Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (263)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (262)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (264)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (263)
2021-01-16 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (263)

Bacaan Bible:

Mat. 25:15-17   Kepada seorang, dia memberikan lima talenta, kepada seorang, dua, dan kepada seorang, satu, kepada setiap orang menurut kebolehannya sendiri. Dan dia pun pergi ke luar negeri. Dengan segera, dia yang menerima lima talenta itu pergi memperniagakannya lalu berlaba lima lagi. Begitu juga, dia yang menerima dua itu berlaba dua lagi.

Memperniagakan talenta [Mat. 25:16-17] menandakan menggunakan kurniaan kita yang diberikan Tuan kepada kita. Berlaba talenta lagi menandakan bahawa kurniaan yang kita terima daripada Tuan telah digunakan sampai tahap paling penuh, tanpa sebarang kerugian atau pembaziran. 

Menurut Matius 24, abdi harus membekalkan makanan kepada ahli keluarga. Ini merujuk kepada hal meministerkan sabda yang mengkhasiati orang berserta kekayaan Kristus sebagai bekalan hayat kepada orang dalam rumah Tuan. Namun demikian, dalam bab 25, apa yang dibicarakan di sini ialah memperniagakan talenta untuk melipatgandakan talenta. Oleh itu, hasil pelayanan kita mempunyai dua aspek. Aspek pertama ialah orang lain diberi makanan dan diberi pengkhasiatan yang kaya. Aspek kedua ialah harta Tuan dilipatgandakan. Misalnya, semakin kita memberitakan injil, semakin kayalah injil. Begitu juga dengan kebenaran. Apabila kita meministerkan kebenaran kepada orang, kebenaran berlipat ganda. Begitu juga dengan pekudus dan gereja. Pekudus dan gereja akan berlipat ganda. 

Penekanan utama dalam ibarat ini adalah pada orang yang mempunyai satu talenta, iaitu orang yang menerima kurniaan terkecil. Memang mudah sekali bagi orang yang mempunyai kurniaan yang paling kecil ini tidak menggunakan kurniaan mereka dengan sewajarnya. 

Tanah melambangkan dunia; oleh itu, mengorek tanah menandakan penglibatan dalam dunia. Sebarang pertalian, penglibatan dalam dunia, bahkan sedikit percakapan duniawi pun, akan menanam kurniaan yang diberikan Tuan kepada kita. Menyembunyikan wang perak Tuan menandakan menjadikan kurniaan Tuan tidak berguna, membiarkannya sia-sia di bawah selindung alasan bumiah tertentu. Memberi sebarang alasan untuk tidak menggunakan kurniaan Tuan bererti menyembunyikan kurniaan itu. Ini selalunya bahaya yang dihadapi orang yang mempunyai satu talenta, yang menganggap kurniaan mereka paling kecil.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 4, Hari 5. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (262)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (264)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)