Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (251)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (250)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (252)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (251)
2021-01-04 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (251)

Bacaan Bible:

Mat. 25:9   Tetapi yang bijaksana menjawab dengan berkata, Mungkin tidak cukup bagi kami dan kamu; lebih baik kamu pergi kepada mereka yang menjual dan belilah untuk diri sendiri. (Mat 25:9)

Wahi 3:18   Aku menasihati kamu agar membeli daripada-Ku emas yang dimurnikan api agar kamu kaya, membeli pakaian putih agar kamu berpakaian dan agar keaiban bagi ketelanjanganmu tidak terdedah, dan membeli salap mata untuk mengurapi matamu agar kamu dapat melihat.

Jika kita ingin dilayakkan untuk diraptur masuk ke jamuan perkahwinan Pengantin Lelaki, kita perlu menempuh satu jangka masa yang panjang bagi mengumpul minyak rohani. Sejak kamu menjadi seorang Kristian, kamu harus membeli minyak untuk disimpan di dalam wadah kamu setiap hari. 

Kehidupan orang Kristian bukanlah soal peraturan…[tetapi] soal kita membeli minyak.…Menerima Roh Kudus ke dalam roh kita, pelita kita, adalah percuma. Akan tetapi, mempunyai Roh itu menepui sukma kita bukanlah percuma.…Kamu harus membayar harga untuk menanggulangi sukma kamu.

Kita perlu berdoa sejak kita bangun setiap pagi, “Tuan, aku tidak ingin membuat apa-apa tanpa bersikap berjaga-jaga, iaitu tanpa berada di bawah pembelian minyak. Aku ingin membeli minyak pada setiap masa dan dalam setiap perkara. Jika tidak, itu membazirkan masaku.” Ini seharusnya doa kita, malah kita harus mempunyai sikap berdoa…[agar] kita menghabiskan semua masa [kita] untuk berada dalam roh. 

Kita mempunyai Roh Kudus dalam roh kita yang dilahirukan, tetapi terdapat persoalan berkenaan sama ada kita mempunyai bahagian tambahan Roh Kudus dalam sukma kita yang menepui diri kita atau tidak. Masalahnya bukan pada pelita perawan. Malah pelita lima perawan yang jahil adalah bernyala. Hakikat bahawa pelita mereka “hampir padam” (Mat. 25:8) membuktikan bahawa pelita mereka dinyalakan dan ada minyak di dalamnya, tetapi mereka tidak mempunyai bekalan yang mencukupi. Mereka tidak mempunyai bahagian tambahan minyak di dalam wadah mereka. 

Matius 25:8 [menunjukkan bahawa]…selepas kebangkitan, percayawan yang jahil mendapati bahawa mereka kekurangan Roh Tuhan dan memerlukan pemenuhan Roh Tuhan.…Mereka tidak mempunyai bahagian tambahan Roh itu di dalam wadah mereka, dalam sukma mereka, diri mereka. Kemudian, perawan yang jahil merayu kepada perawan yang bijaksana agar membantu dengan memberi mereka sedikit minyak. “Tetapi yang bijaksana menjawab dengan berkata, Mungkin tidak cukup bagi kami dan kamu; lebih baik kamu pergi kepada mereka yang menjual dan belilah untuk diri sendiri” (ay. 9). Kita tidak harus lupa bahawa perbualan ini berlangsung selepas semua percayawan dibangkitkan.…[Banyak percayawan] kekurangan Roh itu sepanjang masa dalam seumur hidup mereka, namun mereka telah dimabukkan dan dibiuskan. Apabila mereka dibangkitkan, mereka akan mendapati kekurangan mereka, namun waktu itu sudah terlalu lewat. Mereka perlu pergi dan membeli untuk diri sendiri.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 2, Hari 6.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (250)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (252)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)