oleh zaman ini. Seorang pekudus yang mengasihi dunia tidak ada hati untuk berbicara tentang penatua yang baik atau yang buruk. Dia mungkin pernah memukul rakan seabdinya, namun sekarang dia diduduki kenikmatan duniawi. Sekarang dia makan dan minum dengan pemabuk. Hampir setiap hari ialah hari yang gembira baginya, dan hampir setiap hujung minggu ialah hujung minggu yang menyeronokkan kerana dia menikmati hal-hal duniawi yang membiuskan.

Gunakanlah masa untuk menghubungi jiran di sebelah kamu, dan berilah dia buku kecil berwarna pelangi yang telah kita terbitkan, bukan membuat begitu banyak panggilan telefon. Jika kamu melawat satu daripada jiran kamu sekali setiap dua minggu secara berterusan, pada masa yang tetap, secara wajar, dan dengan beban yang ikhlas serta doa, tidakkah kamu percaya bahawa orang ini akan ditawan oleh Tuan? Kita tidak boleh mengambil apa-apa pun sebagai alasan. Kita tidak boleh mengatakan bahawa banyak orang yang telah diracuni untuk menentang kita atau kawasan kita ini merupakan kawasan yang penuh dengan orang Kristian. Kita harus bertanya kepada diri kita berapa banyak masa yang kita luangkan untuk melawat orang dengan membawa risalah injil, Bible, dan buku kecil berwarna pelangi. Jika kamu mencubanya minggu demi minggu, malah hari demi hari, kamu akan melihat hasilnya. Bible memberitahu kita bahawa pengusaha, atau petani, harus berjerih lelah secara sabar, menanti untuk melihat tuaian (1 Kor. 9:10; 2 Tim. 2:6).

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 4, Hari 3. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (260)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (262)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)