Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (249)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (248)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (250)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (249)
2021-01-02 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (249)

Bacaan Bible:

Mat. 25:1   Ketika itu, kingdom syurga-syurga akan disamakan dengan sepuluh perawan yang mengambil pelita mereka lalu keluar dan pergi bertemu dengan pengantin lelaki.

Mat. 25:4   Tetapi yang bijaksana membawa minyak di dalam wadah mereka bersama dengan pelita mereka.

Wahi 19:7   Marilah kita bergirang dan bersorak riang, dan marilah kita memberi kemuliaan kepada-Nya, kerana perkahwinan Anak Domba sudah tiba, dan isteri-Nya telah mempersiapkan diri.

Tidak ada seorang pun daripada kita yang tahu hari atau waktu kedatangan-Nya.…Jika kamu tidak berjaga-jaga dalam hayat, kamu akan menerima hukuman mengikut kala zaman.…Apakah yang harus kita lakukan untuk bertemu dengan-Nya? Kita harus bersiap sedia. Kita ialah perawan yang keluar untuk bertemu dengan Dia yang akan datang kepada kita sebagai Pengantin Lelaki yang paling menyenangkan. Dalam buku Matius yang takzim ini, Dia tidak memberitahu kita bila Dia akan datang (24:44; 25:13). Dia tidak memberitahu kita bermaksud bahawa kita harus berjaga-jaga dan sentiasa melatih diri kita. 

Kita semua keluar dari dunia untuk bertemu dengan Pengantin Lelaki kita dengan membawa pelita [Ams. 20:27] sebagai kesaksian yang bersinar.…Pelita ini haruslah terang dan bersinar, maka pelita ini memerlukan minyak. Menurut tipologi, minyak menandakan Roh Tuhan (Yes. 61:1; Ibr. 1:9), dan kita memerlukan Roh itu sebagai minyak yang bernyala. Kita keluar untuk bertemu dengan-Nya sambil membawa kesaksian yang bersinar; maka kita memerlukan minyak yang bernyala, iaitu Roh yang bernyala. Bersama dengan pelita, terdapat wadah. Perawan yang jahil mempunyai minyak di dalam pelita mereka, iaitu roh mereka, tetapi mereka tidak mempunyai bahagian tambahan minyak di dalam wadah mereka, iaitu sukma mereka. Kita harus berada dalam keadaan keluar untuk bertemu dengan Tuan, dan bersaksi untuk-Nya. Untuk tujuan ini, kita memerlukan lebih banyak minyak, lebih banyak Roh itu; maka kita perlu membeli minyak. Bahagian tambahan minyak ini sama sekali tidak akan diberikan kepada kamu sebagai hadiah. Kamu tidak akan mendapatkannya secara percuma. Kamu perlu membeli minyak. 

Pengumpulan bahagian tambahan Roh Kudus sebagai simpanan dalam diri kamu bukanlah kerja semalaman.…Mendapatkan sesuatu yang menjadi konstitusi diri sebenar kamu bukanlah perkara satu hari, bahkan bukan perkara satu tahun. Ini suatu perkara harian buat sepanjang hayat. 

Berjaga-jaga tidak bererti sekadar berjaga-jaga untuk kedatangan-Nya. Berjaga-jaga bererti mempersiapkan diri kamu setiap hari dengan membeli minyak.…Transformasi rohani kita ialah perkara harian dan sepanjang hayat. Setiap hari, harus ada sedikit pengumpulan, sedikit simpanan minyak yang ditambahkan ke dalam diri kita. Kita belum lagi cukup melatih diri setiap hari dengan sewajarnya untuk membeli minyak bahkan pada setiap minit.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 2, Hari 5.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (248)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (250)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)