Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (255)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (254)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (256)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (255)
2021-01-08 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (255)

Bacaan Bible:

Luk. 21:34   Tetapi kamu sendiri haruslah berhati-hati, supaya hatimu tidak dibebani nisyon, kemabukan, dan kekhuatiran hidup ini, dan hari itu menimpa kamu dengan tiba-tiba bagaikan jerat. 

Luk. 21:36   Tetapi berjaga-jagalah setiap masa, memohon selalu agar kamu berdaya penuh untuk melarikan diri daripada segala hal yang sudah hendak berlaku ini dan berdiri di hadapan Anak Manusia.

Dalam Lukas 21:36, Manusia-Penyelamat mengarahkan kita agar berjaga-jaga. Kita tidak harus dibius atau dimabukkan, sebaliknya kita perlu berwaspada. Di samping itu, kita perlu memohon pada setiap masa. Memohon bukan berdoa secara umum, tetapi berdoa secara khusus agar kita berdaya penuh untuk melarikan diri daripada hal-hal yang sudah hendak berlaku.…Berdaya penuh secara demikian bererti mempunyai kekuatan dan kebolehan untuk melarikan diri daripada kesengsaraan dahsyat. Kita tidak seharusnya terperangkap dalam arus dunia hari ini. Sebaliknya kita perlu melarikan diri daripada arus ini. Kekuatan dan kebolehan untuk melarikan diri datang daripada sikap berjaga-jaga dan permohonan. Jika kita berdoa secara khusus, kita akan berdaya penuh untuk melarikan diri daripada segala hal yang sudah hendak berlaku.

Melarikan diri daripada hal-hal yang sudah hendak berlaku bererti diraptur sebelum kesengsaraan dahsyat. Ini juga bererti terlepas daripada waktu cubaan yang sudah hendak menimpa seluruh bumi yang berhuni untuk mencuba mereka yang tinggal di bumi. Oleh itu, kata-kata Tuan dalam 21:36 ialah penggenapan janji yang diberikan-Nya kepada gereja di Filadelfia: “Oleh sebab kamu telah mematuhi sabda kesabartahanan-Ku, Aku juga akan melindungi kamu daripada waktu cubaan yang sudah hendak menimpa seluruh bumi yang berhuni, untuk mencuba mereka yang tinggal di bumi” (Wahi 3:10). “Cubaan” di sini tanpa diragui merujuk kepada kesengsaraan dahsyat. 

Janji Tuan ini, seperti yang terdapat dalam Lukas 21:36, menunjukkan bahawa para pekudus yang telah mematuhi sabda kesabartahanan Tuan akan diraptur sebelum cubaan yang besar. Hal ini mengimplikasikan bahawa mereka yang tidak mematuhi sabda kesabartahanan-Nya akan ditinggalkan dalam cubaan.

Sama ada kita akan diraptur sebelum kesengsaraan dahsyat dan diambil untuk bertemu dengan Kristus yang berada di atas takhta atau tidak, bukan bergantung pada Dia. Hal ini bergantung pada sikap berjaga-jaga kita dan doa kita secara khusus. Kita perlu berjaga-jaga dan memohon secara berterusan agar kita berdaya penuh untuk melarikan diri daripada kesengsaraan dahsyat. 

Kita harus berdaya penuh untuk melarikan diri, berdaya penuh untuk terlepas daripada kesengsaraan dahsyat.…Ini bererti diraptur untuk berdiri di hadapan Anak Manusia yang berada di Gunung Zion syurgawi. Kemudian Dia akan memulakan parousia-Nya untuk berada bersama dengan kita. Apabila Dia meninggalkan takhta untuk kembali ke bumi, kita akan menyertai-Nya. Hal ini sungguh mengujakan! Tanpa diragui, orang yang berdiri di hadapan Anak Manusia yang berada di atas Gunung Zion di syurga-syurga akan lupa diri dengan girangnya dalam Tuan.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 3, Hari 4. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (254)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (256)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)