Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (250)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (249)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (251)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (250)
2021-01-03 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (250)

Bacaan Bible:

Mat. 25:8   Dan yang jahil berkata kepada yang bijaksana, Berilah kami sedikit minyakmu kerana pelita kami hampir padam.

Mat. 25:10   Semasa mereka pergi membeli, datanglah pengantin lelaki itu, dan mereka yang bersiap sedia masuk bersama dengannya ke jamuan perkahwinan, dan pintu pun ditutup.

Membeli menunjukkan keperluan untuk membayar harga. Pemenuhan Roh Kudus diperoleh dengan membayar harga, seperti melepaskan dunia, menanggulangi diri, mengasihi Tuan melebihi segala, dan menghitung segala sesuatu sebagai kerugian kerana Kristus. Jika kita tidak membayar harga pada hari ini, kita perlu membayarnya selepas kebangkitan. Orang yang tidak membayar harga itu tidak akan mempunyai bahagian tambahan Roh Kudus. 

Orang yang bersiap sedia semestinya orang yang dijemput ke jamuan perkahwinan Anak Domba (Wahi 19:9). Kita harus bersiap sedia (Mat. 24:44) dengan sentiasa mempunyai minyak di dalam wadah kita, sentiasa dipenuhi Roh Tuhan dalam seluruh diri kita. Berjaga-jaga dan bersiap sedia haruslah menjadi latihan harian kita demi parousia Tuan. 

Masuk bersama dengan-Nya merujuk kepada kerapturan percayawan yang dibangkitkan itu ke angkasa (1 Tes. 4:17) semasa parousia Tuan. Jamuan perkahwinan dalam Matius 25:10 ialah jamuan perkahwinan Anak Domba (Wahi 19:9) yang akan diadakan di angkasa (1 Tes. 4:17) semasa kedatangan Tuan, parousia-Nya. Ini akan berlaku sebelum manifestasi kingdom sebagai ganjaran kepada percayawan yang bersiap sedia, iaitu kepada mereka yang diperlengkapi dengan pemenuhan Roh Kudus sebelum mereka mati, supaya mereka dapat menikmati Tuan dan Tuan menikmati mereka. 

Selepas mereka yang bersiap sedia itu masuk bersama dengan Pengantin Lelaki ke jamuan perkahwinan, pintu ditutup. Ini bukan pintu penyelamatan tetapi pintu untuk masuk ke dalam kenikmatan terhadap jamuan perkahwinan Tuan.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 2, Hari 6.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (249)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (251)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)