Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (253)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (252)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (254)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (253)
2021-01-06 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (253)

Bacaan Bible:

Luk. 14:26   Jika sesiapa datang kepada-Ku dan tidak benci akan bapa, ibu, isteri, anak-anak, saudara lelaki, dan saudara perempuannya sendiri, bahkan hayat-sukmanya sendiri, dia tidak dapat menjadi disipal-Ku.

Luk. 14:34-35   Jadi, garam itu baik; tetapi jika garam hilang rasanya, dengan apakah rasa masinnya dipulihkan? Ini tidak lagi sesuai untuk kegunaan tanah dan untuk timbunan baja; mereka akan membuangnya ke luar…

Apa yang kita kasihi dalam diri kita terutamanya bukan roh atau tubuh kita tetapi sukma kita.…Sebenarnya, semua bentuk rekreasi, hiburan, dan keseronokan adalah untuk kenikmatan sukma. Dalam 14:26, Tuan mengatakan dengan jelas bahawa jika kita tidak benci akan hayat-sukma kita sendiri, kita tidak dapat menjadi disipal-disipal-Nya.

Dalam Lukas 14:34 dan 35, Tuan [berbicara] tentang garam.…Dari segi sifatnya, garam merupakan elemen yang membunuh dan menghapuskan kuman pereput. Bagi bumi yang korup, pengikut Tuan Yesus seharusnya merupakan elemen sedemikian untuk menjaga bumi daripada dikorupkan sepenuhnya. Tuan menunjukkan bahawa garam memang mungkin hilang rasanya. Jika pengikut Tuan hilang rasa mereka, ini bermaksud mereka hilang fungsi pengasinan mereka. Mereka menjadi sama dengan orang yang bumiah dan tidak berbeza daripada orang yang tidak percaya.

Percayawan dalam Kristus ialah garam di bumi yang digunakan Tuhan untuk membunuh dan membasmi kekorupan bumi. Rasa mereka bergantung pada tindakan mereka meninggalkan hal-hal bumiah. Semakin mereka meninggalkan hal-hal di bumi, semakin kuatlah rasa mereka. Mereka akan kehilangan rasa jika mereka tidak rela meninggalkan segala hal dalam kehidupan masa kini. Jika hal ini berlaku, mereka tidak lagi sesuai untuk kegunaan tanah yang melambangkan gereja sebagai ladang Tuhan (1 Kor. 3:9) yang menghasilkan kingdom akan datang (Wahi 11:15), dan tidak lagi sesuai untuk timbunan baja yang melambangkan neraka, tempat yang kotor dalam alam semesta (Wahi 21:8; 22:15). Mereka akan dibuang keluar dari kingdom Tuhan, terutamanya daripada kemuliaan kingdom dalam kingdom milenium. Mereka diselamatkan daripada kebinasaan kekal, namun disebabkan mereka gagal meninggalkan hal-hal bumiah, maka mereka kehilangan fungsi mereka dalam kingdom Tuhan. Dengan demikian, mereka tidak lagi sesuai untuk kingdom yang akan datang dan perlu diketepikan untuk didisiplinkan.

Disebabkan Bapa kita mengetahui bahawa anak-anak-Nya mungkin akan “nakal” dan tidak setia dalam menikmati Kristus, maka Dia menjadikan sebahagian daripada penyelamatan penuh-Nya sebagai suatu insentif dan ganjaran…untuk menggalakkan kita, memberi kita amaran, dan memperingatkan kita agar memelihara diri kita dalam kenikmatan terhadap Kristus hari ini serta bergerak laku dalam kenikmatan ini. Jika tidak, kita akan didisiplinkan. Hal ini tidak bermakna bahawa kita akan binasa, dan kita akan hilang. Memandangkan kita telah diselamatkan buat selama-lamanya, kita tidak akan binasa lagi. Namun begitu, sesetengah anak Bapa akan perlu menderitai disiplin pada zaman akan datang. Anak-anak yang menderitai disiplin Bapa pada zaman akan datang bukannya tidak lagi menjadi anak-anak-Nya.…Hal berkenaan disiplin Tuhan yang bersifat kala zaman terhadap anak-anak-Nya ini diajar dengan jelas dalam Wasiat Baru.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 3, Hari 2. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (252)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (254)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)