Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (254)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (253)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (255)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (254)
2021-01-07 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (254)

Bacaan Bible:

Luk. 17:32-34   Ingatlah akan isteri Lot. Barang siapa yang berikhtiar hendak memelihara hayat-sukmanya akan kehilangannya, dan barang siapa yang kehilangannya akan memeliharanya hidup-hidup. Aku berkata kepada kamu, Pada malam itu, akan ada dua orang di atas sebuah katil; seorang itu akan diambil dan seorang yang lain akan ditinggalkan.

Isteri Lot menjadi tiang garam kerana dia menoleh ke belakang ke arah Sodom disebabkan masih mengidami kota itu. Pandangan itu menunjukkan bahawa dia mengasihi dan menghargai dunia jahat yang akan dihakimi Tuhan dan dihapuskan sepenuhnya oleh Tuhan. Dia diselamatkan dari Sodom tetapi tidak sampai ke tempat yang selamat, yang ditujui Lot (Kej. 19:15-30). Dia tidak binasa dan tidak diselamatkan sepenuhnya. Seperti garam yang hilang rasanya (Luk. 14:34-35), dia ditinggalkan di tempat yang aib. Ini suatu peringatan yang takzim kepada percayawan yang mengasihi dunia. 

Jika kita mengasihi Tuan dan menerima amaran daripada kes isteri Lot, kita tidak akan mementingkan benda material atau meletakkan hati kita pada benda material. Kita tidak akan memelihara sukma kita dengan mengasihi benda material, tetapi kita akan dipenuhi Kristus yang merupakan udara syurgawi itu. Kemudian kita akan diraptur ke atas.

Dalam 14:25-35, Penyelamat mengarahkan kita membayar harga semampu yang boleh supaya kita dapat mengikut-Nya. Dalam 16:1-13, Dia mengarahkan kita untuk jayeng atas mamon agar kita dapat melayan-Nya dengan bijaksana, iaitu sebagai penyelenggara setia. Di sini dalam 17:22-37, Dia mengarahkan kita mengatasi kesan pembiusan kehidupan yang mengumbarkan diri pada zaman ini agar kita dapat diraptur memasuki kenikmatan parousia (hadirat, kedatangan) Tuan. Semua arahan ini berkaitan dengan kejayengan percayawan dalam kehidupan yang praktikal.

Dalam 17:34 dan juga 35, Tuan mengatakan bahawa “seorang itu akan diambil”. Perkataan Yunani untuk diambil secara literal bermakna “diangkat bersama”. Perkataan ini merujuk kepada kerapturan pejayeng, yang tidak memelihara hayat-sukma mereka dengan mengasihi benda duniawi pada zaman ini. Orang yang diambil secara demikian akan diraptur sebelum kesengsaraan dahsyat (Mat. 24:21), yang merupakan suatu cubaan serius di seluruh bumi yang berhuni (Wahi 3:10). Oleh itu, raptur bererti terlepas daripada waktu cubaan yang sudah hendak menimpa seluruh bumi yang berhuni, untuk mencuba mereka yang tinggal di bumi (Wahi 3:10). 

Perkataan “mengisar” dalam Lukas 17:35 dan “di ladang” dalam Matius 24:40 menandakan bekerja untuk mencari nafkah. Walaupun percayawan tidak harus dimabukkan dengan keperluan hidup ini, mereka perlu bekerja untuk mencari nafkah. Sebarang niat hendak berhenti daripada pekerjaan yang wajar untuk mencari nafkah merupakan satu lagi taktik Syaitan yang melampau.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 3, Hari 3. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (253)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (255)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)